Thursday, July 30, 2009

Malam ini Malam Keliwon

Alamak. Dah pukul 7pm. Nak kena balik ni. Malam ni kan ade Keliwon.

Pergh, rase gangjal setelah lama tidak menulis.

Gaya penulisan dah macam Ahaliat Akasia.

Jambu - jambu gitu.

Rase tak selesa menulis bahasa ibunda.



Pelbagai peristiwa terjadi bulan ni.


Peristiwa paling menyentuh hati. Arip Samat (Dugaannya) sudah pun berkahwin.

Peristiwa paling suka hati. Perjalanan ke dan balik kenduri Arip Samat di JB bersama Band Sumpah and The Puspa.

Peristiwa berdarah. Fail 2 exams dalam satu hari (sape boleh buat?)

Peristiwa paling manis. Darah mula terasa kurang manis seperti manisnya tatkala bulan March yang lepas.

Peristiwa paling religous. Nain Triplet diblinddatekan dengan Ustazah pengajar fiqah dan tawhid. (Pesanan: Ustazah S_ _ _ _ _ , sila terangkan perbedaan antara Uluhiyyah dan Ubudiyyah kepada saudara Nain. Juga terangkan Nike dan Boss itu bukan Tuhan. Jauh bangat.)



Peristiwa paling menusuk kalbu: Outstation.

(Melihat Laut China Selatan di Pantai Sura Hujung di waktu pagi, di hari kerja - pergi dan pulang, owh sungguh indah mempesonakang. Menyantap sotong dan ketam goreng tepung, sambil dicecah sos menyelerakan sambil terdengar deruan ombak dan melihat pasir - pasir putih tepi pantai yang begitu menakjubkan. Melayan sunset yang begitu tenang, sambil membuat kerja di pinggir chalet ditemani 'private garden' dan dibasahi jakuzi....melalui traffic light yang malu - malu menyalakan lampu merah, sedangkan tiada kereta yang sudi melaluinya..Melayan keropok lekor yang padat dengan isi, bukannya tepung seperti di kepok di pinggir Sogo Jalan Esfahan..Sayang, jom kite pindah ke sana..:P)



*Entry berbaur jiwang ditaja oleh Gerai Nasi Lemak FULAMAK. Makcik, terima kasih.
Sambal Ikan Kembung lu buat gua dan Shamil Singular tak tidur malam.

2 comments:

Che Hassan said...

encik pros.. sila hafal no. ining















35

paiseh said...

demm~
satu pun gua tak takut.. tak keliwon langsung!