Monday, June 22, 2009

Siri Jawaban Teka Teki Teka Tekuk di bawah...

Ye betul. Gambar di bawah merupakan ketulan - ketulan iceberg
di 'iceboka' (kate orang JB) ataupun 'peti aih' (kata orang Utagha) di
Villa Wangsa Melawati (VWM). Namun begitu, tugasnya telah berjaya
dieksploitasikan oleh ahli - ahli Kelab VWM.

Dalam erti kata lain, 'iceboka' a.k.a 'peti aih' tersebut
telah dibiarkan selama sebulan tanpa liquidity (kecairan) demi membentuk
ketulan - ketulan ais yang mampu menenggelamkan sebuah lagi Titanic (versi Paiseh sebagai Watak Hero) kerana:


i) Pada 2 bulan yang lepas, suhu hangat and 'hot in here' sangat ketara di VWM, baik di luar mahupun di dalam. Walaupun setelah ahli-ahli VWM melakukan solat berjemaah menghadap kiblat walaupun Qadha', suhu masih lagi tidak turun. Antara cadangan yang dikenalpasti efektif dalam menangani masalah ini ialah dengan menambah 'aircond', dan ini sudah pasti menambahkan jumlah 3 digit bil elektrik VWM. Sebagai alternatif penyelesaian, 'iceboka' dikenalpasti mampu berfungsi sebagai 'aircond', sebaik sahaja pintu 'iceboka' tersebut dibuka.

Ahli - ahli VWM bersetuju.


ii) Setelah diujikaji sebanyak 1.5 kali, jelas ketara suasana di VWM mampu ditenangkan dengan pembiaran ais di 'peti aih' selama sebulan. Sebagai contoh, kekurangan 'extension' di VWM menyebabkan plug utk icebok tersebut sering diswitch-offkan apabila salah seorang ahli VWM cuba memasak air menggunakan cerek elektrikal yang disambungkan kepada plug original 'icebok' tersebut. Barangkali, ahli VWM tersebut sering lalai dan leka sehingga terlupa untuk menswitch-omkan kembali 'iceboka' tersebut. Makanya, ketidakswitch-omkan 'iceboka' tersebut menyebabkan 'iceboka' akan berada dalam keadaan humility (kelembapan) sehingga mencetuskan bau hanyir umpama mayat yang dikerjakan Mona Fandey sehingga menyebabkan kehadiran polis di laman VWM pada 2 bulan yang lepas.
Sebagai penyelesaian, ketulan-ketulan ais yang dibiarkan, mampu menahan daripada 'iceboka' tersebut daripada mengalami 'kelembaban' secara drastik. Sekurang-kurangnya, ketulan ais yang ditahan daripada mencair selama sebulan mampu menahan 'iceboka' tersebut daripada berbau seperti mayyit selama 24 jam.

Ahli - ahli VWM bersetuju.



iii) Namun begitu, antara keburukan yang terjadi kesan penahanan ketulan - ketulan ais tersebut selama sebulan ialah seperti berikut:

- Sosej yang dibiarkan melekat seperti artifak sejarah di 3 lapisan di dasar ketulan ais. Penulis cuba menggeologi menggunakan air panas demi menggali sosej yang cuba dimasak kerana terlalu lapar dan terlalu sengkek. Kesannya, terdapat penemuan petroleum di VWM! Alhamdulillah.

- Ketulan ais tersebut menyebabkan suasana terlalu sejuk dan dingin di VWM. VWM bertukar menjadi igloo. Ahli - ahli VWM yang lemah daya ketahanan terpaksa mengambil MC kesan penyejukan global yang dialami.

- Ketulan - ketulan ais saiz terlampau menyebabkan penulis terpaksa menggunakan garpu dan penukul dalam usaha mencairkan kembali ais tersebut demi mengembalikan kegemilangan 'iceboka' ke bentuk asal.

2 comments:

paiseh said...

ketidakswitch-omkan...
macam cilaka ayat..! hahahhaa...!!!

Im Single said...

esbok la.. bukan icebok.