Tuesday, June 2, 2009

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 8)

...Penulis (kiri) mendoakan kesejahteraan Abutang (kanan) dalam Galaxy, Ampang...


(disambung VIII...debaran kian terasa)


......4 jam berlalu. Tiba di Kuala Lumpur.

Letih sepanjang perjalanan tidak terasa. Terima kasih kepada semangatku.


Malam menjelma.

Dingin malam begitu menusuk tulang sum – sum ku. (Mak Som, sori gune nama kejap).


Di kesempatan ini, sempat aku bawa ayah ku ke Kondo kediaman ku. (lokasi dirahsiakan).

Keluargaku menginap di rumah saudara di pinggir kota metropolitan. Apa gila nak ku bawa anak – anak kecil itu ke Kondo bujangku. Akukan artis.


Tiba sahaja di kediaman sewaanku.

Ayahku terpegun. ”Abu, hang tinggai kat sini ka? Hang biaq betui. Dalam Drama Sembilu beratus – ratus siri tu pun, takdak Kondo macam nih."


Aku menjawab sopan. "Saya dah berjaya Ayah."

Sebaik sahaja tiba di pintu Kondo ku. Aku menekan ring bell....
”Ting Tong...Ting Ta Ka Ting Tang Ting.”


Helmi, house mate ku membuka pintu. Perlahan. Step by Step..
"Eh, Abu. Ayah ko pun ade. Masuklah pakcik,” Helmi bersalaman dengan ayahku...............


Di ruang tamu, kubiarkan Helmi dan Pazil bersembang dengan ayah ku...ku bancuh Nescafe dan Air teh di dapur...
Aku silap......Bak kate Hasbullah Awang, "Anda silap di situ.”

(bersambung...semakin menghampiri kemuncak....hampir.....)

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 7)


(disambung VII)

.....”Yalah, kita kan nak jalan jauh. Penang ke Tampin lah katakan. 2 kali lima (2 X 5) Marhalah pun tak sampai lagi...”

Perjalanan itu panjang. Sungguh. Seriuuuus banget. Dari Penang, merentasi tol Juru, seterusnya meredah Perak. Ku renungi exit ke Bagan Serai. Teringat memori – memori indah di Tasik Bukit Merah dan Taiping. Mataku berkaca.


Aku yang memandu kereta, berada terpaling hadapan, memimpin 2 lagi kereta lain. Namun, semangat ku tidak luntur. Tiada apa-apa dan seumpamanya yang mampu melunturkan semangat juang tunang ku ini. Meskipun duitku mengalir umpama air, namun takkan kuberpatah arah. Berkerat rotan. Berbelah sirih. Berjunjung cincin. Bermadu? Tidak sekali-kali.


Awal – awal lagi, kuhulurkan advance RM300 kepada setiap kereta. Kalau tidak, apa pulak kata saudara – saudara mara – mara ku. Biarlah. Inilah pelaburan namanya. Menjamin masa depan. Macam KWSP. Jangan jadikan saudara – mara bahaya.


4 jam berlalu. Tiba di Kuala Lumpur.


(bersambung...menghampiri Season Finale...Nantikan...)

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 6)


(disambung VI)

….Lampu merah di Traffic Light Kelana Jaya pun aku mampu redah, inikan pula bertunang...

Pagi Jumaat 22 May 2009 itu kelam. Muram. Namun, ini bukan Drama Swasta, mahu pun Cerekarama, apatah lagi Keliwon. Cuaca muram menjadi penentu babak sedih, cuaca ribut – petir menjadi pemula babak bencana. Murah sungguh cerita Melayu. ”Cerita aku , bukan cerita tipical Melayu. Cerita aku, cerita Melayu Pulau Pinang a.k.a Cerita Mamihideen.” getus hati mamiku.

Kulihat adik ku tertawa riang. Bermain bersama sepupu – sepupunya yang hampir semuanya masih belum dicatat dosa oleh Malaikat. Dari kejauhan kumampu dengari bisikan, ”Abang Abu dah nak bertunang. Nanti mesti Abang Abu dah lupa kat kita. Tak dapat nak rasa air tangan Char Kuey Tiow Abang Abu. Jangan – jangan, Abang Abu dah tak open table.”

Telinga aku dah macam telinga Bio-Nik version Panas..”Lu bikin gua panas je.....”

”Ibu, kain Jakel dan Cincin Ewah Ewah Chan tu jangan lupa pulak.” gurauku pada ibu. Ibu tersenyum.

”Yalah, kita kan nak jalan jauh. Penang ke Tampin lah katakan. 2 kali lima (2 X 5) Marhalah pun tak sampai lagi.”

(bersambung...)

Monday, June 1, 2009

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 5)


(disambung V)

....Persetankan mereka semua (aku syak ini bisik – bisik dari syaitan, bukan dari hatiku).

Tarikh keramat hampir tiba. Kurasa debaran semakin hampir. Debaran Hari Raya sewaktu kanak-kanak pun tak mampu menyamai debaran 23 May 2009 ini. Aku makin resah...

"Abu , apa yang hang menungkan lagi? Hang sedaq tak, awek hang tu ustazah. Hang tau lah, ustazah once dah nak kena mengajaq kat sekolah, mesti depa kalut skit. Takut lah nak kena posting kat Sabah ka, kat Sarawak ka. Ha, nanti depa kena mengajaq kt Tawau Sabah macam si Rahmad Sani tuh, terkedu nanti..Masa tuh, maggi sekalipun dah jadi bubuq dah...”

Nasihat Azrie Prosper sewaktu aku ke Terengganu bulan March lepas terngiang – ngiang di bulu telinga...

Aku nekad. Tiada u-turn. Lampu merah di Traffic Light Giant Kelana Jaya pun aku mampu redah, inikan pula bertunang...

(bersambung...)

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 4)

(Gambar Hiasan - sah 3 jam sahaja)




(disambung IV)

....”...Zaman yang terpaksa kutinggalkan secara tiba –tiba? Sanggupkah aku? Apa kata masyarakat? Apa kata kawan – kawan kondo ku? Apa kata kawan – kawan blogger ke? Apa kata kawan – kawan open table ku? Apa kata opis – opis mateku? Apa kata kawan – kawan Penang Mami Nanaku?Dan yang paling mustahak, kawan – kawan dot dot ku?Masihkah mereka mahu mereply sms dan menerima pelawaaan jemputan Theatrical Istana Budaya bersamaku?”

Hatiku mula dibisik syaitan. ”Mana mungkin mereka semua ampuh untuk menerima cerita pertunanganku. Pasti saja mereka bertanya, Kapan bila lo mula cinta – cintaan. Tahu-tahu saja sudah mahu tunangin.”

Air mata ku mengalir bak permata Wah Chan promosi Mothers Day sebulan yang lepas.
Aku nekad. Cerita bener ini hanya hak milik mutlak keluarga guek. Hanya mutlak untuk keluarga tunang guek. Tiada siapa deserve to know about this. Persetankan mereka semua (aku syak ini bisik – bisik dari syaitan, bukan dari hatiku).

(bersambung...)