Wednesday, August 27, 2008

Terlalu muda utk membeli rumah?

Introduction
Pada hari Sabtu (23/8/2008), saya & Say Yor telah membuat satu lawatan sambil belajar ke PWTC. Di sana, impian kami bercambah, dan kami mulai ghairah.

Haha, mcm karangan dlm website kl s**.com pulak rasanye. Ok lah, aku & Mijie Seyiorita Salz sebenarnye telah berkunjung ke pameran Mapex 2008 (Malaysian Property Exhibition), which is held at PWTC, under REHDA (Real Estates & Housing Development Association). Actually, every year kitorang lepak sini, since 3 years ago. Sekarang nih dah bercambah real estate & property exhibition, tak macam last 2-3 years dulu. But this one is amongst the official & yang tertua di Malaysia lah.

(Article ini specifically designed for people aging 20 – 28, single, perasan educated, free/lapang/senggang dan yang tak malas membaca dan berfikir. If you find yourselves contradict to the previous statement, please abstain urself to read any of the items below)

Tajuk Drama: Tazkirah Minggu Ini (TMI)
Skrip : Tazkirah (Nada Khutbah Jumaat/Ceramah Pilihanraya Kecil Permatang Pauh - edisi tazkirah kepada Form 1, dari seorang ex Form 5)


(Abang Berserban mencapai mikrofon lantas berdiri setelah selesai memberi salam kedua Solat Asar – Jam di dinding menunjukkan pukul 8 mlm)

(Abang berserban memulakan bicara)

Adik – adik,(sambil abang berserban memandang ke luar tingkap musolla)

Ok, talking bout property/real estate, isu yang ingin saya heretkan adik-adik selaku para Form 1, adakah kita masih/terlalu/too muda untuk membeli rumah? Huh, what actually will trigger us to buy/own a property (residential property la)? What the factors that u guys should consider once u choose to buy a house? What the homework that u guys should do? Which one will generate good return, landed property or strata title property, hehe?Which mortgage, facilities or types of payment/sources of financing that available to you, in case u nak beli rumah? Is buying a house is a necessity, kehendak, or becoz ur friend buy a house, u also want one la? How the house purchase process works?haha..Ok la, kite kecikkan scope ke satu isu jer, yang lelain tuh u all cariklah sendiri ek..tak kuase I (nada bapuk Jalan Pak Haji Taib). Isunya …..

Adik – adik
,(sambil abang berserban menggaru-garu jubah di bahagian sulitnya)

Isu di sini ialah: Adakah kita masih/terlalu/too young to purchase a residential property?

Firstly adik-adik, meh abang personally define ‘young’/’muda’ tuh aper ek? Orang tua-tua selalu mention, mase diorang berusia 20 tahun dulu, diorang dah kahwin, dah sara anak-anak, etc. Tapi tu mase tahun 1970, 1983, dan sebagainya. Sekarang, dah tahun 2008. So, diberi sistem pendidikan yang mengajak kita go through UPSR, PMR, SPM, seterusnya menjejakkan kaki ke menara Gading (abang rase takde IPT yang ade gading gajah pun), definisi ‘young’/’muda’ sedikit sebanyak telah tercalar. Abang rasekan, definisi ‘young’/’muda’ depends on each person’s life cycle. Ok, lets gone with the illustrative IQ example below, (Diberi definition muda = 25 – 35 years old) lets determine:

(Pelajar-pelajar Form 1 mula tekun mendengar, dan mencopy ke dlm buku tazkirah mereka)


Budaya hedonisme menjadi cara hidup remaja masa kini (Gambar Hiasan)


Situation A: Ahmad Raslan (nama sebenar) seorang yang berjaya dalam kehidupan duniawinya. Sebaik sahaja Ahmad Raslan menggenggam segulung ijazah pada usia 23, dia bertekad untuk enjoy sepuas-puasnya di dalam sisa-sisa kehidupan duniawinya. Apabila abangnya (Doktor Zaki – bukan nama sebenar) mengajurnakan soalan tatkala usia Ahmad Raslan melewati 27 tahun, “Ahmad, bilakah anda ingin berkahwin?” Ahmad Raslan dengan selamba ghodok membalas, “Relak ah lu, pehal lu kecoh2! Muda lagi, enjoy dulu beb. Jom kite ke Warisan Asia di Jalan Kasipillay.” Lalu Ahmad Raslan bertolak ke sana dengan Vios barunya.

Soalan: Pada usia 33 tahun, Ahmad Raslan mengahwini seorang graduan IRK (ustazah) yang menjadi kegilaan para Ustaz batch graduan tersebut (Batch 2015, Kolej Pendita Zaa’ba), pada tahun 2015. Adakah Ahmad Raslan masih muda?

