Tuesday, June 2, 2009
Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 8)
(disambung VIII...debaran kian terasa)
......4 jam berlalu. Tiba di Kuala Lumpur.
Letih sepanjang perjalanan tidak terasa. Terima kasih kepada semangatku.
Malam menjelma.
Dingin malam begitu menusuk tulang sum – sum ku. (Mak Som, sori gune nama kejap).
Di kesempatan ini, sempat aku bawa ayah ku ke Kondo kediaman ku. (lokasi dirahsiakan).
Keluargaku menginap di rumah saudara di pinggir kota metropolitan. Apa gila nak ku bawa anak – anak kecil itu ke Kondo bujangku. Akukan artis.
Tiba sahaja di kediaman sewaanku.
Ayahku terpegun. ”Abu, hang tinggai kat sini ka? Hang biaq betui. Dalam Drama Sembilu beratus – ratus siri tu pun, takdak Kondo macam nih."
Aku menjawab sopan. "Saya dah berjaya Ayah."
Sebaik sahaja tiba di pintu Kondo ku. Aku menekan ring bell....
”Ting Tong...Ting Ta Ka Ting Tang Ting.”
Helmi, house mate ku membuka pintu. Perlahan. Step by Step..
"Eh, Abu. Ayah ko pun ade. Masuklah pakcik,” Helmi bersalaman dengan ayahku...............
Di ruang tamu, kubiarkan Helmi dan Pazil bersembang dengan ayah ku...ku bancuh Nescafe dan Air teh di dapur... Aku silap......Bak kate Hasbullah Awang, "Anda silap di situ.”
(bersambung...semakin menghampiri kemuncak....hampir.....)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
zhez muslim lagi tak masa ni??
review point dah clear?
Post a Comment