SHAH ALAM 6 Jan. - Seorang pereka grafik yang bertugas di Switzerland memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah di sini bagi menuntut gantirugi lebih RM70,000 daripada seorang wanita selepas pertunangan mereka diputuskan pada Disember lalu.
Sementara itu, Ahmad Nazib semasa ditemui di luar mahkamah memberitahu anak guamnya bertunang dengan Nur Diana atas dasar suka sama suka pada 4 Februari 2008.
Katanya, Muhammad Salleh yang berasal dari Melaka manakala Nur Diana dari Kuala Lumpur itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 17 Januari ini.
Bagaimanapun, anak guamnya telah menerima dua khidmat pesanan ringkas (SMS) dari ayah Nur Diana pada 4 Disember lalu mengatakan bahawa pertunangan mereka diputuskan tanpa sebarang alasan.
Berikutan itu, Muhammad Salleh membuat permohonan untuk menuntut ganti rugi kerana sebahagian daripada persiapan perkahwinan telah pun dibuat.
Soalan:
Bersempena dgn 17 January semalam, aku terfikir mengenai beberapa perkara;
1) Mengapa ayah perempuan tersebut menunggu sehingga December 2009 untuk menghantar 2 sms keramat tersebut? Sekiranya ada sesuatu peristiwa yang baru sahaja berlaku yang mengakibatkan pertunangan diputuskan,apakah peristiwa tersebut?
2) Bagaimana jumlah RM70,000 itu ditentukan? Adakah setiap pembelian dan perbelanjaan oleh pereka grafik tersebut direkodkan? Apaka dokumen-dokumen seperti resit2 pembelian disimpan rapi?
3) Bagaimana pula dengan kerugian emosi? Kos - kos lepas seperti pembaziran masa dan waktu, tanggungan sewaktu bercinta, dan sebagainya? Adakah rasional utk kos - kos tersebut diambil kira?
4) Aku terfikir, kes - kes seumpama ini semakin menjadi - jadi di negara kita. Apakah semakin maju masyarakat akan membawa kepada semakin kurangnya rasa toleransi dan semangat perdamaian antara kita?Apakah semakin berilmu masyarakat, semakin banyak kes - kes diheret ke mahkamah, seperti US contohnya?
5) Ya, tiada jodoh merupakan satu jawapan. Tapi dalam konteks ini, ia lebih menjurus kepada jawapan yang berbentuk 'excuse', ataupun alasan untuk tidak menjawab dengan lebih lanjut akan permasalahan di atas.
6) Apakah masyarakat kita (kaum Melayu khususnya), dahulu tidak mempedulikan apabila hak - hak dan tuntutan tidak dapat dipenuhi? Apakah Melayu sekarang lebih tegas dalam mempertahankan hak mereka?
7)Benarkah apabila RM70,000 tersbut dibayar, ia akan menyelesaikan sepenuhnya masalah di atas?
Kesimpulan:
Jangan main - main dengan kes - kes putus tunang, kahwin cerai sekarang ye. Prepare betul - betul, InsyaAllah hidup bahagia. Bende - bende yg unexpected pun boleh masuk court. Ungsangkerable betullah.
p/s: teringat kes kt US, ade customer saman 'Fast Food Restaurant' sebab kasik air panas. Padahal customer tuh yg order air panas tersebut (Contoh: Customer berkata, " saya nak Hot Milo.") Customer tu win that case, sbb that restaurant tak remind customer tuh yg air tuh panas. Huhu.
3 comments:
bile hidup berlandaskan harta...maka jiwa2 manusia jarang dijaga...semangat kedamain semakin dilupa..jiwa2 layu...
putus kan bulu hidung pun sakit doh...
sbb tu kut celeb kt US akan wat kontract dulu sebelum kahwin. kaw kaw nyer kontrak..
contoh guitarist the beatle byk hilang duit hasil perceraian..
kat m'sia xde contoh la phulook
kuat la phulok!
Post a Comment