Monday Blues. Entah ape asbabun nuzulnya, tak pernah kufikirkan.
Mungkin. Monday itu buhsan. Makanya, sementelah omputih2 kebuhsanan
bekerja, mereka melayan blue satu demi persatu. Maka. Monday Blues.
Kebuhsanan memaksaku merambuskan diri dari pejabatku. Keluar awal daripada kebiasaan. Sebaik sahaja kudengar laungan azan Maghrib bergema di corong speaker Masjid Bangsar, aku menapak keluar. Nak harap laungan azan di Mid Valley? Deringan loceng nukilan 3 kuil besar adelah kut.
Fuh, tiba – tiba liang romaku mencucuk – cucuk. Bekerja menghasilkan peluh. Sejak bila liang – liang ini pandai bekerja. Bukannya dapat gaji pun. Harap dpt tenaga kesan magi kari ataupun asam laksa setiap malam, adelah.
Semakin hampir dgn kereta. Aku mula merindui aircond di dalam opis. Ah, peribliskan. Aku cuma mahu pulang.
Kuputarkan aircond temperature ke tahap maksima. Impaknya, maksima. Namun, tiada kesan. Kepanasan ini memang menyeksakan. Aku belum pernah masuk neraka. Tapi aku tahu, ini dah macam neraka. Entah siapa kayu apinya. Abu Lahab sudah pasti. Abutang?
Kupandu laju. Pemandu teksi di sebelah pun tergamam. Pemandu teksi yang lain menyeringai. Menyeringai umpama Victor, abang kepada Logan a.k.a Wolverine..’Apa, kau fikir teksi saja mampu mencucuk dan menyelit – nyelit?Mentang – mentang ada meter.’ Hatiku bergurindam. Ku tancapkan pandangan ke meter keretaku. Kenapa 0km/hour? Oh, meterku dah lama rosak.
Ah, panasnya. Hatiku mulai panas, seiring dengan kemajuan kepanasan di Kuala Lumpur ini. Ku picitkan punat power window ku. Truuuuutt...Window terbuka power...Ku pandu laju. Mengharap angin menerjah masuk. Celaka. Angin hitam. Karya Bas Len Seng. Babi.
Tidak mampu bersabar lagi. Sambil mendrift, aku terbayangkan swimming pool. Air terjun. Lata. Tasik. Air laut .Sungai Gangga.Sunway Lagoon. Mimaland. Cameron . Genting. Ais. Glasier. Peti sejuk. Lata Mangeshkar.
(20 minit kemudian).
Ku sepak selak pintu di rumahku. Kuterajangi akan shower itu. Nikmatnya. Air mencurah – curah. Kuanggap diriku daun keladi, tidak akan basah.
Usai bersolat. Aku tidur di dalam kereta. Membiarkan enjin terpasang. Ada aircond.
Macam syurga. Minyak umpama tiada harga. Sampai subuh.
6 comments:
gila ko.. baik tido dlm peti ais je!
mahu pndingin hawa murah??
tengok sini >>> http://www.metacafe.com/watch/1790440/homemade_air_conditioner/
bongek..nk tdo aircond dtg condo aku sudah! 24/7 aircond aku pasang.!dah la dekat je opis lu dgn gua punyer singahsana.
sampai subuh?
usahlah nipis kan ozon yang dah memang nipis bro..
tgk ar chanel 551-555..
hoho..
norhaliana mama jahat: aku dah cuba, tapi tak muat.
paiseh: keter aku penghawa dingin paling murah.
Naintriplet: Hujan Babi di negeri orang, hujan babi di negeri sendiri.Lu piker ah sendiri.
Tasikmerah: Sampai subuh. bukan sampai syuruk.
Adam Hassan: Cikgu MRSM Alor Gajah sudah terpengaruh dgn aliran sains. Sanggup belajar BIO sebab nak ngayat students Puteri. (Puteri?)
Post a Comment