Saturday, May 16, 2009

Buat Sehabis Baik. (Betul Betul Klasik Hari Guru, 1995)



Cikgu Hazidhinuladin (nama betul , ape barang bukan nama sebenar).
Seorang guru tegas merangkap guru pengakap dan guru disiplin
di sekolah kebangsaan ku. Perwatakannya. Perghhh. Baran tapi sporting.
Baran dgn murid-murid. Sporting dgn guru dan murid-murid wanita .
Guru praktikal wanita dan murid-murid wanita comel terutamanya.

Nasib baiklah mimpi-mimpi baligh belum menjemputku. Kalau tidak,
takde market lah Cikgu Hazidhinuladin.
Sah-sah dia kena pindah sekolah lain. Takleh buat sales.

.............................


Hari Rabu.
Hari Kokurikolum. Kokurikulum. Kurikulum. Ape-apelah.

"Buat Sehabis Baik!” Jerkah Cikgu Hazidhinuladin di suatu petang panas yang terik di tengah padang.
Terkebil-kebil Pakli, aku dan Peter. Dan juga para pengakap yang lain.
Hairan aku lihat Mohd Roslan, budak darjah 4 Kuning. Boleh tersenyum riang.
Aku selaku senior berusia Darjah 6 Biru panas.

Setengah jam kemudian. Cikgu Hazidhinuladin selesai menyampaikan amanat.


.............................


"Peter, apa plan kita?” tanyaku sambil melemparkan batu-batu kecil ke arah kereta Cikgu Hazidhinuladin. Cis, kena tayar jer.
Ingin saja ku seretkan mata pensil 2Bku ke dinding dan cermin kereta tersebut.

"Ah, tak berbaloilah. Kalau dpt collect banyak pun, dapat 10 hinggit jer.”
balas Peter.


Pakli bersuara harmoni,
"Tinggal 2 hari je. Sempat ke collect nih? Dah le sampai Jumaat je kan?”

“Kerja lah lebih sikit. Kite kena target rumah orang-orang 'berada’. Yang bersifat kapitalis. Macam Kedai Pak Hassan.” Luahku.

Pakli kompius. "Kapitalis?”

.............................

Pukul 3 petang. Aku, Pakli dan Peter. Mencuci longkang di kedai Pak Hassan. Menyapu sampah di kedai Pak Hassan. Memulangkan baki kepada customer di Kedai Pak Hassan. Mengutip lalu membuang plastik-plastik aiskrim batang yang dikepak dua dan tudung-tudung botol limenet di hadapan kedai Pak Hassan ke dalam tong sampah.
“Buat Sehabis Baik!!!” Jeritan Cikgu Hazidhinuladin berecho di ruang serebrumku.

Tiba – tiba. “Pak Hassan, kasik Tora dua kotak. Dengar citer ade gasing putar kali nih.” Mohd Roslan mengerling sinis kepada aku, Pakli dan Peter yang berpeluh-peluh ketiak menahan terik mentari. Kami tunduk malu tapi mahu mencuci longkang itu.

Plastik kotak Tora dicampak di halaman kedai Pak Hassan. Aku kutip. "Celaka. Lu kasik hati gua panas.....” Aku menyumpah dalam hati.

.............................

“Nah, RM10. U all amiklah, bahagi 3 orang. Seorang dapat RM3.3333,” ujar Pak Hassan sambil menandatangani report card 'Buat Sehabis Baik’ kami bertiga.

Pakli kompius. "RM 3.3333? Macam siyal.”

.............................

Aku terus mengayuh basikal BMX kesayangan.Sempatlah willy dua ke tiga tiang. Macam Azroy.

Bayang-bayang Flashman Hitam (watak aku punye mase tuh) menerjah minda.

“Woit, ko kate nak kerja lebih semalam?” Peter menjerit dari kejauhan.

.............................

Jumaat.

"Mohd Roslan, bagus. Inilah pengakap sebenar. Kutipan Mohd Roslan berjumlah 50 hinggit, yang tertinggi.” Cikgu Hazidhinuladin tersenyum seraya menyerahkan sampul surat berisi aperntah kepada Mohd Roslan. Mohd Roslan tersenyum girang.

“Cis, aku dengar citer Roslan tolong mak die melipat baju kat rumah. Lepas tuh mak dia kasik RM50,” Peter mengeluh.

Sah, kami bertiga menjadi mangsa kapitalis.

"Untuk berjaya, kita terpaksa makan rasuah.” Aku bersuara. Pakli dan Peter terpinga.

No comments: