Satu hari. Di bulan puasa. Ramadhan. Takkan Zulhijjah pulak. Apetah lagi bulan bintang sang suria (sila rujuk Lagu nyanyian Iwan bertajuk Fantasia Musim Cinta).
Azrie, Abu, Shamil, Jibo, Mijie.
Berlima. Jelas kesengkekan mereka.
Kalu compare dengan 'tiga penyiasat' spt Siri - siri Enid Blyton di waktu sekolah rendah dahulu,
mereka di atas walaupun berlima masih sengkek.
Jadi. Abu yang pandai masak mengambil langkah drastik. Abu memperkenalkan stimulus pakej.
Kangkung belacan. Telur dadar. Nasik.Menu untuk berbuka puasa.
4 orang yang lain mengangguk lemah. Semua mengharapkan Abu untuk memasak menu tersebut. Abu redha. "Mardhatillah," kata Abu.
Azan Maghrib. Berkumandang. Ke udara. Berbukalah lima sekawan.
Walaupun tidak kenyang. Cukuplah.
"Berhenti sebelum kenyang, itulah umat Islam yang sebenar," Shamil bekas Naqib Syahir Che Sulaiman mengingatkan 4 lagi rakannya sambil meneguk air kosong.
Sebaik sahaja selesai Solat Terawih (version 8 rakaat). Azrie bergegas ke Restoran Air Gelas Besar. Azrie masih lapar. Di sana, Azrie terjumpa Abu, Jibo, Shamil dan Miji yang sedang rakus melahap Ikan Siakap Tiga Rasa, Tom Yam Poktek, Kailan Ikan Masin dan Jus-Jus Jumbo.
2 comments:
teringat lak aku mase kita bukak puasa rumah kasi xie wie.. mase moto rxz kene "bedil" tu.
tiba2 azrie jadi classic. igt zaman bujang je bang...
Post a Comment