Situation B: Man Laksa (nama watak pelakon) sering menjual laksa kepada jirang-jirang di kapungnye di Kapung Atah Tol, Kuala Terengganu. Man Laksa menceburi bidang pelaksanaan ini sejak usianya umur 6 tahun lagi. Laksa & darahnya sudah sebati, sebati umpama Chezzo & Michael Poh. Tatkala usia Man Laksa mencecah 18, Man Laksa terpandang aweks hot chikaz maut menanti syahid di jendela rumah customer Laksanya. Dengang wajah selamba, Man Laksa terpikat, lantas menyatakan hasrat mengahwini aweks hottaz ituh. Tapi Man Laksa masih muda. Akhirnya, Man Laksa berkahwin pada umur 18.5 . Man Laksa tetap muda walaupun berkahwin awal. Haha, trick tuh..

Soalan: Adakah Man Laksa masih muda sekiranya pada usia 25 tahun, Man Laksa sudah mempunyai 3 anak (2 lelaki dan 1 perempuan)?


Situation C: Siti Sekayu Comel, seorang wanita yang determined dan bercita-cita tinggi, menamatkan pengajian di Pondok Pengajian Gombak (IPTA) dengan menggenggam ijazah pada usia 23, tahun 2005. Sejak dari hari itu, dia sering dihujani dengan persoalan daripada umminya, nenendanya, moyangnya dan bekas isteri ayahnya dengan soalan yang sama dari mulut mereka semua, “ Bila nak kahwin?” Siti Sekayu tertekan. Siti Sekayu ingin mendapatkan kareer yang progressive, mengumpul duit untuk downpayment Civic 1.8 (RM 116k) dan melancong ke serata dunia, Danok, Riyadh, Paris & Dubai. Tanggal 31 August 2015, Siti Sekayu memeterai perkahwinan dengan Datuk D yang berusia 45.8 tahun. Siti Sekayu hidup aman dan damai.

Soalan: Adakah Siti Sekayu masih muda pada masa perkahwinannya (33 tahun) ?



Kejayaan Mijie Tidak datang Bergolek (Gambar Hiasan)


Situation D: Mijie Seyyorita Salz (anonymous) dilahirkan tanggal 16 July 1990. Masih ingat lagi, bergenang air mata Mijie melihat dunia yang indah di Hospital Kuala Lumpur tatkala diazankan oleh ayahandanya. Islam dianuti, namun setelah berusia 12 tahun, Mijie sedar, dia mula mendahagakan sesuatu. Rumah sewa yang didiaminya sejak kecil, kesusahan ayahandanya yang menghantar Mijie ke sekolah setiap hari dengan motosikal, ayahnya yang pulang lewat malam sewaktu Mijie sudah lena, menjadikan Mijie seorang yang tabah dan berprnsipal gitu (Indon sket, kate Tazkirah).Oleh sebab itu, Mijie mula menabung dan menyimpan wang dengan harapan untuk berjasa kepada familinya. Mijie mula membaca buku Kiyosaki ;‘Rich Dad, Poor Papa Jahat Bangat’ utk menjadi real investor. Mijie begitu tabah, dan sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian pada usia 24 tahun, terus Mijie membeli rumah dgn wang simpanannya sejak kecil.

Soalan: Adakah Mijie masih muda pada masa pembelian rumah tersebut (24 tahun)?

Selesai dengan tafsiran adik-adik, bagi abang, jawapan ‘young’/’muda’ itu subjektif. Subjektif, depends on personal views,culture,experience adik – adik sendiri. Tiada jawapan yang salah, setiap jawapan yang adik-adik berikan pasti ader reason/personal views/supporting arguments. Sebenarnyer, abang nak relates every illustrative examples yang abang story kepada hukum membeli residential property, haha…abangkan gempak, haha
(sambil mengangkat serban sendiri sambil dikutuk oleh pelajar2 Form 1 yang mendengar)

Gambar Hiasan (Laman Seri, Shah Alam)


Adik – Adik,(abang berserban memandang ke arah pelajar – pelajar Form One, manakala Pelajar-Pelajar Form One menunjukkan ekspresi terharu)

