Monday, March 2, 2009

Soalan: Apakah Kebaikan yang anda pernah sumbangkan selama anda hidup 27.8 tahun di bumi ini? Sesiapa yang > 27.8 tahun , sila baca artikel ini.

Buku Rujukan: Ciri – Ciri Pendidikan dan Sosial Penduduk

Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia Tahun 2000

Diterbitkan oleh: Jabatan Perangkaan Malaysia (Department of Statistics Malaysia)


Buku ini saya gunakan untuk panduan kerja – kerja seharian saya. Tambah – tambah apabila by – election hamper tiba pada bulan hadapan. Antara Kandungan dan Penemuan Penting yg saya temui ialah seperti berikut:


Section : Penemuan Penting (Highlights)

Umur Min (Purata) Perkahwinan Pertama

Bagi kesemua kumpulan etnik di setiap negeri di Malaysia, lelaki cenderung untuk berkahwin pada umur yang lebih lewat berbanding perempuan. Adalah diperhatikan bahawa lelaki pada umumnya berkahwin pada umur melebihi sedikit 3 tahun terkemudian daripada perempuan.

Satu perbandingan di kalangan kumpulan etnik utama di peringkat Malaysia menunjukkan bahawa umur min (purata) perkahwinan pertama bagi lelaki adalah tertinggi bagi Cina (30.6 tahun), diikuti oleh India (28.8 tahun) dan Bumiputera (27.8 tahun). Corak yang sama umur perkahwinan pertama ini di kalangan kumpulan etnik juga dapat diperhatikan bagi perempuan di mana umur tertinggi dicatatkan oleh Cina (27.0 tahun), diikuti oleh India (25.4 tahun) dan bumiputera (24.5 tahun).

Excerpt :

Perbandingan antara negeri menunjukkan bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan umur min perkahwinan pertama yang tertinggi bagi kesemua tiga kumpulan etnik utama baik lelaki ataupun perempuan. Sebaliknya, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada umumnya mencatatkan umur min (purata) perkahwinan pertama yang terendah bagi Bumiputera dan Cina tanpa mengira jantina.











P/S: Paiseh, relaxlah. Ini banci pada tahun 2000. Mase tu ko mude lagi, 25 tahun kan?

2 comments:

M.a.A.s said...

paiseh tgh cube untuk memecahkan rekod maksimum umo tu...:)

paiseh said...

lu tau tak Jabatan Perangkaan Malaysia dah tak relevan? dah nak kena bubar sebab buat kajian palsu.. mcm kat atas ni la..
hahahahahaa...!!