Filem daripada fenomena sebuah novel
Bersama A. WAHAB HAMZAH
SEBELUM filem ini dihasilkan, novelnya telah lebih dahulu mencipta fenomena. Novel Ayat-Ayat Cinta adalah karya penulis muda Indonesia, Habiburrahman El Shirazy yang sudahpun mula diletakkan sebaris dengan tokoh-tokoh penulis mapan Indonesia seperti Hamka, Akhdiat K. Miharja dan Pramoedya Ananta Toer.
Ayat-Ayat Cinta bukan sebuah novel cinta biasa anak-anak muda. Novel ini mempunyai landas agama yang sungguh tebal. Setiap babnya mengutip ayat-ayat Al-Quran sebagai dasarnya dan turut mengutip hadis-hadis sebagai rujukan.
Bukan itu sahaja novel ini turut mengambil kitab-kitab karangan cendekiawan Muslim klasik untuk melengkapkan hujahnya. Tidak hairan kalau Ayat-Ayat Cinta dilihat sebagai karya ‘sastera santri’ dengan nuansa Islam yang kuat yang mampu meletakkan novel ini sebagai novel dakwah sebagaimana novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka. Jika pada thun 1998 dunia sastera Indonesia digemparkan dengan kemunculan novel Saman oleh Ayu Utami, maka tahun 2004 dunia sastera Indonesia dikocakkan oleh kemunculan Ayat-Ayat Cinta.
Novel terlaris dalam sejarah sastera Indonesia ini segera diadaptasi ke filem oleh Hanung Bramantyo dengan lakon layar adaptasi dilakukan oleh Bramantyo bersama Ginantri S. Noer dan Salman Aristo.
Sebagaimana novelnya, filemnya juga mencipta fenomena di Indonesia, di mana hampir tiga juta telah menonton dalam masa dua minggu filem ini ditayangkan.
Sebagaimana novelnya, filemnya juga mencipta fenomena di Indonesia, di mana hampir tiga juta telah menonton dalam masa dua minggu filem ini ditayangkan.
Apakah yang begitu luar biasa dan begitu memikat pada Ayat-Ayat Cinta? Watak utama yang menjadi tumpuan dalam Ayat-Ayat Cinta adalah Fahri (dilakonkan oleh Fedi Nuril) seorang anak muda Indonesia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Sama seperti penulis novel ini Habiburrahman El Shirazy yang menuntut di universiti yang sama. Fahri sentiasa cuba berdakwah dengan menerapkan kehidupan Muslim yang baik dalam setiap tingkah laku dan interaksi pergaulannya sesama teman-teman yang Islam dan juga bukan-Muslim.
Fahri dan teman-temannya kumpulan pelajar Indonesia menyewa sebuah flat di Kaherah dan di flat yang sama juga tinggal Maria (Rianti R. Cartwright) yang beragama Kristian Koptik bersama ibunya (Marini).
Tingkah laku dan baik budi serta intelektual Fahri telah memikat Maria dan mereka menjadi teman baik. Semakin lama, Maria mula menyimpan perasaan terhadap Fahri tetapi dipendamkan sahaja.
Bagaimanapun, bukan Maria sahaja, Fahri turut diminati yang amat sangat oleh dua wanita lagi iaitu Nurul (Melanie Putria) dan Noura (Zaskia). Tetapi perasaan mereka terpendam tanpa dapat diluahkan yang menjadikan mereka begitu sulit.
Bagaimanapun, plot berpusing dengan perubahan yang mendadak apabila Fahri berkahwin dengan Aisha (Carissa Putri) gadis keturunan Turki dari Jerman yang kaya-raya.
Bukan sahaja kehidupan Fahri berubah, tetapi gadis-gadis yang menaruh hati terhadapnya juga mengalami perubahan hidup yang dahsyat. Maria kerana cintanya yang begitu mendalam terhadap Fahri menghadapi tekanan yang hebat sehingga dia jatuh sakit teruk.
Nurul bagaimanapun, dapat mengawalnya, tetapi Noura bertindak lebih nekad dengan memfitnah Fahri terlibat merogolnya. Akibatnya, Fahri dipenjara dan menanti hukuman berat.
Aisha perlu bekerja keras untuk menyelamatkan suaminya daripada hukuman dan akhirnya dia perlu menemui Maria yang menjadi kunci yang mampu menyelamatkan Fahri.

Sememangnya Ayat-Ayat Cinta bukan sahaja cuba mengangkat watak utamanya ke tahap seorang lelaki Muslim yang sempurna tetapi sebagai sebuah karya ia penuh dengan ransangan-ransangan moral, daripada soal fitnah, pergaulan cinta hinggalah kepada isu rasuah dan poligami.
Bukan itu sahaja dalam salah satu adegan dalam tram, digambarkan peranan Fahri yang cuba menjelaskan mengenai sifat Islam kepada seorang penyelidik Amerika yang juga teman Aisha (di sini juga Aisha pertama kali berkenalan dengan Fahri dan mengaguminya).

Ada adegan ringkas yang memperlihatkan persepsi barat terhadap Islam dan kesan daripada peristiwa 11 September 2001. Malah pembinaan plot Ayat-Ayat Cinta turut memperlihatkan pengaruh kisah nabi Yusuf dan Zulaikha yang cuba memfitnah Yusuf dalam konteks hubungan Fahri dan Nouro.
Bagi peneliti, mereka mungkin akan melihat filem ini dan hubungannya dengan wanita-wanita yang singgah dalam hidup Fahri. Bagaimana tiga orang wanita, Aisha, Maria dan Nouro akhirnya begitu menguji hidup Fahri.
Filem ini turut mengupas isu poligami melalui keadaan yang memaksa poligami hingga ke saat dugaan bermadu serta kekecewaan seorang wanita.
Sebagai sebuah filem, Ayat-Ayat Cinta sebenarnya bukanlah terlalu hebat. Apa yang hendak disampaikan adalah rangkaian cerita dan peristiwa, tetapi aspek pembinaan watak dipermudahkan.
Watak Fahri misalnya, hampir tidak mempunyai kelemahan, perkahwinannya yang begitu mudah dengan Aisha dan Aisha pula dengan kekayaannya begitu mudah pula menerima Fahri.
Begitu juga watak Nouro yang tidak jelas peristiwa perogolan yang kemudian begitu mudah digunakan untuk memfitnah dan mensabitkannya dengan Fahri. Tetapi yang penting filem ini berjaya mengangkat semangat, jiwa dan roh Islamik.
Jiwa dan roh Islamik itu cukup terasa dengan elemen muzik latar serta nasyid dan lagu-lagu unsur ketuhanan yang begitu berkesan yang mengiringi sesuatu peristiwa. Muzik dan lagu ini bukan sahaja pelengkap tetapi mencipta mood dan bentuk filem ini.
Selepas menonton Ayat-Ayat Cinta yang mempunyai unsur keagamaan yang begitu tebal tetapi diolah secara cukup menarik dan artistik, kita akan teringat dengan industri filem kita. Sampai bila industri filem kita dengan kisah remaja di sekitar kisah cinta yang dangkal, kisah rempit motor dan kisah dadah? Bilakah paradigma ini akan berubah?
Arahan: Hanung BramantyoLakon layar: Ginantri S. Noer, Salman Aristo & Hanung BramantyoPelakon: Fedi Nuril, Rianti R. Cartwright, Carissa Putri, Melanie Putria, Zaskia Adya Mecca, dll.
1 comment:
aku sememangnya meminati cerite ini.. x)~
Post a Comment