Sunday, September 13, 2009

Resume Ramadhan (entri berbentuk Oasis)

Dulu. (90's - 95's)

Menjadi bilal terawih 30 hari berturut-turut di surau simpang empat semanggol.

Menjadi chief tadarus 25 hari berturut-turut di surau yang sama. (berjaya mempercepatkan bacaan dan digeruni oleh kanak-kanak lain).


Dulu. (00's)

Menjadi ketua program tadarus pelajar2 muslimin di sebuah kolej kerohanian di Klang.


Dulu. (02's - 04's)

Menjelajah surau dan masjid di sekitar Daerah Gombak dan Melawati utk berbuka puasa.

Berterawih secara pantas di Masjid Zakaria.

Berbuka puasa ala kadar dan bersederhana bersama Abutang, Mijie dan Singular.



Sekarang. (06's - 09's)

Terawih ke mana hala.

Tadarus al-Fatihah di dalam solat Fardhu.

Apa itu sahur?

Apa beza Imsak dan Syuruk?

Hmmm...salah kerja or salah sendiri?

Entahlah...

Friday, September 4, 2009

Desibel Salakan dan Azan itu berbeza

OMG a.k.a Oh my God.(padahal tiada 'God' pun dalam Asma' al-Husna. Huruf Jawi je yang ade 'Ga').


Tiada sangka kan. Sudah 14 hari kita berpuasa.
Sekarang tepat pukul 12.00 pm. Ada +7 hours lagi sebelum berbuka. Itupun kalau berbuka di Malaysia.


Isnin lepas. Hari Merdeka.
Harga minyak naik. RM0.05 sen jer mampu. Alang-alang naik, kasiklah naik ke RM4 - 5 ke.
Kuranglah sikit kenderaan di atas jalan.


Ahad lepas. Saya berkesempatan berbuka puasa bersama rakan-rakan, di satu tempat ekslusif.
Membazir betul. Nasib baik saya tidak kalah dalam pertandingan siapa muntah lambat , dia menang.


Sabtu lepas. Berkesempatan berbuka bersama bakal saudara2 keluarga mertua.
Nervous. Alhamdulillah, saya makan banyak sangat. Berguna juga saya ni rupanya.


Namun. Jumaat yang lepas menggamit kenangan. Seminggu yang lalu:

Tatkala kaki melangkah longlai menuju ke kereta utk berbuka sambil menggenggam air tin RM3.50 di tangan kanan, rakan saya di sebelah bergegas2 menyatakan laungan azan sudah ke udara.Perjalanan saya ke kereta diteruskan dengan mata-mata curiga manusia di sekitar saya mencuakkan saya. "Apa korang ingat aku bukan Muslim?Aku berbuka lah" getus fetusku.

Namun, nikmat air mengalir menerusi tekak yang kering umpama sungai di syurga rasanya. Fuwh, indahnya.....Alhamdulillah, getus hati saya setelah kekenyangan air di senja Jumaat.

(5 minit kemudian)

Sebaik sahaja pintu kereta dibuka, baru saya terdengar laungan azan.

P/S: Jangan disamakan salakan anjing dengan laungan azan. Anjing bukan Bilal.