Thursday, July 2, 2009

Cowards will. But do Losers survive?

Laporan Kelab Losers, Sekolah Rendah Kebanggaan Datuk Bumble Bee, Teluk Optimus Garang, Pavillion Darul Fallen


Bertempat di Pavillion Darul Fallen pada Sabtu lepas, bersamaan 27 June 2009 (yang pastinya awal Bulan Rejab), 11 ahli jawatankuasa tertinggi keturunan terakhir Fallen a.k.a Losers telah menganjurkan lawatan ke sebuah kompleks (nama dirahsiakan) bertempat di tengah - tengah bandar Kuala Lumpur (koordinat turut dirahsiakan). Lawatan tersebut diadakan bersempena tayangan amal keturunan mereka sendiri. Lawatan yang dianjurkan boleh dianggap berjaya kerana mampu menarik waris-waris keturunan Fallen yang sedang outstation di Johor Bahru, waris - waris yang baru pulang dari kenduri di Taiping, waris yang meratapi permergian adiknya ke alam pertunangan dan waris yang akan berkahwin pada minggu hadapan, sehingga jumlah peserta menyamai 11 orang.

Berikut ialah aturcara majlis:
11.30 pm : Kehadiran AJK - AJK tertinggi peringkat Tahap 1 seperti Helmi Ibrahim dan Pak Abu (watak Keliwon, 2 July 2009)
12.00 am: Kehadiran ahli - ahli Kelab Losers yang bergiat aktif seperti Asun Alcapongganu dan Ijad Valencia.
12.15 am: Kehadiran duta - duta Kelab Losers, kembar Nain Chubby dan Nonoy Macho.
12.30 am: Kehadiran Majlis Tertinggi peringkat Piramid Pemadaman Matahari.
12.45 am: Kehadiran bakal bekas ahli Kelab Losers, Fahrip Samat . Beliau bakal menjalinkan intercourse secara halal pada 2 minggu akan datang.
4.00 am: Majlis bershugha.
Kesimpulannya, majlis berjaya dijalankan secara lancar.
Namun terdapat beberapa insiden kecil yang tidak terduga seperti berikut.
i) Sesat di Kompleks complicated tersebut. Penghargaan diberi atas bantuan Nepal dan juga bantuan dari Surabaya ataupun Kepulauan Maluku. Mereka tampaknya begitu arif dan expert (dengan izin walaupun mereka pendatang tanpa izin) mengenai selok-belok kompleks di Kuala Lumpur.
ii) Kurang daya tahan melawan kedinginan dikenalpasti sebagai punca Majlis Tertinggi Kelab Losers terkjear - kejar mencari 'restroom' di dalam kompleks tersebut sebaik sahaja selesai tayangan. Ini ditambah dengan keadaan escalator yang tidak lagi escalate, sebaliknya berada dalam keadaan statik yang menensenkan lagi Majlis Tertinggi.
iii) Sebuah papan tunjuk arah yang mengandungi terjemahan meragukan dikesan di kompleks tujuh perpuluhan kosong bintang tersebut. 'Urban Leisure' diterjemahkan sebagai 'keasyikan urban.' Apakah?
iv) Insiden BOLOS.
v) Insiden Pop-Corn lambat dibekalkan oleh Biro Caterina. Ini kerana pihak caterer sedang sibuk bergambar di rancangan Mega Bolos sehingga terlalai seketika.
Walaupun begitu, tiada kecelakaan durjana yang menimpa para peserta lawatan, Kelab Losers sesi 2009. Cuma, kesedihan jelas terserlah di wajah mereka tatkala terdengar dialog seperti di bawah ini , pada penghujung filem:
"I hate to call you a coward, Master. But sometimes...cowards survive...."
(sila replace 'coward' dengan 'losers')
Sekian, terima kasih.
'LOSERS SURVIVE'
AZRIE HAFIZ
(bakal menjadi bekas ahli kelab losers pada December 2009)
KELAB LOSERS , 2006 - 2009

3 comments:

Che Hassan said...

bestnye jadi bujang..
opss losers...

Alcapone said...

aku rasa losers tetap bulih survive..sbb dpt je cari toilet di saat fallen..haha..

paiseh said...

gua dah repeat balik semalam..
tapi seat depan jugak. macam gampang!