Semalam hamba memperoleh jemputan kad kahwin. Bersetemkan Sabah.
Hamba gubra. Siapakah gerangannya?
Sampul surat dirobek. Lantas hamba membaca secara pantas.
Ohhh, Ustaz Rahmad Sani rupanya.
Kahwin orang Sabah.
Alhamdulillah.
Ladah Datu.
Eh, Lahad Datu.
27 December 2008.
Berdekatan Masjid Kpg Tabanak.
.......................................................................................
Klasik. Tiba-tiba hamba teringat kenangan hamba.
Bersama Ustaz Rahmad. Sepersekolah sejak form 1 ke form 5.
Dia bertukar sekolah ketika form 4, hamba pun ikut sama.
Bertukar. Ke sekolah yang sama.
Scene 1: Selepas waktu perhimpunan (dalam perjalanan ke kelas)
Memang menjadi lumrah sekolah menengah, (pelajar lelaki)
berlumba-lumba melihat rambut siapa yang paling panjang.
Apabila rerambut tersebut ditarik ke hadapan, terserlahlah
rambut siapa yang mencecah dagu, memang gempak.
Kirenye, Castello pun mampu tunduk menunjukkan rasa hormat
dek simpanan rambut yang sungguh panjang itu.
Ustaz Kamal (hampir nama sebenar) seperti biasa, hanya mampu
memperhatikan secara rawak. Semua pelajar lelaki gubra. Terutamanya
yang menyimpan rambut secara sulit, di celahan rambut2 yang lain.
Scene 2: Selepas perhimpunan (menghampiri kelas)
Hamba dan Rahmad (masih belum menjadi Ustaz)
mengutuk Ustaz Kamal. Huh, apa salahnya menyimpan rambut.
Mencintai dan keinginan untuk memiliki itukan berbeda.
Kelibat Ustaz Kamal hilang perlahan-lahan.
Rambut hamba & Rahmad pendek, jadi dengan senangnya
kami terlepas.
Tiba - tiba Rahmad bangga. Seraya menunjukkan, tersemat 10/12
utas helaian rambut yang apabila ditarik ke hadapan, perghhh...
panjang nak syahid...
Sampai ke bawah dagu..kirenye, Castello confirm akan hire Rahmad
time tuh..Bukan hire, malah dioffer Castello scholarship lagih..
Tengah sedap-sedap Rahmad berbangga dengan rambutnya,
Ustaz Kamal (menerjah ala-ala Abang Nas Maludi) dari belakang.
Disentapnya rambut Rahmad, dijadikan Rahmad asnaf yang lapan
untuk zakat pelempangnya.
Rahmad hiba. Rambut legendnya dikutip. Diframe di bawah lapik
meja di kelas selama beberapa bulan.
3 comments:
la ni dia simpan rambut panjang lagi tak?
:)
.
aku igt scene tu...sian membe..
ko dapat tak tiket air asia skali??
nak pakai akunye??hehehe
Tasik Merah: hmm, die masih ada rambut. Panjang atau tidak, itu yang kite tak tahu ye ye ye..
Reejal: Perghh, gampak lah lu Mas Rijalo Hartono..
Post a Comment