Tuesday, September 23, 2008

Syawal 1429H (versi singularsong.blogspot.com merangkap Ahadiat merangkap H.M Tuah)

Watak – watak:

Aku (Danial, perantau yang berhari raya)
Danial (perantau yang pulang berhari raya)
Danial = Aku
Mak (Mak Danial)
Yala (kawan Danial)
Taksi (kereta Danial)


Hari Raya ketiga 1429H (5.00 am)

Subuh itu hening seperti biasa. Burung – burung pun letih untuk berkicau – kicauan. Tikus – tikus berlarian mengejar butiran lemang & ketupat, kalut di hujung sepertiga malam. Matahari pun malas untuk terbit. Malas…

Hari raya ketiga yang jatuh pada hari jumaat bakal mencatat sejarah. Sejarah? Sejarah yang panjang kronologinya. Terlalu panjang hingga mampu membuai Taksi sehingga ke pinggir Yala di sana. Arghh, sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban ("Bapa Sejarah" Herodotus).

Jatuhkah? Bangunkah aku? Entahlah…ia tetap akan menjadi sejarah..

2 hari sebelum (Hari Raya pertama 1429H)...

Mak, ampunkan segala dosa Danial. Danial x berniat langsung untuk melupakan keluarga. Danial cuma takut. Takut dengan masa depan. Takut dengan kebarangkalian yang buruk. Takut dengan segala kemungkinan yang mungkin terjadi. Danial nekad…


3 hari sebelum (Puasa Ramadhan terakhir 1429H)


Fikiran Danial menerawang. Bercelaru. Danial memang begini. Sudah lama Danial berjanji. Janji untuk ke sana. Huh, Danial takut. Takut pada komitmen. Takut pada masa depan. Ya, masa depan...
Hmmm...Danial nekad.


Hari Raya Ketiga kembali la (6.00 am, 1429H)

Taksiku mencecah sempadan Lawin. Aku ketawa kecil melihat nama – nama tempat sepanjang perjalanan waktu subuhku. Kampung Belum Baru, huh. Aku fikir, sengaja dinamakan kampung sedemikian rupa, supaya ia tetap kampung. Jauh fikiranku melayang, memikirkan Kampung Baru di Kuala Lumpur yang begitu berbeda.

Kedinginan pagi menjadikan hatiku tenang. Hmm, usah dibuka aircond, biarkan saja tingkap Taksi terbuka luas. Dinginan pagi lebih menusuk sum-sumku, lantas kubiar saja angin menerpa membelai tubuhku. Kos petrol meningkat mendadak memaksa diriku & yang segolongan denganku merancang hidup dengan lebih teliti.

Pagi yang Gelap...

Subuhku di masjid di Daerah Gerik sungguh mengasyikkan. Sudah lama aku tinggalkan bacaan sujud sajdah. Sujud yang acapkali aku lakukan tatkala di pinggiran Kolej Sultan Alamiyyah Hubbud Dunya Shah Jehan. Sujud yang aku imamkan di SMA Izzuddin Riayat Shah…Sajada wajhiya lillazi khalaqahu wa Sawwarahu wa Syaqqa Sama’hu wa Basarahu bi haulihi wa Quqqawatihi fa Tabarakallahu Ahsanul Khaliqin

Beruzlah Syuu'riyyah sambil Sujud Sajdah

Kegelapan subuh memaksa diri ini berehat sebentar bersama Kit-Kat…hotak lu Danial, tak romantis langsung..diulang : Kegelapan subuh memaksa diri ini beriktikaf sementara menunggu hari syuruk. Aku tidak dapat membayangkan jika Taksiku mendaki Jalan Timur-Barat di waktu kelam sebegini. Lantas aku mencapai kitabullah Rasm Uthmani, seraya menyelak ke surah Al-Anam, ayat 11 (Firman Allah yang bermaksud):

Pergilah berjalan (mengembara) di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan Allah“


Masih Hari Raya ketiga (9.00 am, 1429H)

Taksiku berhenti di hentian Titiwangsa. Bolehlah aku melepas lelah. Sejak syuruk tadi, aku memulakan langkah. Hmm, lega hatiku dapat menghirup udara segar di puncak banjaran ini. Sungguh kejam jalan Timur-Barat, turapan yang hina dan lubang-lubang kecil takkan mampu menggoyahkan semangat juangku. Ah, biarkan semua itu berlalu.

Maha Suci Yang Maha Pencipta...

Betul kata Asun, puncak titiwangsa berdiri megah di atas banjaran – banjaran yang lain, sambil diselimuti awan putih. Subhanallah, getus hatiku. Indahnya bumi ciptaan Allah, tiada cacat-celanya. Selang beberapa ketika, setelah mengambil beberapa kepingan foto menggunakan Sony Anak Lelaki Eric W910i, aku meneruskan kembali pengembaraan. Perjalanan masih jauh..


Hari Raya ketiga la hokngek (9.48 am, 1429H)

Mencecah sempadan Kelantan, bersendirian, mampu membuat aku tersenyum kecil. Tersenyum sinis kerna baru menghampiri separuh perjalanan. Di sini, aku tidak mampu menahan panas mentari yang kian membahang. Lantas, ku tutupkan jendela Taksi dan memaksa penghawa dinginku mula berfungsi. Jam digital di Taksi menunjukkan tepat 11 pagi. Suasana dingin di banjaran Titiwangsa mula ditinggalkan. Anak panah penunjuk jalan mula menunjukkan kawasan-kawasan DUN yang agak ‘gharib’ bagiku. Aku semakin menghampiri daerah Jeli…

Lone Ranger di Jeli

“Most people in Jeli work as rubber tappers. The rubber plantations which belong to the local people also attract people from outside to come and work. Commonly families own a small plantation of six acres up to 50 acres in size. The history of Jeli began when the government encouraged the people around Kelantan to start a great area of agriculture. This process began with a period of land clearing, or pembalakan.”


Mmmm, terlintas di fikiranku akan cerita-cerita harimau yang pernah menghiasi dada-dada akhbar di Malaysia satu ketika dahulu..Huh, ngeri...Taksiku pantas merentas Jeli menuju Tanah Merah..

After 4 Hours....


Hari Raya 1428H (di keheningan malam Aidilfitri)

Danial: Selamat Hari Raya…

XXX : Selamat Hari Raya to you too.

Danial: I really miss you...

XXX : Mmm, I pun…dah ready ke nak raya esok?

Danial: Ready? Mmm, adelah sikit2…

XXX: Pukul berapa nak datang rumah I esok? Hehehe…

Danial: Mmm, tak datang kut…Tak ready lagi…hehe..

XXX: Tak ready ke, takut?

Danial: Mmm, dua – dua boleh. Tak ready + Takut = “ Tak takut”…

XXX: Betul “Tak Takut”?

Danial: Betul, tahun depan I promise, I kompem datang..

XXX: Janji?

Danial: Betul, I janji…
……

Lagi-lagi Hari Raya ketiga (10.30 am, 1429H)

Kebosanan memandu berseorangan, aku memecut laju di Machang. Mmm, Taksi, maafkan aku. Aku cuma bosan. Bosan menanti perjalanan yang tidak sudah-sudah. Terima kasih Mijie atas CD Kembali –Butterfingers yang kau berikan. Lagu bertajuk Lengkap Semula menjadi halwa selingan telingaku, yang hampir berpuluh-puluh kali aku putarkan. Lirik yang penuh bermakna, serta unsur-unsur lagu – lagu Seniman Agung P.Ramlee begitu mengkhayalkan.....Srrrrttttt............Astaghfirullahalazim...

Fuhh, aku menghela nafas lega. Hampir saja aku melanggar kereta SUV di hadapanku. Pemandu Grand Livina di hadapanku melihat sinis cermin pandang belakangnya. Nate beruk , semesti hatinya terdetik, siapakah gerangan pemandu Taksi di belakangnya ini. Memandu umpama tiada orang tersayang di hati. Maafkan aku. Aku bukannya sengaja. Aku masih kabur. Pertama kali memandu berseorangan di pantai timur. Aku tersangkut di permulaan jam. Rancangan aku yang nampaknya ‘perfect’ tergendala dek traffic light yang zalim.

Oh, aku hampir terlupa..lantas mencapai telefon bimbitku. Menghubungi Yala, kawanku di Jerteh.

Aku sampai di persimpangan. Persimpangan Machang, meredah sempadan Daerah Jerteh..Terengganu, akhirnya…Kutinggalkan jalan itu yang tetap berliku-liku..

(Machang is named after the horse mango, Machang or Mangifera foetida.Machang is also the center or the heart of Kelantan.)

http://en.wikipedia.org/wiki/Machang

Still Hari Raya ketiga (11.30 am, 1429H)

“Hello Yala, mung dok maner lening? Setengah je ambo nunggu mung, dok sapa lagi neh..” aku marah. “Ambo dok tubik laie, beta deh” Yala menyahut. Sudah setengah jam aku tiba di Jerteh.

(“Hello Yala, kau kt mane? Setengah jam aku tunggu kau, kenapa tak sampai lagi? ” aku marah. “Aku tak keluar lagi, sekejap lagi eh” ).

Pelan Perancangan Business Centre, Bandar Jerteh


Pertuturan ku di dalam dialect Kelantan dan Terengganu tidaklah sehebat mane, namun usaha aku selama 4 tahun mula membuahkan hasil. Aku tahu akan hal ini. Setakat berbeza bahasa pertuturan, budaya, tidaklah hebat mana dugaannya. Sedangkan orang semenanjung boleh berkahwin dengan orang Sabah & Sarawak, Malaysia dengan Europe,Thailand inikan pula sesama Melayu. Masih Melayu. Pasti ada persamaanya. Terima kasih kawan-kawanku , terutamanya Yala (Besut), Che Hassan (Manir, KT), Paiseh (Kpg Atas Tol, KT), Wahid (Rusila), Puding (Dungun) yang sudi mengajar diriku yang lemah ini..

Yala dan motosikalnya

Deringan Sony Anak Lelaki Eric menyedarkan aku dari lamunan. “Hah, aku atah moto ni, depe kete mung.. ” sayup-sayup aku melihat kelibat Yala.


23 Ramadhan, 1429H

(9.00 am, Taman Melati, Kedai Sup abang Psycho)

“Yala, aku nekad nak beraya kat sana tahun ni. Aku dah janji since last year punya raya, ” terangku pada Yala. “Kalau camtu, mung ikut jale Gerik. Tapi dok se jale male-male. Banyok gajah lintah situ. Mung tubik Subuh, sapa Jerteh dale kol sebelah gitu. Boleh mung amik aku. Pah tuh, kite gi KT sesame.Ok deh?” Aku termenung. “Berapa jam? Minyak lagi? Mahu bankrupt aku dibuatnya.” Yala membalas, “Takat tujuh je, mudoh. Mu dok tahu, ambo balik Kelate – KL dah 7 tahung, 24 je pun ambo se."

Hatiku terdetik..pengorbanan itu perlu..

Hari Raya ketiga merangkap Hari Jumaat (11.30 am, 1429H)

Dari Jerteh, aku tidak keseorangan lagi. Yala menceritakan pengalaman hari raya pertama & keduanya. Ditemani soundtrack filem ‘Kami,’ Laila’s Lounge dengan Mawar Khayalan, aku memecut laju meredah Setiu untuk sampai ke Penarek. Minyak sudah diisi penuh di Jerteh. Senang, usah ditangguh-tangguh. Kerjaya sebagai juru audit mengajar aku supaya tidak bertangguh. Not RM50 yang masih baru kuserahkan kepada wanita-wanita yang bertugas di stesyen minyak. Hmm, nasib baiklah bukan stesyen minyak layan diri, kaki ini begitu malas untuk melangkah keluar…sekurang-kurangnya, wanita-wanita ini masih mampu mencari rezeki yang halal..
Stesyen minyak diri dilayan

Sampai di persimpangan Penarek, aku dan Yala tertawa. “Yala, kau tahu tak ade tempat nama Mangkuk, haha.”
Laut yang menghijau nun di belakang foto

Hatiku terusik melihat laut yang membiru. Hatiku tenang. Tepat jam 1, Taksiku membelok ke masjid..Aku sujud syukur..


Hari Raya keempat (3.00 am)

Aku sampai di Kuala Terengganu. Alhamdulillah...

Masjid Terapung, Kuala Ibai, Kuala Terengganu
...The End...

6 comments:

nliana said...

Wah! pakcik azrie nak balik kampung in-law ke? hehe..

paiseh said...

mane cherita?

Unknown said...

gambo dari september...oktober pun tak sampai2 lagik ceritanya...ahaks!!

azrie hafiz said...

Hah, kalau korang nak kahwin, aku advise korang bace sampai abis..kalau nak kahwin la..

paiseh said...

hakhakhak..!!
walaupun aku baca sampai habes tak bermakna aku dah nak kawen...

Unknown said...

mcm da bace smpai habes...tp takde rase nak kawen pon...ahaks!!! maap tuan tanah...