(disambung VI)
….Lampu merah di Traffic Light Kelana Jaya pun aku mampu redah, inikan pula bertunang...
Pagi Jumaat 22 May 2009 itu kelam. Muram. Namun, ini bukan Drama Swasta, mahu pun Cerekarama, apatah lagi Keliwon. Cuaca muram menjadi penentu babak sedih, cuaca ribut – petir menjadi pemula babak bencana. Murah sungguh cerita Melayu. ”Cerita aku , bukan cerita tipical Melayu. Cerita aku, cerita Melayu Pulau Pinang a.k.a Cerita Mamihideen.” getus hati mamiku.
Kulihat adik ku tertawa riang. Bermain bersama sepupu – sepupunya yang hampir semuanya masih belum dicatat dosa oleh Malaikat. Dari kejauhan kumampu dengari bisikan, ”Abang Abu dah nak bertunang. Nanti mesti Abang Abu dah lupa kat kita. Tak dapat nak rasa air tangan Char Kuey Tiow Abang Abu. Jangan – jangan, Abang Abu dah tak open table.”
Telinga aku dah macam telinga Bio-Nik version Panas..”Lu bikin gua panas je.....”
”Ibu, kain Jakel dan Cincin Ewah Ewah Chan tu jangan lupa pulak.” gurauku pada ibu. Ibu tersenyum.
”Yalah, kita kan nak jalan jauh. Penang ke Tampin lah katakan. 2 kali lima (2 X 5) Marhalah pun tak sampai lagi.”
(bersambung...)

No comments:
Post a Comment