Sunday, November 30, 2008

Hamba dan sebagainya

Matrik

1st year (Banyak main)

2nd year (carik awek)

3rd year (declare)

4th year (carik keje)

5th year (konvo)

Kahwin?

Hamba tolong promote blog kawan - kawan hamba. Hamba orang melayu.



P/S: sms dari Abutang kepada hamba, (tarikh 27 Nov 2008, 10.52 pm)

"Efi memang patut, tapi kenapa Fiza? TV Sembilan sucks!!!"

P/S 2: Ustaz Asri & Ustazah Bayah, sila ambil berat hal di atas

Tuesday, November 25, 2008

Tiada siapa yang bijak bestari (rujuk entry di bawah)

Istana Hinggap Villa Wangsa Melawati (VWM) memang meriah. Penghuninya (Paiseh a.k.a Abang Long, Shamil a.k.a Raslan Jelatang, Hamba a.k.a Penulis & Chezzo a.k.a Hairstylist yang tidak patah-patah, kadang-kadang Arip Samat pencangkung/squatter) memang ceria.
Namun, cuti sekolah yang baru tiba meleburkan keceriaan & kemeriahan yang selama ini mereka kecapi. Kedatangan kad-kad kahwin undangan hasil kolaborasi hitz Abang Posmen & bakal - bakal pengantin menghancurkan masa depan mereka berempat.
Kesannya, lihatlah contoh souvenire perkahwinan dikerjakan secara bersahaja semberono oleh para penghuni Istana Hinggap VWM berikut-ikutan, singgul-singulan:
Selepas few modifications & creative disposal system

Friday, November 21, 2008

Kalau tuan bijak bestari, apa itu?



Kalau tuan bijak bestari, apa itu?

Wednesday, November 19, 2008

Hantaran tinggi...bahagiakah perkahwinan?

Situasi 1

Operator: Hello, may I speak to Mr. Azmi?

Penulis : (pergh, suka hati mak bapak dia panggil nama bapak aku)

Yes, I'm Azrie Azmi speaking.

Operator : I 'm Stella, calling from Shiall Shared Service. I just notice ur

resume posted in 'Jalan Kerja' few days ago. May I forward

ur resume the respective manager?

Penulis : Sorry Stella, may I know , which department that possibly

Ill be joining? (pergh, belum lepas interview, ade hati nak join)

Operator : I will forward ur resume to the hiring manager, who will

conduct an interview session with you. Currently, there

are few vacant positions for Financial Reporting & Endurance

Analyst in Shiall Shared Service. Ok, any info I'll update u later. Ok?

Penulis : Ok, no problemos (padahal blurr). Thanks..(seraya menghentak Soni Anaklaki Eric)


(Gua tensen. Gua xnak 'buat' account.Tapi Shiall tuh, bonus menangis gak ah)



Situasi 2

Hamba : Hello?

Juru Operasi : Hello. Is Mr Azrie there?

Hamba : (hah, yang nih tak panggil name bapak hamba)
Yes, I'm speaking.

Juru Operasi : I'm Sulawesu, calling from Ar Ash Bi centre.
I would like to know whether ull be free for
an interview, possibly by next week.

Hamba : Could you give me the details?

Juru Operasi : Interview will be on next Monday, 3.00pm.

Are u ok with that?

Hamba : (takkan nak kata tak ok, hamba yg nak kejer dgn die, bengong)
Yes, I'm ok. Sorry Sula, may I know the position that I've applied
before? I do not remember exact position since Ar Ash Bi centre
posted few jobs in 'Jalan Kerja,' am I right?

Juru Operasi : Research Analyst, Debt Market. It's related to the bond issuance
and investment analysis. So, I confirm ull be attending the interview
session next Monday?

Hamba : (Menjerit di dalam hati, Wow!!!) Yes, confirm. Ok, Sulawesu, Thanks.


(Gua hepi. Gua nak tengok 'account'.Gua xnak buat 'account.')

Situasi 3

Malas hamba nak tulis....


Kesimpulan: Tajuk entry kali ni merupakan sessi perbincangan Wanita Hari Ini, 19/11/2008, 12 pm. Renung - renungkang, dan selamat beramal

p.s: ayat - ayat di dalam kurungan a.k.a braket merupakan suara - suara hati. Duit atau Minat?Anyway, pergi jer interview, kan...


Mana sijil SPM hamba? Dah 8 tahun hamba tak tengok nih...

Sunday, November 16, 2008

Ape kejadahnya berhibernasi di rumah time hujung minggu?


Jiwa kacau. Hamba terfikir time-time jiwa kacau nih,

sapelah yang kacau jiwa hamba.Takkan Nurul Khusna kut.

Sebab tuh hamba banyak minum nescape versi tempatan

jer 2 hari ni. At least, hamba boleh kacau nescape yang hamba

bancuh.

Jadi, hamba pikir baik hamba tenangkan jiwa hamba.

Macamane nak tenangkan jiwa yang kacau di kota

raya neraka peringkat atas-atasan nih?


Tengok movie?