Adik-adik mampu nak decide & plan kehidupan adik-adik. Adik-adik patut letak effort mcm Situation D, sebab adik-adik masih muda, dan masih mempunyai masa untuk berbuat demikian. Even adik-adik dah berusia 25 mcm abang pun, adik-adik tidak terlewat utk berbuat demikian. Tetapi untuk yang muslimat, (sambil abang berserban menundukkan pandangan), kalau tak mampu utk memilih situasi D, anda boleh utk menjadi Siti Sekayu Comel. Anda berusaha setelah berijazah, berharta (hasil effort anda), dan memiliki suami yang berpangkat Datuk. Sudah tentu anda mampu memiliki lebih dari ‘residential property,’ mungkin Luxurios Prestige properties yang terletak di Mont Kiara/ KLCC. Namun abang berserban tahu, adik-adik pasti tak nak memilih utk menjadi Man Laksa. Kenapa? Apa salah Man Laksa? Man Laksa tidak hina di sisi Allah. Watak Man Laksa perlu wujud dlm kehidupan kita. Siapa kata Man Laksa miskin? Abang tak tunjuk pun monthly income dalam example Situasi B tersebut. Tetapi Man Laksa patut berusaha lebih sekiranya nafkah yang diberi masih kurang utk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Man Laksa perlu menyediakan ‘residential property,’ dan abang rasa lokasi di Kuala Terengganu memudahkan Man Laksa mendapatkan harga yang reasonable untuk membina rumah. Location is amongst the main factor, thats the house purchase rules man. Better for Man Laksa to buy land, then dia boleh build rumah on that land, cheaper (since Man Laksa bukan kt KL pung). Man Laksa kene put effort to kumpul duit, then buat downpayment. Dan bagi adik-adik seperti Ahmad Raslan, sedarlah sebelum terlewat. Betul, dia berjaya memikat hati seorang ustazah, namun sekiranya Mijie Seyyorita Salz semasa berusia 25 tahun pada tahun 2015 (Situation D) menackle Ustazah di dalam Situation A, adakah Ahmad Raslan yang berusia 33 tahun pada 2015 (Situation A) dapat berkahwin dgn Ustazah tersebut? Fikirkan …


(Abang berserban keluar dari Musolla secara bersahaja)
(Pelajar-pelajar Form 1 kelihatan keliru dan mula bertanya sesame sendiri)

Personal Investment Portfolio (Range - Contracts, Stocks, Properties)





Gentle Reminder & Disclaimer: Semua di atas gurauan semata-mata, tidak ada kene-mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Any legal actions can be forwarded personally & directly to the author, at azriehafiz@gmail.com

Tuesday, August 26, 2008

Sekita Kongvokasi Fiesta Idola deh??

Dari kiri: Mencari rumah hidup, Tunang orang yang masih single,Penulis, Kembar Bongsu yang sulung




Rumah kecil tie seghibu,
Rumah besa tie sebate,
Kecik mu di timang ibu
Beso mu di bedey gelombe.

Huh, bermelankolik la pulak starting article ambo minggu nih deh. Actually, ambo nok ghoyak last weekend, ambo meme(memang) mengedukasikan weekend ambo. No waye, no pasor male, no olimpik. Dok caghe, doh tua2 nih nak hiburang 24 je. (jam)

Bat (tetapi), jumaak male Sabtu, dok tau guane, ambo dipakso hok luar tabii to be involved in college f**k fest Universitas Patih Gajapohit hok lokasi di Gombak nung. “Nate beghuk bebudak ning, ambo pleng (plan) nok hok aktiviti educated, aleh2 keno tubik hok aktiviti hiburang gok,” kecek ambo dale kalbu. Nih sume pasa Abute, dio plen lening.


Watok :Abute
Pelakon : Abuzar bin Mansor
Blog:
http://www.abutang.blogspot.com


Ketibae ambo disambuk denge bungo api. Fantabules. Amazeng. Banyok budget konvo universitas tahung ning. Ngabih duik hok bunga api jer. Berape riyal cost satu bungo? Ambo dok tahu, hok puok2 jua (jual) mercung bule pose tahu kut. Nanti bule pose kite study cost bungo api deh.

Ning aktiviti2 hok happening di konvo universitas. Malah ambo nok tulih, hiburang belake.
Tubik gune Vios, Watok: Shamel Fitri, Pelakong: Raslang (Raslan), Status: Mencari Kebenaran Islam di Port Dickson, Blog: http://www.singularsong.blogspot.com


Gerai graduasi terlajak di Konvokasi Fiesta Idol (sila perhatikan sosok sudip di tengah-tengah gambar)

Hok bunge api nyabut (menyambut) ambo, dok seh gelak (gelap) sgt deh

Maing golh (golf) , Watok: Mijie Say Yor, Pelakong: Ahmad Tarmizi, Status: Mencari Rumah Hidup, Blog: http://www.ikhlast.blogspot.com

Kudaku laghi gagoh beghiani, Watok: kudo, Pelakong: kudo ori

Konvo kembar 2/3, Nain & O oi

Konvo kembar 2/3, Nain & O oi:
Ambo dok ingak (ingat) which wang (one) hok Nain or (or) O oi. Ambo tahu, kalau bace ayak (ayat) Quran, Nain dok seh nok sabung (sambung). O oi bole sabung ayat Quran sokmo deh.




Ambo exclude aktiviti ning fghong (from) weekeng ambo. Hiburang blake. Ambo tensen. Kalu Ustak Fadhli Kiss Ass tahu, konpeng (kompem) die ngamuk. “Ana napok (ana Nampak), Ana tapo(tampar)!”

