Thursday, May 21, 2009

Terbang ke Klang II (Klasik SPM 2000)

Aku dan Rahmad Sani. Penghujung 2000. Hampir SPM.

Orang kate, ‘buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.’

.............................


Ahad. Rahmad Sani mencari alasan. Mengeksploitasi kelemahanku.

”Azrie Hafiz, banyak gambar kenangan kelas kita dalam kamera ko tuh. Bile ko nak cuci gambar tuh?”

”Ko takde lain. Asyik nak ajak aku fly je. Aku sibuk study nih. SPM dah dekat. Ini bukan soal jodoh Mad. Ini soal masa depan.” Aku meluahkan ape yang terbuku di hati di hadapan buku Add Math tebal yang asyik ku ulang dan kaji jawapan di bahagian belakang. “Cis, gerakan di atas garis lurus nih memang psiko. Sape lah yang nak lari dan melakukan pecutan di atas satu garis lurus? Mustahil untuk satu larian itu menjadi betul-betul lurus” fikiranku menerawang. Psiko. Erotik.

Rahmad Sani masih degil. Bak kate orang Terengganu, ‘stubborng.’
“Jangan lambat-lambat. Bayangkan kalau filem dalam kamera ko rosak nanti. Mane nak carik semua kenangan manis kita berdua? Eh, kenangan kelas kita bersama?”

Aku mengalah. Tertewas atas pujukan Rahmad Sani selaku bakal Imam Besar Tawau 8 tahun akan datang, satu hari nanti.

.............................

Di Bandar Klang. Betul-betul di hadapan Maidin. Berpakaian biasa.

Kami melintas jalan. Celaka, terpaksa berhenti di tengah jalan sebentar kerana lalu-lintas mencemburui kami. Hati berdebar.

Tiba-tiba. Sekujur tubuh di dalam kereta berlalu perlahan di atas jalan. Wajah yang tidak asing lagi. Peluhku menitis laju. Suasana hening. Macam malaikat lalu.

“Assalamualaikum.” Ustaz Kamal menyapa sopan. Macam haram.

Kami membalas perlahan. ”Walaikumussalam Ustaz.”

Aku dan Rahmad Sani meneruskan perjalanan. ”Mad, kalau kena rotan esok, memang macho. Kompem.” aku berbisik. Rahmad Sani mengangguk lemah. Tanda setuju.

.............................

Isnin. Perhimpunan Pagi.

50 kali ketuk ketampi atas stage di dalam Dewan Besar. Sambil dikira beramai-ramai oleh seluruh pelajar.

Lutut aku shivering. Rasa macam nak operate kaki.

2 comments:

paiseh said...

gile gadis ketuk ketampi weyh..
koman2 gua pun bulih public canning.. hahahaha...!!

Basuh Baju said...

biar betul wei gadis itu? haha