Thursday, February 5, 2009

PENGUMUMAN PENTING.


KERUSI BAGAN SERAI (P058)


BERSEMPENA DENGAN JUBLI PERAK KE 25,BERSEMPENA DENGAN INSIDEN MELOMPAT LEBIH TINGGI DI PERAK, HAMBA DENGAN RASMINYA MANJADI WAKIL RAKYAT PARTI PUNDAK BAGI PARLIMEN BAGAN SERAI.

MANIFESTO
Tuan Presiden,

Hamba orang Melayu. Memandangkan situasi di Perak yang tidak menentu, hamba rasa hambalah telah diangkat ke langit..silap..hamba telah dilayakkan untuk menjawat jawatan wakil rakyat di tanah tumpahnya darah ibu hamba sewaktu melahirkan hamba. Hamba baru menerima wahyu di waktu syuruk subuh tadi.

Hamba memilih untuk berkhidmat di Bagan Serai. Bagan Serai tempat tumpahnya darah hamba setelah kaki hamba digigit pacat tatkala hamba kencing di dalam hutan yang masih dara.

Manifesto Hamba ialah seperti berikut:

1) menghadkan masa bagi lampu merah di setiap traffic light. (maximum 5 saat)

2) anak - anak tunggal dinasihatkan tidak menjadi isteri orang. ini dapat menghadkan jumlah ibu - ibu tunggal di kawasan parlimen ini.

3)Pajakan tanah akan dilanjutkan bukan sahaja kepada 999 tahun, malah akan dilanjutkan kepada tauke2 pajak.
4) Tadika KEMAS dan kursus pra-sekolah akan diperkenalkan dgn kursus-kursus culinary (curi dan lari) dan juga asas rumah tangga (Conth: matapelajaran ‘main masak-masak’)

5)wakil rakyat (DUN Negeri Perak) tidak dibenarkan melompat parti. Hanya wakil rakyat selain daripada Parti PUNDAK sahaja dibenarkan melompat ke dalam Parti PUNDAK.

JADI, CALONKAN SAYA UNTUK P058 (Bagan Serai).
dan akhir sekali majulah PUNDAK untuk rakyat malaysia…

(Together we fight to a free nasik tambah2 kalau di waktu siang di bulan puasa )
sekian terima kasih

AZRIE HAFIZ a.k.a Hamba

SILA UNDI HAMBA UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANG.
HIDUP PUNDAK, HIDUPMU JUA. MATIMU, BUKANLAH MATINYA PUNDAK. PUNDAK NEVER WALK ALONE.PUNDAK UNITED PUN BOLEH GAK.

3 comments:

paiseh said...

gua dah masuk calon..
pasni nak lobi jadi menteri belia dan sukan pulak.. gua kan belia.. hahahahaha..

Pakdi said...

azrie, join ni lah besh.

http://parti-katak.blogspot.com/

Alcapone said...

akhirnya aku dapat komen..oran2 taiping, g la balik jadi undi hantu..