Wednesday, August 20, 2008

Costing your Weekend?

Penulis (poyo lagi) agak keberatan utk utk membincangkan hal-hal kehidupan penulis sehari-hari, tambah2 utk dipublishkan di blog. Mcm pihak pembaca already know, lets imagine kalau kite baca magazine, then penulis-penulis magazine tuh tulis psl diri diorang je dlm magazine tuh. Tulis psl kejer diorang, dateline assignment diorang, keburukan bos, diorang suke makan ape, diorang punyer problem, etc. Kalau few sections dlm magazine tuh, ok lah..tapi klau every sections in that magazine citer psl diri diorang jer, mak aih..bukan buhsan lagi, sah2 company magazine diorang tuh bankrupt n listed as PN17 companies (Notes 1).

(Notes 1): Sila browse website suruhanjaya sekuriti or Bursa Malaysia by click link di bawah kalau nak tahu PN17 companies tuh aper, huhu.

(http://www.bursamalaysia.com/website/bm/listed_companies/list_of_companies/amended_pn17_companies.html).

So, weekend baru-baru nih, penulis sememangnya ingin meminimizekan cost sebaik mungkin, while achieving fullest happiness. (Motto hidup penulis: Live life to the Max, with minimal cost). Kite tengok whether RM50 is sufficient to enjoy life during weekend (Saturday & Sunday), di KL. Below is stated assumption given by penulis sendiri, haha..

1) SMS cost excluded
2) Utilities (e.g Electricity, Water, Internet – broadband) cost excluded
3) Economic cost (effort, peluh penulis, berpanas, menunggu, hasil pemikiran aku) excluded
4) Opportunity cost / Kos Peluang – haha, aku tak ingat term malay die - (Notes 2)

(Notes 2): Opportunity cost/kos peluang adalah the value of a product/chance forgone to produce or obtain another product/chance. Susahkan? Example:

Abuzar (bukan nama sebenar) ingin memilih antara Lantis (bukan name sebenar lagi) dan Sentra (kompem la bukan nama sebenar, bengong) sebagai teman hidup. Hantaran untuk Lantis = RM 20,000, manakala Hantaran untuk Sentra = RM 35,000. Sekiranya Abuzar memilih Sentra sebagai pasangan hidup, Abuzar terpaksa menanggung kerugian/ kos peluang sebanyak RM 15,000. (RM20,000 – RM 35,000 = - RM15,000) . Sebab tulah Abuzar memilih Lantis. (opportunity revenue = RM15,000)

Watak yang terlibat: (dari kiri) ; Mijie Say yor, Ahmad Shamil Fitri, Asun Adam, Penulis

Saturday (16 August 2008)

11.00 am

Disebabkan malam sebelumnya penulis bermain futsal from 1am – 3am (Jumaat malam Sabtu), penulis bangun agak lewat di hari Saturday. Eventhough penulis sudah solat subuh, penulis tidur kembali sehingga matahari tinggi bergalah-galah panjangnye. Tatkala 11am, penulis dikejutkan dgn kedatangan abang Say-Yor a.k.a Mijie yang malu-malu untuk ke kenduri perkahwinan classmate Kiss Ass nyer secara solo. Tanpa berfikir panjang, penulis mengarjunakan soalan. ‘Ape ana dapat kalau ana ikut anta pergi ke kenduri tersebut? Mijie menjawab dgn penuh sedih tapi berhikmah, “anta dapat makan free, sambil menangis melihat kawan sendiri disanding di pelamin itu.” Lalu penulis tanpa ragu2 mandi dan terus ke kenduri kahwin yang berlangsung di UPM, sambil menaiki kereta Buffalo yang dipandu Miie Say Yor. Terima kasih kepada Mijie Say yor (http://www.ikhlast.blogspot.com/) yang sudi mengincur petrol & toll cost, 2 hala.

No cost incurred

3.00 pm

Biaselah kalau dah balik kenduri, sebaik sahaja tiba di rumah, tentulah mata mula mendayukan musik2 sentimental. Mata penulis mula mengkeudarakan lagu-lagu seperti Pelamin Anganku Musnah, Dunia Belum Berakhir dan Kenapa Singgah kalau Tak masuk Tidur. Jadi, sebaik sahaja salam kedua solat Zuhur diberi, La budda penulis terus tidur sehingga pukul 5.30pm.

