mencium tangan bakal ibu mertua, yakni Ibu Abutang R.A.
(disambung IX – debaran kian terasa di jiwa)
.....Aku silap......Bak kate Hasbullah Awang,” Anda silap di situ.”
Helmi: Pakcik Mansor, (untuk makluman, nama betul Abu ialah Abuzar bin Mansor) saya melihat Pakcik Mansor sangat jarang berjalan – jalan sejauh ini. Kalau tak silap, ini kali pertama Pakcik datang ke kediaman Abu.
Pazil: (Mendengar dengan teliti)
(Bunyi – bunyi cengkerik dan hujan rintik secara renyai - renyai)
Ayah: Benar.
Helmi: Serius?
Ayah: Saya kunci lirik itu.
(Helmi dan Pazil saling berpandangan. Mereka kemudian saling mengangguki, tanda setuju)
Pazil: Jadi, esok lusa Abu ade plan nak bawak Pakcik ke mane? Saya dengar, ade pameran Proton Perdana anjuran Kelab Vsixers di Muzium Negara. Pakcik berminat?
Ayah: Owh, esok Pakcik nak ke Negeri Sembilan. Abu tak jemput anda berduakah?
(Helmi dan Pazil saling berpandangan. Mereka kemudian saling mengangguki, tanda setuju. Tanda setuju yang mereka masih blur)
(Bunyi – bunyi cengkerik terhenti dan hujan rintik secara renyai – renyai semakin perlahan = 5km/hour)
Helmi dan Pazil: (serentak, ala macam Choral Speaking tuh) Apa maksud Pakcik?
Ayah: Owh (sambil memandang Abu di dapur). Abu kan bertunang esok. Apa kamu tidak sadar kah?
(Helmi dan Pazil saling berpandangan. Mereka kemudian saling mengangguki, tanda setuju. Tanda setuju yang mereka memang blur)
..........................................
Aku keluar dari dapur. Helmi dan Pazil menghisap rokok di balkoni. Padahal mereka bukanlah perokok sebelum ini. Kulihat ayahku sudah nyenyak tidur di sofa. Letih agaknya.
”Sampai hati kau, Abu.” Helmi bersuara. Pazil angguk tanda hormat kepada Helmi.
Aku berlalu bersahaja.
Sebaik sahaja kuhidangkan air, aku terus meluru ke kamar tidurku. Rasa bersalah mula menyelubungi jiwaku.
..........................................
”Sampai hati kau, Abu.” Helmi bersuara. Pazil angguk tanda hormat kepada Helmi.
Aku berlalu bersahaja.
Sebaik sahaja kuhidangkan air, aku terus meluru ke kamar tidurku. Rasa bersalah mula menyelubungi jiwaku.
..........................................
Pagi 23 May 2009 memang cerah. Secerah hatiku. Lantas kukejutkan ayah. Kulihat Helmi dan Pazil masih lagi terlentang nyenyak di kamari. “Argh, biarkan mereka. Baru puas hati aku.” Suara Syaitan mempengaruhiku.
Selepas Subuh, aku bersiap. Hari ini bakal mengubah masa depanku.
(bersambung...ke episod akhir....nantikan.....)
8 comments:
aku dah puas hati dgn jawapan review point dia.FRS 881 complied with.
please publish the report.
semua dialog yg ko tulis ni bnyk yg hanya rekaan semata2 jer... jujur la skit oi si penulis blog...
tp ade 1 statement dr en mansor yg cukup legend;
"abu ni kalau mak dia suruh buat ape je, mmg dia ikut... klu mak dia suruh tinggalkan je mane2 prempuan, mmg dia tinggalkan jer tanpa sebarang soalan"....
Helmi
Most preassure Audit team..:)
Mie..ko mcm tak kenal azrie..20% je yg betul..auta bnyk nih..
gua tetap sokong lu, sbb ader udang disebalik mee
Finally...
cepat-cepat pak abu! confession dari mu.. hahaha!
Silap.. Bukan dari MU (MU apply untuk azrie je). Untuk HANG..
bile nak ending nyee???
gua dah klimaks ni..
Post a Comment