Friday, May 29, 2009

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 3)


(disambung III)

...Aku terkedu. Kepanasan.

”Arghh, pedulikan itu semua. Aku punya matlamat hidup. Aku punya SPM. Sijil Pergi Menunang.”

Ku segerakan wudhu’ku. Wajib didahulukan. Sunat ku tinggalkan. Kate sunat, tak buat pun takpe..

7.30am. ”Usolli fardos Subhi rakataini Qadhain Adaan Lillahi Taala.”

Sujud terakhir. Di benak kalbu. ” Ya Allah, Moga apa yang ku lakukan ini sentiasa dipermudahkan, dan Engkau sajalah yang tahu apa yang terbaik untuk Hambamu yang lemah ini...”

”Assalamualaikum Warahmatullah...” Salam kedua kulafazkan....Sejenak hati ku hiba sejenak....

Aku termenung di atas sejadah. Sejadah pemberian bakal tunangku. Lantas persoalan demi persoalan menerjah minda....

”Pantaskah (patutkah) aku membuat tindakan sebegini rupa? Adakah aku bersedia? Aku sayangkan zaman ini. Zaman yang penuh dengan fantasi, keterujaan dan hedonisme. Zaman yang aku terpaksa kutinggalkan secara tiba – tiba?”

(bersambung...)

Tuesday, May 26, 2009

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 2)



(disinetron II)

Secara pantas, aku meluru ke pintu bilik air. Sebagaimana pelajar2 Form 1 meluru ke dewan makan selepas solat berjemaah. Wuduk menggamit jiwaku. Namun...”gedegang!!!”.....


Pintu bilik air tidak mampu kutolak. Apekah...”Cis, gerangan bedebah manekah yg menconquer bilik air di kala syuruk begini...jangan-jangan, bini aku. ”hatiku mengomel comel, secomel pipi mamiku...”Celah mane aku dah kahwin?” Otakku ligat mengorek memori – memori bujangku. Kesimpulan. ”Cis, aku masih teruna lagi. Loser. ”


”Abu, sabaq la. Hang tu dah nak ’diikat’ esok lusa..,” pesan ibuku dari dapur. Pergh, bau nasik lemak lemoning dari dapur umpama bau kad kahwin. Harum. Merdu. Horny.

Seminit berlalu.

Adik keluar bersahaja dari bilik air. Dengan selamba, Adik mengacukan soalan.”Abang Abu kalut ni nak mandi bunga ka, nak mandi sabun ka, nak mandi lulur? Mentang – mentang nak diikat ditarik Abang Abu memang Da Bomb.”

Aku terkedu. Kepanasan.

(bersambung...)

Monday, May 25, 2009

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 1)



" Abu, bangun...Dah hampir syuruk nih... "

Ku rasa hangat. Ya Allah, ape itu? Jarum jam dinding memanah ke nombor dua.

"Apa jadahnya ibu! Pukul 2 pagi, qiyamulail boleh lah!!! " Aku kejam menyergah ibu. Nasib baik tiada Champion League.

" Cuba try bukak mata tuh luaih - luaih dulu," Ibu membalas perlahan, namun loghat utara tidak dilupa. Membisik ke halwa telinga. Tanda kasih ibu pada anak. Seperti Ubat Batuk pula caranya.

Bahang mentari menyimbah katil. Perlahan, aku memaksa mata mamiku menelan cahaya. "Ya Allah, dah pukui 7.10" bisikku dalam hati, namun loghat utara tidak dilupa.


(bersambung...)

Thursday, May 21, 2009

Terbang ke Klang II (Klasik SPM 2000)

Aku dan Rahmad Sani. Penghujung 2000. Hampir SPM.

Orang kate, ‘buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.’

.............................


Ahad. Rahmad Sani mencari alasan. Mengeksploitasi kelemahanku.

”Azrie Hafiz, banyak gambar kenangan kelas kita dalam kamera ko tuh. Bile ko nak cuci gambar tuh?”

”Ko takde lain. Asyik nak ajak aku fly je. Aku sibuk study nih. SPM dah dekat. Ini bukan soal jodoh Mad. Ini soal masa depan.” Aku meluahkan ape yang terbuku di hati di hadapan buku Add Math tebal yang asyik ku ulang dan kaji jawapan di bahagian belakang. “Cis, gerakan di atas garis lurus nih memang psiko. Sape lah yang nak lari dan melakukan pecutan di atas satu garis lurus? Mustahil untuk satu larian itu menjadi betul-betul lurus” fikiranku menerawang. Psiko. Erotik.

Rahmad Sani masih degil. Bak kate orang Terengganu, ‘stubborng.’
“Jangan lambat-lambat. Bayangkan kalau filem dalam kamera ko rosak nanti. Mane nak carik semua kenangan manis kita berdua? Eh, kenangan kelas kita bersama?”

Aku mengalah. Tertewas atas pujukan Rahmad Sani selaku bakal Imam Besar Tawau 8 tahun akan datang, satu hari nanti.

.............................

Di Bandar Klang. Betul-betul di hadapan Maidin. Berpakaian biasa.

Kami melintas jalan. Celaka, terpaksa berhenti di tengah jalan sebentar kerana lalu-lintas mencemburui kami. Hati berdebar.

Tiba-tiba. Sekujur tubuh di dalam kereta berlalu perlahan di atas jalan. Wajah yang tidak asing lagi. Peluhku menitis laju. Suasana hening. Macam malaikat lalu.

“Assalamualaikum.” Ustaz Kamal menyapa sopan. Macam haram.

Kami membalas perlahan. ”Walaikumussalam Ustaz.”

Aku dan Rahmad Sani meneruskan perjalanan. ”Mad, kalau kena rotan esok, memang macho. Kompem.” aku berbisik. Rahmad Sani mengangguk lemah. Tanda setuju.

.............................

Isnin. Perhimpunan Pagi.

50 kali ketuk ketampi atas stage di dalam Dewan Besar. Sambil dikira beramai-ramai oleh seluruh pelajar.

Lutut aku shivering. Rasa macam nak operate kaki.

Wednesday, May 20, 2009

Terbang ke Klang (Klasik SPM 2000)

"Azrie Hafiz, nak fly pun baca Quran dulu ke?” Soal Rahmad Sani yang baru lepas Solat Maghrib.

Aku yang khusyuk membaca Quran di sudut kecil, belakang ruang Musolla terperanjat. “Bile pulak mamat nih boleh duduk sebelah aku. Siap duduk Tahiyyat Akhir lagi. Dah macam level wali-wali punye karamah.” getus my heart.

“Sabar Mad, ini untuk keselamatan kita di pekan Klang nanti. Ko tahu jelah, Pekan Klang penuh dengan tipu-daya manusia durjana seperti Mat-Mat Pow, Black Metal dan budak-budak Skin terutamanya, yang keluar selepas selesai solat Maghrib” aku terangkan dengan sejujurnya kepada Rahmad.

“Owh, begitu,” balas Rahmad seraya mengambil sebuah kitab kecil lalu membacanya. Tertulis ‘Al-Ma’thurat’ di kulit kitab tersebut. Aper jadah baca ‘Al-Ma’thurat’ waktu Maghrib. Mazhab Syiah pun tak obsess macam nih.


.............................

8.30pm. Operasi bermula sebaik sahaja bilal melaungkan azan Isyak. Bunyi pagar yang bergegar kesan overweight hasil lompatan Rahmad Sani dikelirukan secara strategik dengan bunyi ‘Hayya Alas Solah.’ T-Shirt hitam ditutup dengan kegelapan malam dan kami mencelah di balik sinaran Neon melimpah-ruah....


.............................

5 kilometer perjalanan penuh debaran. Debaran umpama menanti siapa yang bakal tersingkir di konsert akademi. Najis-najis Mughallazah version bergerak (anjing-anjing) menyalak-nyalak (Aok,Aok, Aooooookkk macam TagLine Aril AF7) dan version statik (najis anjing) memang mencabar. Jambatan Klang Bandar Diraja pun turut diredah. Penatnya macam berjalan dua Marhalah. Boleh Sembahyang Jama’ atas jambatan tersebut.

Mata bergerak ke kiri dan ke kanan. Semua kereta diperhatikan. Manalah tahu, ada kereta Iswara Aeroback Hijau, berplat BFN xxxx . Milik Ustaz Kamal. Silap-silap kalau terserempak, mahu dilempangnya sampai jatuh ke Sungai Klang. Fuhhh, kalau masih hidup pun, konfem berulat telinga dan hidung. Sah-sah kalau mati, jenazah aku masuk Mastika. Ape gune famous lepas meninggal.


.............................

Aku dan Rahmad Sani tidak mampu menahan sabar lagi. Sebaik sahaja RM10 ditukar di ’Token Exchange’ kaunter, kami berentap. Tekken 3 memang mengkhayalkan.
Aku ambil Eddy Kapoera, Rahmad Sani ambil Hwoarang.

Hidup Arcade.