No cost incurred

5.30 pm

Tiba-tiba penulis terjaga. Ya Allah, penulis belum solat Asar lagi. Ampunkan dosa diri ini. Terus penulis meluru masuk menerjah bilik air, sambil terdengar lagu dendangan Flava ‘kenapa singgah kalau tak ambil Wudhu’. Sebaik sahaja salam kedua solat Asar diberi, penulis disapa oleh makmum penulis, Ahmad Shamil Fitri (adik doctor Zaki). Shamil memulakan langkah, “Nampaknya kite dah solat asar, jom kita pergi pasar.” “Pandai jugak adik si doctor nih berpantun,” getus hati penulis. La budda, penulis pun ke pasar Sri Rampai , sambil menaiki kereta ‘so Shamil’ yang luar biasa mewahnye. Singgah saje di pasar malam, kami melayan koewtiaw sup (RM 3) dan teh ais (RM 1.50) dan diselangi dgn air kosong (RM 0.30). Tiba-tiba, Pak Ngah (tuan punyer stall) datang ke meja kami. Tanpa disedari, anaknye yg autisme turut melepak di meja kami. Kami dipaksa utk hanyut di dalam ceramah Pak Ngah (versi pilihanraya kecil Permatang Pauh). Komunikasi orang tua itu yang sehala menyukarkan kami utk menyuarakan pendapat.
Pak Ngah masih degil dengan idealismenya yang berlandaskan emosi, walaupun dia acapkali menekankan ‘logik’ dalam statementnya. Kami redha.


Berlagak menjadi Umar Abd Aziz supaya tiada gharar(uncertainty) dlm urusan jual beli

Selang sejam selepas itu (Pak Ngah punye ceramah approximately sejam, nasib baik takde iklan mcm kt TV, klau tidak 2 jam jadinye), penulis mula mengorak langkah menuju ke pasar malam (padahal tak sampai senja lagi pun). Maka, termeterailah jual-beli durian (RM5) dan jual beli CD halal (RM10 / 3 = RM3.33). Kami pulang ke rumah dgn hati girang. Sambil tuh, sempat melihat projek rumah tersusun di Sri Rampai. Projek rumah tersusun itu sudah berusia lebih daripada 15 tahun. Rumah je nampak usang, namun, income isi rumahnya boleh tahan jugaklah. Melihat kereta-kereta yang ada di kawasan tersebut, penulis tidak mampu memforecast ataupun mengestimate kan income each household. Conclusion, jangan underestimate & cannot judge the income by its home.


Berlagak menjadi Umar Abd Aziz meskipun agak terdedah, meneliti kehidupan rakyat


Kemudian, kami berkunjung ke kedai basikal. Repair2, modified makgat, letak karburetor racing, adela dlm RM15.

Cost incurred = RM3 + RM1.50 + RM0.30 + RM5 + RM3.33 + RM15
= RM28.13


Cuba membantu dgn tujuan memurahkan harga servis, tanpa mengira kasta

9.00 pm

Kenapa penulis tak ingat ape penulis buat mlm Sabtu? Ooh, kerana penulis menonton Siaran Langsung Olimpik, final 100m. Kagum betul melihat Usin Bolt dari Jamaica memecahkan rekod dunia 100m. Sebelum itu, Majalah 3 memaparkan rencana mengenai ‘manggis’. Dalam keasyikan melayan karenah TV, Mijie Say yor tibe-tibe menerjah masuk pintu rumah. Meskipun tinggal di rumah sendiri, Mijie Say Yor sering memaksa kawan-kawan utk menemani dirinya makan malam. Entahlah. Seperti yg disangka, Mijie memaksa kawan-kawan utk menemaninya makan. Memang dia lapar, kerana Mijie Say yor baru balik dari lokasi penggambaran bertempat di Sunway Pyramid.

Di ‘kubur’ (port makan awek2 UIA bersama pasangan2 mereka), penulis terpaksa memesan makanan. Seperti biasa, sup tulang dan nasi putih menjadi santapan (RM 8 - termasuk teh ais). Kami pulang ke rumah, masih lagi dgn hati yang girang-gemirang. Singgah sebentar di 7 eleven utk membeli barang keperluan (RM 5). Tiba-tiba Asun ada di rumah.

Cost incurred = RM8 + RM5
= RM 13


Sunday (17 August 2008)
1.00 am
Tidur nyenyak.

Sunday (17 August 2008)

9.00 am

“Alamak, matahari dah keluar dulu,”hati penulis tersedak. Fuhh, hilang masa weekend kt tidur jer. Melihat Ahmad Shamil Fitri (masih lagi adik doktor Zaki) yang lena diselimuti kulit sejenis haiwan, penulis berasa lega. Takdelah loser sangat, haha..

No cost incurred

11.00 am

Penulis dipaksa secara luar tabii oleh Asun & Ahmad Shamil Fitri. Dipaksa ke kenduri kahwin (kenduri Pinky & AC di sini). Mereka berdua bukanlah betul-betul mengajak penulis, cuma mereka mahukan penulis turut berkongsi kesedihan & penderitaan yang mereka alami. Maklumlah, kenduri kahwin adalah tempat gembira utk bertemu kawan-kawan, dan juga tempat utk yang teruna menyiksa diri sendiri dgn menyaksikan kawan/ex2/secret admirer di pelamin tersebut. Penulis menolak invitation mereka dgn penuh hikmah. Akibatnya, penulis terpaksa berbasikal utk lunch berseorangan di depan rumah (RM5.00). Melihat rambut yang semakin mengurai dan berdandruff, penulis singgah sebentar di saloon mamak tanpa izin. Rambut digunting, Beard dishaven. (RM10). Cycling beb, no petrol cost, haha.

Cost incurred = RM5 + RM10
= RM 15

Penaja Lunch: Abe Nasi Dage Catering, Wangsa Melawati (Tapi hok ning buke nasi dage deh)

4.00 pm

Mijie menerjah lagi. Kali ini bukan terjah, terkam rasenye. “Jom, gua rasa gian nak layan Galaxy!” Jerkah Mijie Say yor. Pergh, agak kurang haja jerkahan mamat nih. Boleh tahan gak ah pitching die, tak ke laut, tapi ke Danok. Gua pun balas balik (penulis kalau marah, terus tukar jadik ‘Gua’) “Lu pehal paksa-paksa gua!!” Tiba-tiba nada Mijie berubah menjadi Nada Murni, “ok lah, kita layan showroom.” (Aktiviti ini terpaksa dicensored utk jadi sources for the future blog, hehe). Tahu-tahu je, around 6pm, Mijie menculik penulis dari showroom ke Galaxy. Melayang RM8 (tiket menyaksikan sneak preview Don’t Mess with Abang Zohan). Kalau dah ke Galaxy, tak sah kalau tak lepak di Korea. Nasi lemak sekolah,sotong & the tarik crewz memang mengasyikkan. (RM5)

Cost incurred = RM8 + RM5
= RM13


8.55 pm

Di rumah, melihat Lee Chong Wei dibelasah memang memedihkan hati. Secara pantas, penulis menukar channel. Tak sanggup rasanya melihat Super Dan bermain kow-kow menganjing Malaysia. (Olimpik, Final Badminton Single – Man, Lin Dan VS Chong Wei). Selepas mengusha internet beberapa detik, penulis lapar. Apa lagi, mengerah tenaga (berbasikal la) ke 7 eleven, lantas penulis menyambar Laici Drinho & bihun goreng yang baru sampai (untuk makluman, stok bihun goreng sampai ke7 eleven branch depan umah penulis around 11pm). (RM1.20 + RM1.80).

Cost incurred = RM3


Isnin (18 August 2008)
1.00 am
Tidur nyenyak.


Tersurprise dgn calculation sendiri sehingga tersandar di peti ais Client

Summary:

Actual Cost

Saturday : RM 28.13 + RM 13 = RM 41.13
Sunday
: RM 15 + RM 13 + RM 3 = RM 31

Total
(Saturday & Sunday)
: RM 41.13 + RM 31 = RM 72.13

Budgeted Cost
RM 50


Budget Surplus/ (Deficit) : Budgeted Cost – Actual cost
: RM 50 – RM 72.13 = (RM 22.13)

Conclusion: Menyesal aku tulis blog nih, cis..kene cover balik RM 22.13 tuh..

Tuesday, August 12, 2008

The Album of Mahsuri..(Karya Penulis)




Gambar 1 : Menunggu Eja punye penyepit rambut






Penulis, ditemani rakan - rakan KPLUIA (Kelab Pemuda Loser UIA) sebenarnya terpergi ke Utara Semananjung last 3 weeks. Sambil berjalan dan tanpa memikirkan masa depan, kami pun ke sebuah pulau di sana. Sebenarnye, ade 5 buah pulau yang kami kunjungi. (penjodoh bilangan pulau = buah? kompius2).


Gambar 2 : In-team + Kpluia Mates = Intimate
Tapi biaselah, pergi pulau. Release tension, enjoy, usha awek2 siam. Ye ke? ni lah orang bandar punye perception. Tapi gambar kt atas nih (Gambar 1) dgn yg kat sebelah nih (Gambar 2) bukan di pulau tersebut. This picture taken at the best retirement place kt Malaysia, mane lagih kalau bukan Taiping. huh,nasib baik tak hujan.(sbb Taiping lah tempat most average litre hujan dalam setahun). Kalau korang observe, gambar kt atas (Gambar 1) yg ade pokok2 tuh, part of filem 'Sepi' punye scene. Penulis wait 4 Eja nak repair kasut penulis. Sbb tu penulis obsess dgn 'Sepi', haha..