Sabtu, hamba dan cik hamba pun melayan Memdagascar

II di Galaksi. Betullah, orang baik-baik selalunya dilindungi.

Hamba boleh tidur time layan movie. Apecer?

RM8 tiket wayang dah jadi sunk cost. Apecer?


Jadi, hujung minggu hamba banyak dihabiskan atas sejadah.

Dan juga katil.


p.s: Hujung minggu depan, hamba nak melepak dengan imam
dan tok siya' masjid depan rumah hamba. Harap - harap
diorang dapat terima hamba. Eh, silap..harap - harap
hamba boleh terima diorang...

Saturday, November 15, 2008

Tag (memfollow Perlembagaan Blogger, meskipun Man U kompem menang weekend nih)

Hamba baru setahun corn. Alih-alih, hamba ditagged dgn orang yang
setahun corn jugak. Maksudnya, hamba dah cukup umur. Lepas
nih, hamba dah tak corn. Hamba dah jadi pop corn (corn versi baligh).

Tag team hamba dianugerahkan daripada entry Abang Long.
(Tabbat yada Abang Long)


RULES :

1. Take a recent picture of yourself & take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this.

Result


Situasi : Baru balik rempit.
Mood : Kalah dgn Parid Tamil, jadi hamba bakar RXZ die.
Glove : Sponsored by Asi Milah, kekawan Rossi kasik.
Note : Tak yah expect banyak. Terpaksa cover mata rabak sbb gaduh
dgn Parid Tamil. Hamba geng Klue Haida beb. Biasenye hensem, tapi
nih kire biase sgt sebab takut Klue jeles.

Hamba tak berani nak tag sesape. Hamba cuma nak tag Nain Pampas
dan Abutang. Itu pun kalau diorang berani. Kalau diorang Melayu.

p.s Kata ganti nama pertama yang digunakan, iaitu 'hamba' merupakan
antara ciri - ciri sejati Melayu.(haha)

Friday, November 14, 2008

Asal - usul kita

Ramai orang Melayu kita tak sedar. Ramai orang Melayu
kita dah lupa asal-usul. Belajar Sejarah sampai SPM jer.
Lepas tuh, lupe semua.


Tanye pasal adat-resam, tak tahu. Perlembagaan 153,
pun tak tahu. Sampai nak kahwin, baru menggelabah
cari tepak sireh. Bertunang, meminang, merisik pun
tak reti nak beza. Mas kahwin, hantaran, dulang pun
tak ketahuan. Sambut anak, baru terhegeh - hegeh
nak tahu akekah, cukur jambul tuh ape.


Semalam around 9.30 pm, gua dan housemate (Chezzo, Abang Long & Hasrat Terpendam - newly joined member, Villa Wangsa Melawati) menggelabah. Sebab kitorang sedar asal-usul orang Melayu. Menggelabah mencari Channel 9, menonton 'Gadis Melayu.'



P.S: Bahagian Villa Wangsa Melawati mencalonkan
Nurul Khusna Uma, Khairul Noormadiah Zali,
Wan Hafizah Wan Abdullah & Ayunaliza Atan
sebagai gadis-gadis melayu.

Thursday, November 13, 2008

Chezzo kelakar lah (Part II)

Pagi. Chezzo ajak gua menemaninya utk ke AmBang.
Gua tanya Chezzo, apa faedahnya. Chezzo cakap,
dia nak belajar bank in kan duit monthly instalment loan
Savvi nyer ke AmBang, guna machine deposit.
Gua ok jer.


Gua memang mahir bab-bab machine nih. Gua
ade experience merancang merompak
bank. Sekali lagi, merancang .


5 minit kemudian, sampai AmBang. Gua & Chezzo
melangkah longlai. Sampai di machine deposit AmBang,
gua tanya Chezzo, berapa banyak instalment lu
kene bank in every month? Chezzo jawab,RM 350.
Pastuh gua tunjuk example kt Chezzo. Sampai
part bank in duit tuh,gua suh Chezzo bank in kan
duit.

Chezzo degil. Dia nak buat sendiri dari awal.
Gua ok jer. Gua tunggu Chezzo kat luar pintu
Ambang.

(Selepas setengah jam)

Celaka punye Chezzo. Lama gila dalam AmBang.

Tup tup, Chezzo keluar. Dengan selamba badok,
dia kata awek receptionist + awek kaunter AmBang
tuh cantik. Sebab tuh dia still bayar instalment kt
kaunter.

Wednesday, November 12, 2008

Zaleha, Betina dan ......

Date: 10 November 2008
Time: 1.30 pm
Venue: Villa Wangsa Melawati
Actress: Zaleha (Isteri Amir)
Position: Berdiri/Merangkak
Job: Intruder/Freelancer (Penceroboh)
Weigh: 40kg
Movie: Kucing Gemuruh (Thunder Cat)

Extra: Arip Samat & Adiknya
Suara latar: Danial & Arip Samat

Refer entry Abang Long for more details.

Monday, November 10, 2008

Kesan Graper yang berpanjangan..


Glenn Fredly VS Project Pop

Letto VS Project Pop


Mulan Jameela VS Project Pop


Nidji VS Project Pop



Chezzo kelakar lah..

