Sunday, September 14, 2008

Singapura - Kuala Lumpur (aku masih obsess dgn Pesona Algebra)



Credits to http://www.myspace.com/timesmovement

Single pertama The Times dari album terbaru "SingapuraKualaLumpur" telah berada ditempat 1 carta amp.ChannelV untuk seluruh Asia (amp.channelv.com/thetimes) selama 10 minggu ketika ini tetapi agak menghairankan kerana radio-radio tempatan dinegara kita tidak sangat memutarkan lagu tersebut. Carta stesen2 radio yang besar dinegara kita seperti ERA & HOTS FM lebih dikuasai oleh artis2 Indonesia & artis2 realiti TV..Pelik tapi benar! Adakah anda benar2 suka lagu2 sebegini terus diudara dan mahu keadaan berat sebelah sebegini terus berlaku dalam industri muzik lokal kita? Kita punyai banyak bakat-bakat & lagu2 dari band2 indie yang jauh lebih bermutu ketika ini..Masyarakat dari negara luar sudah mula membuka mata kepada band2 indie negara kita tapi ditempat sendiri disebaliknya berlaku.. Jikalau anda inginkan radio radio tempatan memutarkan lagu "SingapuraKualaLumpur", anda boleh membuat permintaan kepada radio radio tersebut untuk memainkannya . Ini kerana sesetengah radio hanya akan mainkan sesetengah lagu jikalau ada permintaan. Selain menelefon radio radio, anda juga boleh melawati website mereka dan membuat permintaan dari website tersebut. Dengan itu kami meminta jasa baik anda untuk membuat permintaan tersebut. Masa dan pertolongan anda, amat kami hargai. Terima Kasih daun keladi.Sayangi The Times kerana muzik kami ikhlas untuk anda semua!!!!


11 weeks at AMP CHANNEL V charts!! Kat radio lokal kita?The Times bermimpi di siang hari...


Syukur alhamdulillah!!! 11 minggu No.1 kat takhta amp.chart channel V asia...Terima Kasih semua..kalu kat carta Hots fm no.1 & Era no.1 mcm nie kami akan buat show free untuk fans2 The Times!!!!!!!! dapat tak or mampu tak kalah kan2 band2 yang ada kat carta radio lokal kita??? Haha..kami tak kisah sgt pada carta kat radio tu tapi kami hanya nak membuktikan band indie spt THE TIMES mampu memberi saingan hebat kepada artis2 yang anda bila tengok pun mcm tak boleh belah... HAha..The Times tak jahat cuma nakal sesekali sekala dan kami straight to the point & tak suka dgn cara hidup hipokrit..Sorry to say that & minta maaf jika tersinggung...Kami tiada duit untuk membeli tempat teratas di carta2 radio lokal kita..Tiada kawan2 yang boleh dibodek untuk memutarkan lagu2 kami..dan kami bukan band berinfluencekan orang INdonssss dan juga tidak bernaung dibawah label besar..Kami hanyalah band indie jalanan yang ikhlas n jujur berkarya untuk anak moden malaya yang menpunyai citarasa yang bagus & berfikiran terbuka..Pendek kata MOden & berwawasan!!!!!!!Kata wawasan 2020..lagu n artis kat radio masih ketinggalan zaman..Muzik penting kerana ia boleh membentuk minda n pemikiran sesorang dan juga bangsa untuk lebih maju..Tengok je negara 2 lain mcm Jepun...arrrhhh..whatever..tak nak cerita lebih2 kang aku kena marah dgn orang dlm industri....malaysia kan sensitif!!Chow!!!!

Pesona Algebra : http://www.4shared.com/file/45991189/a5ecaf6f/The_Times_-_Pesona_Algebra.html?s=1

1 comment:

Pak^Abu said...

eh..dah de post pasal lagu..mcm blog abutang la..hahaha..

tp gua lagi suka lagu sisa2!!