Gambar 3 : Pengemis BerLantis

Sebab ape penulis tangkap gambar pengemis nih (Gambar 3)? Nih bukan calang-calang pengemis,inilah pengemis berLantis. Actually, inilah tourist guide kitorang. Most of the time, die yang drive. Gambar 3 dirakamkan di kawasan rehat & rawat Tapah. Ni pasal kes takde meja makan, tahu2 si tourist guidance of the day nih dah makan kt koridor tuh. Memang efficient. Eat hard, meet the requirement.

Gambar 4 : Nasi Lemak Lemoney (Homestay)

Nih di salah sebuah homestay kitorang (Gambar 4). Memasak bersama orang kampung (yang kt tengah tu la orang kampung, Kampung Sekolah) is part of package kitorang kt pulau tersebut. Menu Nasi Lemak Lemoney menjadi santapan kitorang di subuh hari. Masa kitorang breakfast, syuruk pun belum. Maksudnya, Subuh kitorang di dalam waktunya. Kalau pihak pembaca alert & grab, nasik lemak tersebut bukanlah berkaler putih, namun kalernye grey (grey dalam bahasa melayu aper eh?). For further details (recipe, cara memasak) layari http://www.abutang.blogspot.com/.


Gambar 5 : Sawah Padi, tanaman yang menghasilkan beras (yang korang selalu panggil nasik tuh)

The above picture (Gambar 5) was snapped by penulis semasa driver Mazda Lantis memecut laju di Jalan Sanglang - Ayer Hitam (150 km/hour) . Tak sangke plak gambar die remains cantek bak kate Altimet. Mane nak carik gambar sawah padi hijau terbentang luas kt KL bai..aaa, penulis baru ingat penulis pernah jumper sawah padi kt KL. kat dalam magazine Traverama n Libur, Kinokuniya KLCC...huhu..kesian betul kt anak-anak KL (Pie anak mami panggil Key El).


Gambar 6 : Bumble Bee
Tibe-tibe, dalam kesayuan memerhati sawah padi yang indah terbentang luas bak Siska, ade Bumble Bee melintas jalan (Gambar 6). Haha..

Gambar 7 : Menanti laksa yang tak kunjung tiba
Kalau kite ikut pakej Homestay nih, tak semestinya kite kene makan kt rumah org yang kite stay tuh je. Kite bleh gak lepak2 kt warung (Gambar 7). Petang tuh, org kampung ajak kitorang lepak warung laksa kt Kuala Perlis. Layan laksa tepi laut, memang la mashuk..layan nestum tepi laut pun bleh feeling, aper tah lagi laksa...bak kate Saiful Bukhari, slurrppp ajelah (haha...)

Gambar 8 : Slurrrppp Ajelah..
Meriah btullah mamat Aussie (2 dari kiri, gambar 8) yang pakai t-shirt hitam melayan Laksa Pak Munawir. Kalau korang grab & alert lagi, spek yang mamat Aussie (sebenarnyer mamat Maori, NZ) pakai tuh dah alami proses condensation (kondensasi), sbb tuh spek die dah berwap. Dan sebab tuh lah die tak perasan kamera tgh snap picture die, huhu..

Gambar 9 : Legalise Gay Marriage!
Sejak Bar Council suke buat forum yang suke provoke2 nih, KPLuia pun ade hati nak jadik femes mcm Bar Konsol PS3. In fact, the above picture (Gambar 9) is the promo for the next KPLuia forum which will be held in KPLuia building (9, Wangsa Ceria 4, Wangsa Melawati) next few weeks (bulan puasa) which will be discussing a disgust thing, 'Legalise Gay Marriage', The promo picture has been published in several newspapers, memaparkan sepasang gay yang bergaduh kerana perkara yang remeh-temeh umpama char kow tieow yang tidak sedap dan nak sewa Altis atau Wira apabila sampai di pulau tersebut.




Gambar 10 : Arwah dalam kenangan!!

Gambar ni (Gambar 10) diambil sewaktu menunggu feri untuk berkunjung ke pulau tersebut. Accidentally, penulis tertukar mode normal picture ke mode 'sephia' (ala, mcm lagu Sheila on 7 tuh). Sekali tengok gambar, perghh..mmg perfect..perfect utk ditayangkan semasa power point slide show 'arwah dalam kenangan'...haha..


Gambar 11: Teruja
Perasaan teruja memang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Nasib baik ade gambar. Scene di atas (Gambar 11) disnap secara pantas sewaktu penulis berada di dalam ferry. Mamat Maori dan Travel Instructor terexcite dengan cerita P Ramlee yang di tayangkan di dalam feri. Maklumlah, orang Maori mane la pernah layan movie2 P Ramlee.