(Pukul 11 pm - 12am, Ahad 9 November 2008)

Lokasi: Dalam kereta Vios

Raslan baru pulang dari majlis kenduri kahwin. Kenduri
kahwin orang besar-besar, kene bawak partner.
Raslan berjaya mengsecure seorang partner yang cun.
Itu memang kerja Raslan.
(Partner tuh, awek la)

Nota Lutut: Raslan masih single



Lokasi: Villa Wangsa Melawati

Di ruang tamu, Danial sedang melayan panggilan telefon
aweknya. Chezzo mengangkat 'loceng bingung' (Dumbell),
harap-harap badan die sempat tough before shooting
Spa Q 2.(bukan Que Haidar yerrrr).

Aripp Samat (squatter) sedang mencari2 tune utk
menujukan lagu bertemakan 'Tender' kepada Danial.

Paiseh takder di ruang tamu tersebut, kerana terpaksa
menjadi Dark Nite seorang diri.



Lokasi: Ruang Tamu Villa Wangsa Melawati

Raslan sampai ke rumah. Partnernye yg malu2 melepak
di ruang tamu. Danial, Arip Samat & Chezzo biase2 jer.
Kalau nak ikut, skandal2 Chezzo dah biase melepak di Villa
tersebut.



Lokasi: Pintu rumah Villa Wangsa Melawati

Tatkala Raslan ingin menghantar partnernya pulang ke
rumah, Chezzo yang tak seberapa mana Islamnya berkata,

"Jangan tertinggal plak tudung you tuh eh,"

Danial, Arip Samat & Raslan tergamam.

Partner tersebut dah la free hair. Satu lagi, Chezzo pun
tak pernah semayang..

Wakakakaka...

(Clue: partner Raslan tu bukan Islam pun, sah2 free hair)

Sunday, November 9, 2008

Anda hebat mengcasting?

Date: 7 November 2008
Time: 11.30 pm
Venue: Restoran Pelita, Jalan Ampang (KLCC)
Actor: Mohinder Singh anak lelaki Sivaji
Position: Berdiri
Job: Penunai (Cashier)
Agility: 20
Experience: Audit Firm (unknown) - 3 years

Extra: Abutang
Suara latar: Raslan & Danial

(Quality video kurang memuaskan, kerana speed movement si actor x mampu dicapture oleh SE w910i penulis)

Saturday, November 8, 2008

Penghulu segala hari...

Sejak tender nih, Danial malas. Jadi hari ini Danial di rumah.
Sarapan bersama Mijie di warung abe, sambil bersembang
pasal masa depan. Danial uncertain.


Danial masih asyik di depan tv. Menonton Channel Awani,
rancangan Atma Asia. Sedar -sedar dah pukul 1.30pm.


Danial bingkas bangun sambil menggulung sejadah. Danial
mencari kain pelekat lusuhnya. Niat di hati mahu berdoa.
Semoga masa depannya cerah.


Danial melangkah dgn penuh tawadhuk ke masjid. Melalui
lorong-lorong hitam, timbul rasa keinsafan di hati Danial.


Tiba di satu jalan, kelihatan anak - anak muda berkopiah
putih berlari-lari.'Pakai kopiah jer lebih, tapi lupa Allah,"
bisik Danial dalam hati.


Dari kejauhan, bergerombolan manusia mula keluar dari
masjid. Danial masuk ke 7-eleven, berpura-pura membeli
Mild Seven.

Thursday, November 6, 2008

Top Chart Villa Wangsa Melawati (3 weeks in row)

Pasha (Ungu), Ariel (Peter Pan) & Mulan Jameela disatukan menerusi single terbaru, 'Bukan Superstar'

Pictures grabbed, ihsan dari Abang Long Villa Wangsa Melawati



Turut dibintangi oleh Giring (Nidji), Noe (Letto) & Glenn Fredly. Disatukan menerusi single terbaru, 'Bukan Superstar'

Pictures grabbed, ihsan dari Abang Long Villa Wangsa Melawati



p.s


Tayangan Movie 'Budak Kelantan' untuk 15 members Kelab Loser UIA bermula jam 9.20pm, bertempat di aras 3, Venue - KLCC (Kelab Loser Course Centre) pada hari Jumaat bersamaan 7 November 2008.


Peringatan Sutun (Gentle Reminder)

(p.s is actually stand for Post-Script, bukannya 'Pesanan' or 'pssstt' or 'Piss Off')

Tuesday, November 4, 2008

Hari ini dalam Sejarah

Hari nih, hari sedih gua. Gua tender, setelah menderita almost 3 years. Betul ke menderita? Takdelah menderita sgt...
Gua masih ingat, rezeki di 'tangan' Allah...Rezeki ada di mana-mana...Antara maksud 'ilah' (Asyhadu alla Ilah illa Allah) dalam lafaz syahadah ialah 'sumber ultimate rezeki'...Gua belajar beb..Hari nih gua betul2 confident dengan lafaz kalimah syahadah gua..
....Sekian...