Sunday, June 7, 2009

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 10 - Ending)


Ekslusive: Untuk Tatapan semua yang Menanti



(disambung XI – episod akhir)


Selepas Subuh, aku bersiap. Hari ini bakal mengubah masa depanku.


..................................

Selesai sudah. Tali pertunangan ditaut rapi. Aku kini tunangan orang....

Aku gembira...segera aku SMS semua kawan – kawanku secara pantas, tetapi masih dibatasi adat – adat Melayu. Akukan peminat Aisyah, finalis Gadis Melayu yang pandai bersilat.

” Salam..23 May, Abutang telah selamat mengikat tali pertunangan dgn gadis pilihan..nor adawiyah ahmad pudzi..doakan kebahagiaan (tanda smily)”

Kuselect nama-nama kawan ku yang bakal menjadi recipients kepada SMSku. Tiba – tiba, aku terfikir. Apa benar tindakan aku ini. Perlukah aku tekan punat ’send’ ini? Arghh, pedulikan...

Lantas, aku teruskan tindakan nekad SMS ku ini.....

......................................

(Setengah jam berlalu)

Satu demi satu SMS reply yang kuterima. Ramai yang mengucapkan tahniah.


......................................

(2 jam berlalu)

Aku mula resah. SMS reply mula bercambah. Ramai yang mula menyumpah-seranah dan menabur fitnah, as follows:


“Oh my God, I cant believe it.”

“Tak sangka Abu, kau sanggup berbuat sedemikian rupa.”

“You are no longer my friend. No regret at all.”

“Fu*k You. Anyway, tahniah. Fuc* u again and again.”

“Tahniah. Jangan harap aku nak datang kenduri kawin ko.”

“Congrats. Isk (terselit symbol muka masam)”

”Cib*i. Siapa ni?”

”Abutang, u are not my scandal anymore.Forget me.I beg u”

“Kau bukan Aston Martin. Ko Lantis.”

”Sejarah, tak pernah ade orang yang open table dengan status bertunang. Itupun kalau ko open table.”

”Sampainya hatimu. Bunga hatiku dipetik orang ”

"Pelamin anganku musnah"

"Tangkap basah?"

"Kenapa tak kahwin je terus?"


......................................

(Sehari berlalu)

Aku kabur. Kabur dengan pandangan masyarakat. Banyak yang aku perlu bayar. Status tunang ini sungguh berat untuk dipikul.

” Sory la guys for the late notice, plan nak wat surprise sbnrnya, pas majlis br nk bgtau, xtau lak korg kecik ati, sory ah, just 3 weeks planning, aku pnm cm xcaya (simbol muka malu) ” SMS ku hantar kepada pihak – pihak tertentu.


Aku berterima kasih kepada mereka yang sudi mereply SMS ku. Sekurang – kurangnya, aku tahu apa perasaan mereka.

Cuma, masih ramai yang tidak membalas langsung SMS itu. Aku resah. Pasrah.

Aku redha. Aku sedar, hidup ini bukanlah semudah yang disangka...

Aku bersedia meneruskan hidup baru. Sebagai seorang Pencinta. Yang setia.


(Sekian. Terima kasih kepada semua yang terlibat.)


Credit to:

Azrie - Author - in - Charge

Shamil – Director & Setiausaha EGM 24 May 2009

Mijie – Narrator & Chairman

Abutang – Idealist
(Thanks for the Picture eventhough u are enforced and not meet the expected deadline to submit it within the stipulated timeframe)

Helmi dan Pazil – Sourcist

No comments: