Wednesday, June 2, 2010

Georgio dan Kipas Berkaderan 1

Georgio sering diburu Paparazzi meskipun ketika berjinak dengan peliharaan. Kipas di atas siling (Klue: tiada dalam gambar) berpusing pada tahap pengkaderan 1.





Klasik (Jan 2007)
Sebagai remaja yang agak aktif bersukan dan beriadah, pastinya kami iaitu ahli - ahli VWM tidak terlepas untuk melakukan aktiviti yang sama.

Arip Somat dengan Ping Pong nya.
Medi dengan Carok FC nya.
Nad dengan Dumbell nya.
Chezzo dengan Dumbell & guntingnya.
Ijan dengan badminton dan kicapnya.
Bendul dengan Rockeeters nya.
Paiseh dengan Sit Up di katilnya.
Shamil dengan bola ping pong nya.
Hazli dengan sepakan kakinya terhadap chezzo ketika syuruk.




Dan sebagainya. (ramai sgt ex-VWM...)


Namun, pasti tiada siapa yang menyangka bahawa ada cara riadah yang lebih simple diamalkan oleh Che Asang a.k.a Goergio Clooney Armangdo.
Goergio yang dikenali sebagai ahli VWM paling terkenal di salah satu universiti paling ramai wanita bertudung umpama Nur Kasih di timur Gombak turut digilai wanita meskipun pelajar Kuliyah Arkitek yang terletak 15 kilometer jauhnya dari Kolej tempat tinggal Goergio.

Siapa sangka, saya dapat tinggal sebilik dengan Goergio di VWM (2006 - 2008). Tumpang glemer skit Goergio, meh secawan...

Saya sering memerhatikan lagak dan gaya Goergio semasa di VWM. Bukan apa, ada kalanya ingin juga menjadi apa kata orang, 'fast learner.'
Dan bukan sahaja saya. chezzo yang masih tidak percaya pada kuasa penampilan waktu itu turut mendambakan pengaruh dan influence Goergio.

Manakan tidak, pengurus di ofis Goergio bekerja, pernah hadir ke salun di tempat chezzo si hairstylist bekerja. Mendapatkan khidmat chezzo, kerana dia (pengurus tersebut) CEMBURU dengan gaya rambut Goergio yang menjadi kegilaan ofis mate di tempat Goergio bekerja. Lalu dimintanya agar chezzo mengstylekan gaya rambut ala Georgio, sementelah Georgio ialah stafnya sendiri. Cuba bayangkan Juri Raja Lawak memohon agar peserta Raja Lawak mengajar lawak kepada mereka iaitu Juri tersebut. Bayangkan. Agungnya.

arip somat juga sering membayangkan dirinya merempit RXZ di LebuhRaya Pantai Timur, kesan lagak Georgio yang sering merider balik ke kampungnya yakni di Terengganu.


June 2007

Setelah 5 bulan saya, arip somat dan chezzo memerhatikan Goergio, kami membuat kesimpulan. Terlalu susah untuk menjadi Georgio. Panas. Berpeluh - peluh.


Dec 2007

Saya, Arip Somat dan chezzo surrender. begini harganya untuk menjadi kacak dan perhatian wanita. Kami tabik spring kepada Georgio. Kami tidak boleh hidup dengan cara riadah Georgio. Terlalu perit untuk kami bayangkan. Biarlah kami kekal insan biasa. Sungguh panas.



Feb 2008.
10.30 pm

Dari bilik serambi tingkat 1 VWM, saya melepak dengan chezzo dan arip somat. Sambil melayan video klip artis - artis terbaru di monitor milik kepunyaan chezzo, tiba - tiba saya mulai sedar. Biar betapa hebatnya Georgio, pasti setiap manusia punyai kelemahan.

saya bertanya kepada mereka berdua (seperti yang disebut sebentar tadi, chezzo + arip somat).

Dalam banyak - banyak manusia, siapa yang takkan boleh drive helikopter?

4 comments:

Che Hassan said...

cara riadah di sembunyikan..terima kasih.. huhuhu

Im Single said...

rindu post anda.. georgio, boxer mu dicemburui...

Che Hassan said...

gua rindu sama itu perfume sean PDD dgn 212 Men

M.a.A.s said...

yes...georgia amat unik...satu dalam sejuta...