Friday, May 29, 2009

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 3)


(disambung III)

...Aku terkedu. Kepanasan.

”Arghh, pedulikan itu semua. Aku punya matlamat hidup. Aku punya SPM. Sijil Pergi Menunang.”

Ku segerakan wudhu’ku. Wajib didahulukan. Sunat ku tinggalkan. Kate sunat, tak buat pun takpe..

7.30am. ”Usolli fardos Subhi rakataini Qadhain Adaan Lillahi Taala.”

Sujud terakhir. Di benak kalbu. ” Ya Allah, Moga apa yang ku lakukan ini sentiasa dipermudahkan, dan Engkau sajalah yang tahu apa yang terbaik untuk Hambamu yang lemah ini...”

”Assalamualaikum Warahmatullah...” Salam kedua kulafazkan....Sejenak hati ku hiba sejenak....

Aku termenung di atas sejadah. Sejadah pemberian bakal tunangku. Lantas persoalan demi persoalan menerjah minda....

”Pantaskah (patutkah) aku membuat tindakan sebegini rupa? Adakah aku bersedia? Aku sayangkan zaman ini. Zaman yang penuh dengan fantasi, keterujaan dan hedonisme. Zaman yang aku terpaksa kutinggalkan secara tiba – tiba?”

(bersambung...)

Tuesday, May 26, 2009

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 2)



(disinetron II)

Secara pantas, aku meluru ke pintu bilik air. Sebagaimana pelajar2 Form 1 meluru ke dewan makan selepas solat berjemaah. Wuduk menggamit jiwaku. Namun...”gedegang!!!”.....


Pintu bilik air tidak mampu kutolak. Apekah...”Cis, gerangan bedebah manekah yg menconquer bilik air di kala syuruk begini...jangan-jangan, bini aku. ”hatiku mengomel comel, secomel pipi mamiku...”Celah mane aku dah kahwin?” Otakku ligat mengorek memori – memori bujangku. Kesimpulan. ”Cis, aku masih teruna lagi. Loser. ”


”Abu, sabaq la. Hang tu dah nak ’diikat’ esok lusa..,” pesan ibuku dari dapur. Pergh, bau nasik lemak lemoning dari dapur umpama bau kad kahwin. Harum. Merdu. Horny.

Seminit berlalu.

Adik keluar bersahaja dari bilik air. Dengan selamba, Adik mengacukan soalan.”Abang Abu kalut ni nak mandi bunga ka, nak mandi sabun ka, nak mandi lulur? Mentang – mentang nak diikat ditarik Abang Abu memang Da Bomb.”

Aku terkedu. Kepanasan.

(bersambung...)

Monday, May 25, 2009

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 1)



" Abu, bangun...Dah hampir syuruk nih... "

Ku rasa hangat. Ya Allah, ape itu? Jarum jam dinding memanah ke nombor dua.

"Apa jadahnya ibu! Pukul 2 pagi, qiyamulail boleh lah!!! " Aku kejam menyergah ibu. Nasib baik tiada Champion League.

" Cuba try bukak mata tuh luaih - luaih dulu," Ibu membalas perlahan, namun loghat utara tidak dilupa. Membisik ke halwa telinga. Tanda kasih ibu pada anak. Seperti Ubat Batuk pula caranya.

Bahang mentari menyimbah katil. Perlahan, aku memaksa mata mamiku menelan cahaya. "Ya Allah, dah pukui 7.10" bisikku dalam hati, namun loghat utara tidak dilupa.


(bersambung...)

Thursday, May 21, 2009

Terbang ke Klang II (Klasik SPM 2000)

Aku dan Rahmad Sani. Penghujung 2000. Hampir SPM.

Orang kate, ‘buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.’

.............................


Ahad. Rahmad Sani mencari alasan. Mengeksploitasi kelemahanku.

”Azrie Hafiz, banyak gambar kenangan kelas kita dalam kamera ko tuh. Bile ko nak cuci gambar tuh?”

”Ko takde lain. Asyik nak ajak aku fly je. Aku sibuk study nih. SPM dah dekat. Ini bukan soal jodoh Mad. Ini soal masa depan.” Aku meluahkan ape yang terbuku di hati di hadapan buku Add Math tebal yang asyik ku ulang dan kaji jawapan di bahagian belakang. “Cis, gerakan di atas garis lurus nih memang psiko. Sape lah yang nak lari dan melakukan pecutan di atas satu garis lurus? Mustahil untuk satu larian itu menjadi betul-betul lurus” fikiranku menerawang. Psiko. Erotik.

Rahmad Sani masih degil. Bak kate orang Terengganu, ‘stubborng.’
“Jangan lambat-lambat. Bayangkan kalau filem dalam kamera ko rosak nanti. Mane nak carik semua kenangan manis kita berdua? Eh, kenangan kelas kita bersama?”

Aku mengalah. Tertewas atas pujukan Rahmad Sani selaku bakal Imam Besar Tawau 8 tahun akan datang, satu hari nanti.

.............................

Di Bandar Klang. Betul-betul di hadapan Maidin. Berpakaian biasa.

Kami melintas jalan. Celaka, terpaksa berhenti di tengah jalan sebentar kerana lalu-lintas mencemburui kami. Hati berdebar.

Tiba-tiba. Sekujur tubuh di dalam kereta berlalu perlahan di atas jalan. Wajah yang tidak asing lagi. Peluhku menitis laju. Suasana hening. Macam malaikat lalu.

“Assalamualaikum.” Ustaz Kamal menyapa sopan. Macam haram.

Kami membalas perlahan. ”Walaikumussalam Ustaz.”

Aku dan Rahmad Sani meneruskan perjalanan. ”Mad, kalau kena rotan esok, memang macho. Kompem.” aku berbisik. Rahmad Sani mengangguk lemah. Tanda setuju.

.............................

Isnin. Perhimpunan Pagi.

50 kali ketuk ketampi atas stage di dalam Dewan Besar. Sambil dikira beramai-ramai oleh seluruh pelajar.

Lutut aku shivering. Rasa macam nak operate kaki.

Wednesday, May 20, 2009

Terbang ke Klang (Klasik SPM 2000)

"Azrie Hafiz, nak fly pun baca Quran dulu ke?” Soal Rahmad Sani yang baru lepas Solat Maghrib.

Aku yang khusyuk membaca Quran di sudut kecil, belakang ruang Musolla terperanjat. “Bile pulak mamat nih boleh duduk sebelah aku. Siap duduk Tahiyyat Akhir lagi. Dah macam level wali-wali punye karamah.” getus my heart.

“Sabar Mad, ini untuk keselamatan kita di pekan Klang nanti. Ko tahu jelah, Pekan Klang penuh dengan tipu-daya manusia durjana seperti Mat-Mat Pow, Black Metal dan budak-budak Skin terutamanya, yang keluar selepas selesai solat Maghrib” aku terangkan dengan sejujurnya kepada Rahmad.

“Owh, begitu,” balas Rahmad seraya mengambil sebuah kitab kecil lalu membacanya. Tertulis ‘Al-Ma’thurat’ di kulit kitab tersebut. Aper jadah baca ‘Al-Ma’thurat’ waktu Maghrib. Mazhab Syiah pun tak obsess macam nih.


.............................

8.30pm. Operasi bermula sebaik sahaja bilal melaungkan azan Isyak. Bunyi pagar yang bergegar kesan overweight hasil lompatan Rahmad Sani dikelirukan secara strategik dengan bunyi ‘Hayya Alas Solah.’ T-Shirt hitam ditutup dengan kegelapan malam dan kami mencelah di balik sinaran Neon melimpah-ruah....


.............................

5 kilometer perjalanan penuh debaran. Debaran umpama menanti siapa yang bakal tersingkir di konsert akademi. Najis-najis Mughallazah version bergerak (anjing-anjing) menyalak-nyalak (Aok,Aok, Aooooookkk macam TagLine Aril AF7) dan version statik (najis anjing) memang mencabar. Jambatan Klang Bandar Diraja pun turut diredah. Penatnya macam berjalan dua Marhalah. Boleh Sembahyang Jama’ atas jambatan tersebut.

Mata bergerak ke kiri dan ke kanan. Semua kereta diperhatikan. Manalah tahu, ada kereta Iswara Aeroback Hijau, berplat BFN xxxx . Milik Ustaz Kamal. Silap-silap kalau terserempak, mahu dilempangnya sampai jatuh ke Sungai Klang. Fuhhh, kalau masih hidup pun, konfem berulat telinga dan hidung. Sah-sah kalau mati, jenazah aku masuk Mastika. Ape gune famous lepas meninggal.


.............................

Aku dan Rahmad Sani tidak mampu menahan sabar lagi. Sebaik sahaja RM10 ditukar di ’Token Exchange’ kaunter, kami berentap. Tekken 3 memang mengkhayalkan.
Aku ambil Eddy Kapoera, Rahmad Sani ambil Hwoarang.

Hidup Arcade.

Sunday, May 17, 2009

Dah sampai syurga. Anda bila lagi?


Sebagai alternatif, sila klik di sini. Komen positif di alu-alukan. Komen jahat, sila lakukan di dalam hati yang busuk. Paul Moss pun suke, takkan anda tak suke.
video

Saturday, May 16, 2009

Buat Sehabis Baik. (Betul Betul Klasik Hari Guru, 1995)



Cikgu Hazidhinuladin (nama betul , ape barang bukan nama sebenar).
Seorang guru tegas merangkap guru pengakap dan guru disiplin
di sekolah kebangsaan ku. Perwatakannya. Perghhh. Baran tapi sporting.
Baran dgn murid-murid. Sporting dgn guru dan murid-murid wanita .
Guru praktikal wanita dan murid-murid wanita comel terutamanya.

Nasib baiklah mimpi-mimpi baligh belum menjemputku. Kalau tidak,
takde market lah Cikgu Hazidhinuladin.
Sah-sah dia kena pindah sekolah lain. Takleh buat sales.

.............................


Hari Rabu.
Hari Kokurikolum. Kokurikulum. Kurikulum. Ape-apelah.

"Buat Sehabis Baik!” Jerkah Cikgu Hazidhinuladin di suatu petang panas yang terik di tengah padang.
Terkebil-kebil Pakli, aku dan Peter. Dan juga para pengakap yang lain.
Hairan aku lihat Mohd Roslan, budak darjah 4 Kuning. Boleh tersenyum riang.
Aku selaku senior berusia Darjah 6 Biru panas.

Setengah jam kemudian. Cikgu Hazidhinuladin selesai menyampaikan amanat.


.............................


"Peter, apa plan kita?” tanyaku sambil melemparkan batu-batu kecil ke arah kereta Cikgu Hazidhinuladin. Cis, kena tayar jer.
Ingin saja ku seretkan mata pensil 2Bku ke dinding dan cermin kereta tersebut.

"Ah, tak berbaloilah. Kalau dpt collect banyak pun, dapat 10 hinggit jer.”
balas Peter.


Pakli bersuara harmoni,
"Tinggal 2 hari je. Sempat ke collect nih? Dah le sampai Jumaat je kan?”

“Kerja lah lebih sikit. Kite kena target rumah orang-orang 'berada’. Yang bersifat kapitalis. Macam Kedai Pak Hassan.” Luahku.

Pakli kompius. "Kapitalis?”

.............................

Pukul 3 petang. Aku, Pakli dan Peter. Mencuci longkang di kedai Pak Hassan. Menyapu sampah di kedai Pak Hassan. Memulangkan baki kepada customer di Kedai Pak Hassan. Mengutip lalu membuang plastik-plastik aiskrim batang yang dikepak dua dan tudung-tudung botol limenet di hadapan kedai Pak Hassan ke dalam tong sampah.
“Buat Sehabis Baik!!!” Jeritan Cikgu Hazidhinuladin berecho di ruang serebrumku.

Tiba – tiba. “Pak Hassan, kasik Tora dua kotak. Dengar citer ade gasing putar kali nih.” Mohd Roslan mengerling sinis kepada aku, Pakli dan Peter yang berpeluh-peluh ketiak menahan terik mentari. Kami tunduk malu tapi mahu mencuci longkang itu.

Plastik kotak Tora dicampak di halaman kedai Pak Hassan. Aku kutip. "Celaka. Lu kasik hati gua panas.....” Aku menyumpah dalam hati.

.............................

“Nah, RM10. U all amiklah, bahagi 3 orang. Seorang dapat RM3.3333,” ujar Pak Hassan sambil menandatangani report card 'Buat Sehabis Baik’ kami bertiga.

Pakli kompius. "RM 3.3333? Macam siyal.”

.............................

Aku terus mengayuh basikal BMX kesayangan.Sempatlah willy dua ke tiga tiang. Macam Azroy.

Bayang-bayang Flashman Hitam (watak aku punye mase tuh) menerjah minda.

“Woit, ko kate nak kerja lebih semalam?” Peter menjerit dari kejauhan.

.............................

Jumaat.

"Mohd Roslan, bagus. Inilah pengakap sebenar. Kutipan Mohd Roslan berjumlah 50 hinggit, yang tertinggi.” Cikgu Hazidhinuladin tersenyum seraya menyerahkan sampul surat berisi aperntah kepada Mohd Roslan. Mohd Roslan tersenyum girang.

“Cis, aku dengar citer Roslan tolong mak die melipat baju kat rumah. Lepas tuh mak dia kasik RM50,” Peter mengeluh.

Sah, kami bertiga menjadi mangsa kapitalis.

"Untuk berjaya, kita terpaksa makan rasuah.” Aku bersuara. Pakli dan Peter terpinga.

Tuesday, May 12, 2009

Panas, Panas , Panas….Pusing, Pusing Pusing….

Isnin. Dipetik dari omputih, Monday.

Monday Blues. Entah ape asbabun nuzulnya, tak pernah kufikirkan.

Mungkin. Monday itu buhsan. Makanya, sementelah omputih2 kebuhsanan
bekerja, mereka melayan blue satu demi persatu. Maka. Monday Blues.



Kebuhsanan memaksaku merambuskan diri dari pejabatku. Keluar awal daripada kebiasaan. Sebaik sahaja kudengar laungan azan Maghrib bergema di corong speaker Masjid Bangsar, aku menapak keluar. Nak harap laungan azan di Mid Valley? Deringan loceng nukilan 3 kuil besar adelah kut.


Fuh, tiba – tiba liang romaku mencucuk – cucuk. Bekerja menghasilkan peluh. Sejak bila liang – liang ini pandai bekerja. Bukannya dapat gaji pun. Harap dpt tenaga kesan magi kari ataupun asam laksa setiap malam, adelah.

Semakin hampir dgn kereta. Aku mula merindui aircond di dalam opis. Ah, peribliskan. Aku cuma mahu pulang.

Kuputarkan aircond temperature ke tahap maksima. Impaknya, maksima. Namun, tiada kesan. Kepanasan ini memang menyeksakan. Aku belum pernah masuk neraka. Tapi aku tahu, ini dah macam neraka. Entah siapa kayu apinya. Abu Lahab sudah pasti. Abutang?

Kupandu laju. Pemandu teksi di sebelah pun tergamam. Pemandu teksi yang lain menyeringai. Menyeringai umpama Victor, abang kepada Logan a.k.a Wolverine..’Apa, kau fikir teksi saja mampu mencucuk dan menyelit – nyelit?Mentang – mentang ada meter.’ Hatiku bergurindam. Ku tancapkan pandangan ke meter keretaku. Kenapa 0km/hour? Oh, meterku dah lama rosak.

Ah, panasnya. Hatiku mulai panas, seiring dengan kemajuan kepanasan di Kuala Lumpur ini. Ku picitkan punat power window ku. Truuuuutt...Window terbuka power...Ku pandu laju. Mengharap angin menerjah masuk. Celaka. Angin hitam. Karya Bas Len Seng. Babi.

Tidak mampu bersabar lagi. Sambil mendrift, aku terbayangkan swimming pool. Air terjun. Lata. Tasik. Air laut .Sungai Gangga.Sunway Lagoon. Mimaland. Cameron . Genting. Ais. Glasier. Peti sejuk. Lata Mangeshkar.

(20 minit kemudian).

Ku sepak selak pintu di rumahku. Kuterajangi akan shower itu. Nikmatnya. Air mencurah – curah. Kuanggap diriku daun keladi, tidak akan basah.

Usai bersolat. Aku tidur di dalam kereta. Membiarkan enjin terpasang. Ada aircond.
Macam syurga. Minyak umpama tiada harga. Sampai subuh.

Monday, May 4, 2009

Ekslusif. Hehehehehehehehe?


Fakta 1: Abang si lelaki tunduk. Malu kerana menjadi bendul. Hatinya berseloroh: "Celaka punya adik, boleh kawin dulu. Maka, halal bagiku utk mencilok 1 buah drpd hantaran tersebut, tanpa perlu dibasuh."



Fakta 2: Si lelaki. Muka pucat lesi. Berubah menjadi merah. (Fakta Science Form 1: Apa2 warna tidak mampu menukar warna Objek Legap)





Fakta 3: Si lelaki masih belum pulih dari kedebaran mesti berjaya melafazkan akad dgn sekali nafas tanpa hembusan. Duduk bersimpuh ialah pasangannya. (Fakta Sebenar: Si lelaki tidak mampu bernafas semasa akad)




Fakta 4: Kelihatan saksi berbaju melayu biru tertekan. Hatinya berdialog: "Adakah aku perlu menjawab Sah, ataupun Sahih, ataupun Shah (version Sheila Majid) ataupun Tsah (version 'S' Pierre Andrre Wartoyo)?






Fakta 5: Si lelaki terkejut dgn kehadiran Prosper. Menerjah spt Abang Nas di pintu masjid, tanpa Wudhu' dan ketawa terbahak - bahak.





Fakta 6: Si lelaki menghadiahkan sebuah kitab kepada pasangannya. Soalan cepu emas: Bilakah kali terakhir anda (para pembaca yang budiman dan budiwati) membaca kitab tersebut?




Fakta 7: Bahagian belakang si lelaki yg masih suci pada ketika dan saat tersebut. Selepas akad? Entahlah...



Apa - apapun, tahniah kepada saudara Faizal Abd Rahim (Uni - Mate) yang berjaya melangsungkan majlis pernikahannya tanggal sehari selepas hari Buruh yg lalu. Semoga berbahagia. Prosper mendoakan yg terbaik kepada anda, Faizal yang turut dikenali sbg Faizal Hehehehehehehehe..(tak habis), Faizal Shawn (Wright Phillips), Faizal Mamu, Faizal Mami, Faizal Liverpool, Faizal suara Ismat dan sebagainya.