Wednesday, May 20, 2009

Terbang ke Klang (Klasik SPM 2000)

"Azrie Hafiz, nak fly pun baca Quran dulu ke?” Soal Rahmad Sani yang baru lepas Solat Maghrib.

Aku yang khusyuk membaca Quran di sudut kecil, belakang ruang Musolla terperanjat. “Bile pulak mamat nih boleh duduk sebelah aku. Siap duduk Tahiyyat Akhir lagi. Dah macam level wali-wali punye karamah.” getus my heart.

“Sabar Mad, ini untuk keselamatan kita di pekan Klang nanti. Ko tahu jelah, Pekan Klang penuh dengan tipu-daya manusia durjana seperti Mat-Mat Pow, Black Metal dan budak-budak Skin terutamanya, yang keluar selepas selesai solat Maghrib” aku terangkan dengan sejujurnya kepada Rahmad.

“Owh, begitu,” balas Rahmad seraya mengambil sebuah kitab kecil lalu membacanya. Tertulis ‘Al-Ma’thurat’ di kulit kitab tersebut. Aper jadah baca ‘Al-Ma’thurat’ waktu Maghrib. Mazhab Syiah pun tak obsess macam nih.


.............................

8.30pm. Operasi bermula sebaik sahaja bilal melaungkan azan Isyak. Bunyi pagar yang bergegar kesan overweight hasil lompatan Rahmad Sani dikelirukan secara strategik dengan bunyi ‘Hayya Alas Solah.’ T-Shirt hitam ditutup dengan kegelapan malam dan kami mencelah di balik sinaran Neon melimpah-ruah....


.............................

5 kilometer perjalanan penuh debaran. Debaran umpama menanti siapa yang bakal tersingkir di konsert akademi. Najis-najis Mughallazah version bergerak (anjing-anjing) menyalak-nyalak (Aok,Aok, Aooooookkk macam TagLine Aril AF7) dan version statik (najis anjing) memang mencabar. Jambatan Klang Bandar Diraja pun turut diredah. Penatnya macam berjalan dua Marhalah. Boleh Sembahyang Jama’ atas jambatan tersebut.

Mata bergerak ke kiri dan ke kanan. Semua kereta diperhatikan. Manalah tahu, ada kereta Iswara Aeroback Hijau, berplat BFN xxxx . Milik Ustaz Kamal. Silap-silap kalau terserempak, mahu dilempangnya sampai jatuh ke Sungai Klang. Fuhhh, kalau masih hidup pun, konfem berulat telinga dan hidung. Sah-sah kalau mati, jenazah aku masuk Mastika. Ape gune famous lepas meninggal.


.............................

Aku dan Rahmad Sani tidak mampu menahan sabar lagi. Sebaik sahaja RM10 ditukar di ’Token Exchange’ kaunter, kami berentap. Tekken 3 memang mengkhayalkan.
Aku ambil Eddy Kapoera, Rahmad Sani ambil Hwoarang.

Hidup Arcade.

No comments: