Saturday, November 21, 2009

Seloka di senja teruna



Mengambil wudhuk dengan sengaja
Azan Subuh mula bergema
Menanti hari menjadi raja
Raja sehari apakan daya

Basah hati ingin berdoa
Minta dijauhkan bala bencana
Rasa gundah menerpa dada
Jiwa kacau gundah - gulana

Zaman remaja kian pudar
Masa muda mula cemburu
Tiba - tiba terasa sedar
Kenapa perlu terburu - buru?

Sedari dulu bercinta gila
Hidup dikongsi susah bersama
Alangkan cinta panjang sejela
Alangkan berkasih biar selama.

Ditanya kereta, bila nak tukar?
Ditanya rumah, bila nak beli?
Alasan selamat jawapan tegar
Masjid belum dibina lagi

Seri Pagi tumbuh melata
Kiambang bertaut daun nan sirna
Maju diharap perubahan dicita
Menanti amanah bakal terlaksana

Kecil diasuh diajar cikgu
Besar di asrama hidup berdikari
Komitmen bersepah sentiasa menunggu
Selesai satu , akan datang adalah lagi

Ingin berjaya namun kecewa
Berkerat rotan berpatah arang
Improvekan hidup tidaklah lewa
Usaha berganda awallah persaraang.






Sekian dulu seloka teruna
Harap tidak menyinggung teman
Salah dan silap maaf dipinta
Akhir kata penutup bicara
Hidup ini banyak assignment
Pilihlah mana yang anda suka...

Thursday, November 19, 2009

Jemputan Ritual Bulu Tangkis Akhir (?)

kredit to Hanif Karim (Dekonstruksi)

Tuesday, November 17, 2009

Pemanisan + Pewangian Kad Kahwin

1. Pemunggahan Talkum (Talkum Loading Bay)



2. Penyediaan alatan yang diperlukan untuk subjek Kemahiran Hidup ERT (Ekonomi Rumah Tangga)





3. Talkum salah seorang legenda, ex - VWM dikhaskan.




4. Complete Ingredients



5. Tangan pekerja asing yang dihire daripada agensi Pekerjaan Smartworks



6. Dry Cleaning



7. Finished Products