(Entry ini dituju khas kepada rakan - rakan yang sering menelefon untuk bertanyakan tips2 perancangan kahwin)
Assalamualaikum. Bertemu lagi kita di rancangan 'dah dekat nak kahwin tapi masih terkenang zaman bujang yang indah.'
Sesi kali ini membincangkan kaedah dan tips menghantar kad kahwin:
Terdapat banyak kaedah ataupun cara untuk menyampaikan atau 'delivery' kad kahwin.
1) Tradisional dan konvensional, masih berpahala : Kad kahwin berbentuk hardcopy dihantar kepada rakan-rakan taulan dan saudara mara secara tangan. (by-hand)
2) Moden dan konvensional, berpahala:
Mengumpul alamat menggunakan email/internet database/ network (facebook, friendster)/ sms, seterusnya diikuti dengan penghantaran kad kahwin.
3) Moden dan tidak konvensional (biasa), malas, mudah dan masih berpahala:
Menjemput menggunakan email/internet database/network (facebook, friendster)/sms. Semua ini dilakukan menerusi penghantaran dalam bentuk softcopy (notes, notice atau kad kahwin yang disoftcopykan).
4) Islam dan berpahala :
- Menjemput bakal tetamu secara 'direct nego,' sambil membelanja mereka minum air free sahaja. (makanan hendaklah dibayar oleh tetamu, kerana Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam berbelanja.)
- Menelefon sambil bertanya khabarmu di sana, seterusnya bersembang sambil beramah mesra hilai tawa namun tidaklah perlu mengumpat sambil menyumpah-nyumpah. Kemudian, meminta alamat secara sopan, seterusnya diikuti dengan penghantaran kad kahwin di tempat/premis tertentu ataupun diposkan ke alamat yang diterima.
5) Jahiliyyah:
-Melarang kawan - kawan daripada menghadiri majlis yang bakal berlangsung dengan menghantar kad kahwin secara last minute, seperti mengepos kad kahwin sehari sebelum majlis perkahwinan.
-Berkahwin secara tangkap basah, ataupun meredah masuk sempadan tanpa passport dan dikahwinkan, ataupun;
- Berkahwin secara tiba-tiba ala - ala saudari Nor Britney. Jemputan diedarkan setelah perkahwinan berlangsung.
Terdapat pelbagai tips yang boleh diperoleh melalui laman-laman web perkahwinan, yang membantu para bakal pengantin untuk lebih efektif dalam menyampaikan maklumat perkahwinan, menerusi kad kahwin. Antara tips menghantar kad kahwin yang jarang-jarang diselitkan dalam laman - laman web antaranya termasuklah:
- Dalam proses pengumpulan data seperti alamat-alamat responden (tetamu) untuk tujuan pengeposan kad kahwin, anda perlulah kelihatan 'eager' ataupun enthusiastic. Faham? Maksudnya, anda perlulah kelihatan bersungguh-sungguh, supaya para responden (tetamu) akan bertindak secara pantas dalam membalas permohonan anda. Antara kaedah efektif yang boleh dilakukan ialah melalui pemerolehan alamat menerusi perbualan telefon, internet network, ataupun menerusi alamat-alamat yang tertera di buku-buku tahun akhir persekolahan/tamat universiti anda. Tapi ingat, anda perlulah kelihatan seperti bersungguh-sungguh untuk kahwin.
- Pastikan tetamu yang mesti ada dalam kenduri ataupun majlis perkahwinan tersebut dijemput seperti datuk dan nenek pengantin, rakan - rakan yang bertanggungjawab menolong menemukan jodoh anda semasa blind date pertama kali dan sebagainya. Jangan ada yang tertinggal, bagi mengelakkan sebarang masalah kecil hati ataupun putus saudara sebelum menjadi saudara anda.
- Pastikan kad-kad kahwin yang ditujukan kepada rakan-rakan anda yang masih berstatus bujang/dara tidak dijemput bersama-sama 'partner' ataupun 'yang tersayang.' Sekiranya ini masih diteruskan, mereka (rakan-rakan) anda berpotensi untuk memulaukan majlis anda sambil menyumpah anda akan terketar-ketar semasa akad, namun tidaklah sampai membawa kepada pembatalan akad nikah yang bakal dilafazkan.
- Pastikan anda menghantar kad kahwin kepada ex-anda, tukang urut yang pernah mengurut anda di Danok,Thailand atau di Batam, Indonesia dan awek2 YM. Ini bagi mengelakkan daripada anda menjadi tidak keruan di masa hadapan sekiranya mereka menghubungi anda kembali setelah anda memiliki status 'married' di Facebook anda.
- Pastikan peta ke tempat berlangsungnya majlis perkahwinan anda tidak mengelirukan. Sekiranya benar, rumah anda terlalu jauh dari 'highway,' tuliskan jarak di sepanjang jalan yang tertera di peta di kad kahwin tersebut. Luas kad kahwin tersebut mungkin tidak membenarkan peta dilukis secara tepat dan ilmiah, namun itu bukanlah lesen bagi anda untuk menipu. Ingat, majlis perkahwinan adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam dan diberkati. Penipuan ini sering terjadi dan dilakukan oleh bakal pengantin yang berkerja di ibu kota, namun berasal dari kawasan pendalaman nun jauh di sana. Anda tidak perlu malu dengan asal-usul anda. Rakan-rakan di KL memahaminya (asal-usul anda).
Sekian sahaja untuk tips kali ini. Kita kembali lagi pada siri berikutnya, dengan tips yang lebih menarik dan tidak tergambar di minda anda.
3 comments:
kalu 2 years..?
ah..kalau dpt jemputan secara jahilliyah tu, aku peduli hape...
kenduri dh lps ke, hape ke..aku tuntut gak nasi kenduri dr pengantin
jemputan ke2 n ke3 x efektif la bro..kan?
Post a Comment