(Nota: Intonasi sebutan bagi setiap frasa 'Yusuf Taiyobb' perlulah dikekalkan seperti iklan di corong - corong radio ataupun di kaca TV)
ENTRY MENANTI RAMADHAN VERSI BUJANG TERAKHIR KALI
Di suatu malam. Keheningan. Gundah. Gulana.
Chezzo sopan duduk bersimpuh sambil menikmati nasi lemak berpaukkan sotong. Dari meja study, aku memandang. Sedap sungguh sambal sotong, apatah lagi dilayan bersama La dolthe a'mira.
Pandangan khusyukku pada rancangan kegilaan VWM tertanam ke kaca TV. Chezzo pun turut khayal bersama. Tidak sedari tertumbuh janggut di sotong santapannya.
Selang beberapa detik
Aku : Cis, bedebah sungguh iklan ini. Membazir waktu sahaja melayannya.
Chezzo : Ya, sungguh.
TV : (suara berbisik) 'Yusuf Taiyoob.....'
Chezzo : (mengulang suara TV) ' Yusuf Taiyoob....'
Aku : Chezzo, cuba kau bayangkan, bagaimana perasaan anak dara si Yusuf Taiyoob di hari pernikahannya?
Chezzo : (Bertutur sambil membayangkan dirinya menjadi kadi yang berambut perang memakai boxer)
Aku nikahkan dikau si polan bin si polan dengan Norhayati (meminjam nama anak Keluarga Yosop Hai OO) binti 'Yusuf Taiyoob' (nada berbisik) dengan mas kahwinnya sekian sekian, tunai....(seraya ketawa)
Aku: (ketawa biasa sahaja)..hoho.
Chezzo : Aku, itu ok lagi. Cuba kau rasa, apa perasaan si anak bongsu 'Yusuf Taiyoob' di kelas 1 Kurma , sekolah rendah kebangsaan? Tak ke jadi bahan.
Aku: Ye tak ye jugak. Senang gile nak kutuk. 'Yusuf Taiyoobbbbbbb....(hukum ikhlab di emphasizekan, seraya ketawa, masih biasa).
Aku: Ok lagi wahai Chezzo. Kau rasa, apa perasaan isteri si 'Yusuf' pabila arwah ditalkinkan, seperti di bawah?
'tatkala para manusia mula melangkah tujuh tapak daripada kuburmu, bersedialah wahai 'Yusuf Taiyyobbbbb'...(imam menarik nafas) menanti kehadiran para malaikat.....
Chezzo: (Ketawa serakah melimpah ruah hahahahaha. Tiba - tiba sahaja...)
Bagaimana dengan Malaikat yang bertanyakan soalan kepada si jenazah?
Aku: (Senyap).
Chezzo: (Berpura - pura menonton La Dolthe A'mira setelah selesai sesi tayangan iklan)
18 comments:
jenis2 kurma lu orang hapal x??
wassini.. mariani bam..
hahahahha...gila cool!
hahahaha
kelakar
Yusuf Taiyoob tu kurma ke?
rare sungguh nama makhluk tersebut.
Entry yang membolehkan aku pecah perut hari ni.. hahahah
hahaha~
if kawin dgn keluarga YOSOP itu, harus kaya~
Yusuf Taiyoob plak kenyang, makan kurma~hehhee
hahahaha.....
korang neh....x baek taw...
hahhahahahhaahahaha (gelak dlm selimut)
kalu anak dara dia kawen...
pastu ketika bersama...
maka bertanya lah si suami...
"Whos ur Dadday..!"
Yusuf Taiyooob~
meledak ketawa aku!!!!!
tersedak juge Yusof Taiiiyoobbbb~~
hahaha...mesti anak laki2 die neves tatkala cuba dikhatankan oleh pak mudim yg gelak sakan...hahahahah...lawak2
nk letak iklan kat blog ni, berape chargenya sebulan ek. tq
Ku baru beli kurma Yusuf Taiyoob. Sedap.
Sayang xde tv kat hostel ni. X tngok le plak iklan tu.
kesian yusuf.. ehehe
nak meniaga kurma la pasni
smlm kat bazar, laku giler aku tgk org buy kurma dari brand ni.hahaha. kompem, akibat iklan tv itu,hahaha
korang ni mengumpat en yusuf ye..
klaka klaka!!
kenape dorang jdi senyap?
xpaham...
(tompang copy cite ye)
Post a Comment