Gambar 12: Teruja di Rumah Pak Daniel
Di rumah Pak Daniel, kami berasa teruja sekali lagi. Manekan tidaknya, boleh Pak Daniel bina rumahnya di atas pokok (Pak Daniel menggelar Treetop Cribs). Berkonsepkan 'George in Jungle,' rumah yang dibina Pak Daniel terletak approximately 10 meter di atas pokok. Kalau korang grab & alert & observe lagi, selain tangga, terdapat another one medium to reach to the rumah atas pokok. Dahan pokok2 yang menyelusuri rumah tersebut adalah cara pantas untuk turun dari rumah tersebut. Tetapi dahan tersebut actually adalah cara yang tidak pantas untuk naik ke rumah, kerana adalah lebih pantas untuk menggunakan tangga, terutamanya kepada pengunjung2 yang bersize medium seperti kami.

Gambar 13: Beru'zlah (Gunung Mat Cincang sampai lumat)

This picture signifies that life is challenging. Sebab ape? sbb susah gak nak ambik gambar nih. Penulis yang ditangkap gambar nih, kene baring atas lantai, hoho..bleh buat cover album nih..tak pun, buat gambar potret..bleh tunjuk kt anak-anak, cucu-cucu ker..nak tunjuk kt diorang yang atuk diorang ade life masa mude..kire sesape yang belum lagi ade gambar nk tunjuk kt grand2son/daughter diorang mase dah tua nanti, lu all pikelah sendiri yer..


Gambar 14: Bukan Siratul Mustaqim

Agak flabbergasted jugaklah berada di atas puncak Gunung Mat Cincang ni. Bukannye aper, sejuk, cool, dingin menusuk bone. Jambatan (Gambar 14) di atas menghubungkan 2 puncak gunung di pulau tersebut. Hanya boleh dilalui selepas korang naik cable car yang agak seram jugak lah. Kire kalau sesape yang banyak dosa tuh, better korang practice kt jambatan nih sebagai preparation utk akhirat kelak. Menarik jugak ah investment diorang nih. Memang worth. Worst case scenario: 1 ticket = RM 25, korang calculate lah kalau 1,000 orang datang sebulan, dah dapat income (1,000 x 25 orang = RM25, 000). Kompem ah mustahil, 1,000 org sebulan = average 34 org/ day. At least 50 org / day, barulah ada logika, haha...kire lah sendiri..korang patut tengok movie '21' kalau nak mengira..


Gambar 15: Hajat tak Sampai, Pelamin Angan Us Musnah
Para pembaca nak tahu aper notice tuh tulis?
On a Fine Day.
If you stand here between 6.30 pm to 7.00pm
You will have the pleasure of witnessing
the most enchanting sunset at
Langkawi Cable Car
Sekian.
(Yang ni notice tuh tak tulis)
Hari tuh tak fine. So, no sunset. Maghrib tetap ada.

Gambar 16: Treetop Cribs layan
Part of Treetop Cribs di rumah Pak Daniel. Interior design rumah nih memang superb. Walaupun Aussies Say yo & Pengemis Lantis (Gambar 16) di atas sedang berdiri di atas katil yang penuh durjana, scene yang dihasilkan (Gambar 16)masih mampu membuahkan effect yang terbaik.


Gambar 17: Potrait Abutang
Gambar nih walaupun valueless, (tiada value, bukannya priceless yer) effort yang penulis letak untuk menghasilkan gambar potrait model tersebut tidak dapat tidak penulis terpaksa compromise. Di saat ini, penulis terpaksa berbaring di lantai dan mempastikan penataan cahaya yang optimum, selaras dengan optical zoom yang terbaik, bagi mempastikan ketinggian model tersebut. Woit, bayarlah..ingat kite buat kejer free ke..ade debit, ade kredit larr (refer blog penulis yang lepas)..


Gambar 18: Tasik Dayang Bunting (Iron Maiden Lake)
Ini antara tempat yang patut dikunjungi oleh ahli2 KPLuia. Bukannye aper, antara cerita yang acapkali kite biase dengar mengenai air tasik ini yang mampu menyembuhkan pasangan yang masih belum menimang anak. Nevertheless, bagi anak-anak dara, teruna, bujang dan ah qua, air tasik ini juga mampu memulihkan jiwa kacau, jiwa lara, gersang, dan bebanan bil2 dan kad kredit. Pergi tasik tuh, ambil air sembahyang dan terus solat. Solat Qadha pun boleh. Pasti.


Gambar 19: Terbaik
Yang ini (Gambar 19) penulis x bleh nak cakap ape. Seblum gambar ini diambil, 2nd hand value kereta di dalam gambar tersebut (gua tanya 2nd hand car salesman kt area2 Puchong) = RM15,000. Lepas penulis hantar gambar ni ke Magazine OTR, that magazine suggest letak car price RM20k...Fuyohhhh..








Gentle Reminder & Disclaimer: Semua di atas gurauan semata-mata, tidak ada kene-mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Any legal actions can be forwarded personally & directly to the author, at azriehafiz@gmail.com