Saturday, April 18, 2009

Classical 2004. (2004 Classic ke? Eh, dah 5 tahun dah..)


UIA. Mahallah Ali.


Bergema suara si Arip (Nama sebenar pun Arip) di Blok D Kolej Ali. "Burger, burger. Seringgit satu, Seringgit satu."




Begitulah lumrah kehidupan di Uni. Masing - masing cuba menambah income dgn cara tersendiri. Nak harapkan duit PTPTN. alamat tak berhenset daun atau sabunlah anda.
anda akan diketepikan oleh kawan - kawan. anda sama darjat dengan paria.


Kereta Sewa. Direct Selling. Part -time katering. Banquet Hotel. Part time Survey. Burger King, KFC. Anak ikan. Malah, ada yg jadi gigolo. semuanya kerana inginkan gaya hidup yang lebih urban. Tak caye tanye Noni (bapuk Haji Taib).



Tapi Arip bijak. Arip melakukan kerja yang halal. Anak halallah katekan. Arip mengambil kesempatan di atas kemalasan para bakal graduan. Kemalasan untuk turun membeli makanan. Terutamanya di waktu exam.
Arip tidak perlu study. Arip sudah sedia bijak.


Arip menjaja burger dari bilik ke bilik. Dimarkup kan harga burger tersebut. Harga kos bersamaan RM0.80. Harga jual? pastilah RM1.00.

Untung? Sudah tentu. RM0.20 utk sebijik burger. Masih untung.




Suara Arip makin hampir. Makin hampir ke bilik Azrie dan Ijam yang tgh sibuk study.
Azrie dan Ijam perlu study. Mereka tidak bijak. Mereka cuma rajin.



Arip menjerit dari luar bilik," Woi, belilah burger nih. Ade 10 bijik je lagi.Penat aku jual nih."
Azrie,"Kalau penat, ko singgahlah sini dulu.Aku ade bancuh Nescafe nih."





Sejam kemudian.

Burger - burger Arip habis dimakan oleh Azrie, Ijam dan Arip sendiri. Arip membeli kesemua 10 bijik burger yg dijualnya, setelah dipaksa oleh Azrie dan Ijam. Arip untung RM0.20 X 10 bijik burger = RM2.00. Arip bernasib baik dpt menghabiskan jualan burgernya malam itu. Semuanya hasil pertolongan Azrie dan Ijam. Bilik Azrie dan Ijam memang punca rezeki.


No comments: