Antara kenangan Ramadhan 1429H yang dapat penulis sajikan:
Sesi Pertama (7.15pm - 7.25pm)
In actual, penulis manage to buka puasa more than half Ramadhan months di Masjid Wangsa Melawati (kariah penulis). Setakat gambar2 buffet tuh, ade lar dalam 4 kali jer this month. Mane la ade sponsor, penulis kan bekerja dgn kafir harbi. Bukannye aper, selain daripada mengambil keberkatan di bulan yang penuh barakah ini, penulis juga berpeluang beramah-mesra dgn Melayu Pattani yg bekerja di Malaysia serta muslim dari Acheh & Sumatera. Routinenye berbuka di masjid Wangsa Melawati nih, sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang di udara, para pembuka puasa dihidangkan dgn hidangan ringkas, seperti kuih-muih yang kalau anda nampak di bazaar Ramadhan, sudah pasti anda tidak akan membelinya. Yang wajibnya, kurma a.k.a banyak dating a.k.a dates a.k.a tamar. Kalau untung sabut timbul, tentulah rugi sabut tenggelam. Eh, melalut pule. Kalau bernasib baik, dapatlah kuih-muih tambahan yang sedap spt Curry puff sardine or Kuih Cara berlauk daging di dalam kuih cara tersebutlah, bengong nate beruk. Sekiranya hari hujan, sudah tentu banyak kuih – muih tambahan kerna sales kuih-muih di bazaar yang tidak menjadi pada hari tersebut. Approximately, hanya 7-10 minutes diperlukan utk menyelesaikan kurma & kuih-muih tersebut. Kadang-kala, buah-buahan turut menjadi santapan. (pisang, langsat, dsb). By this stage, penulis dah kenyang sebenarnye.
Sesi Kedua (7.43pm - 7.58pm)
Usai bermaghrib, (pergh, sejak layan novel nih...), bermulalah sessi kedua. Rukuk & sujud menjadikan pencernaan lebih efficient & teratur. Maka, penulis berasa lebih selesa untuk duduk bersila sopan-santun sambil menjamah hidangan sedikit heavy. Biasanya, hidangan utk sessi kedua ini agak berat sedikit, namun takdelah seberat mane. Cuma nasi & sedikit lauk – pauk sahaja. Cukuplah. Dihidang di dalam polistrin, manakala lauk pula dibungkus di dalam plastik . Cukuplah. Penulis bersyukur. Alhamdulillah. Dapatlah penulis meet objective yang takdelah penting sgt. Sape lah kt KL nih nak kasik makan free kan, betul tak? (Betul betul betul – kate upin ipin). Lantas penulis sujud syukur.
Sempat lagi untk beriadah? Pergh, penulis bukannya seorang ahli sukan, namun penulis masih mampu membahagikan masa untuk bersukan, dan pada masa yang sama, berjumpa dgn rakan-rakan yang lain. Sesi futsal pada Jumaat malam Sabtu di Planet Sukan Ampang, malam 14 Ramadhan bermula dengan bermain badminton. Di sini, kami ditemani dgn dua orang pengacara yang tidak asing lagi, Amat & Azahari (Bang Bang Boom) yang turut bermain di sebelah court penulis. Hebat juga mereka bermain. “Memang mamat-mamat sport nih,” getus penulis di benak ulu hati. Penulis dan Abutang gementar. Nasib baik tiada apa-apa yang terjadi. Takut juga jika ada kejutan-kejutan yang akan diterima oleh penulis. Hanya RM10 untuk 1 hour game. Murah bukan jika dibandingkan dgn futsal rate? Namun, blog penulis bukanlah blog murahan.
Ismail bin Karim. Siapa student pondok pengajian gombak yang tidak kenal dgn Mail Karim? Siapa budak Penang yang tidak kenal dgn Mail Karim?Mail Hard Disk, Mail Rusni (nama Mi Segera, haha) Mail Rohaya, Mail sep (save), Mail costing, Mail Penang adalah antara nama glamer beliau. Mail antara rakan penulis sejak matrik ke pondok pengajian, terutama sekali bulan puasa, haha. Masjid memang menjadi sasaran kami. Namun, pada hari Sabtu bersamaan 14 Ramadhan, niat kami istikhlas (mencuba utk ikhlas) terbayar juga. Tayar pancit di tengah jalan, ketika menuju ke rumah ibadah yakni masjid. Memang banyak dugaannya hidup ini. Kalau nak buat jahat, tak pernah ada constraint. Nak buat baik, banyak halangan. Patutlah tayar penulis tak pernah pancit. (kereta di atas bukan kereta penulis, kereta di sponsor, huhu)
Mail Costing di dalam Rumah yang mewah (tak cayer tengok kipas kt ceiling tuh)
No comments:
Post a Comment