Thursday, December 11, 2008

Bukit Antarabangsa (dalam kenangan)

Oct 2007 (after 2 years di Villa Wangsa Melawati = further known as VWM)

Semasa di VWM, hamba dan Shamil Singular seringkali
mengimpikan untuk tinggal di kondo mewah. Alasan,
saje nak bertukar arah. Income pun dah ok.
VWM pula seringkali dicabul tikus.


Nov 2007

Berusaha mencari kondo/apartment mewah. Seringkali
ke Bukit Antarabangsa. Setiap hujung minggu, pasti kami
(hamba dan Shamil Singular) ke sana. Tak jauh, 10 minit
jer dari VWM.


Dec 2007

Boleh dikatakan hampir setiap kondo di Bukit Antarabangsa
kami explore. Wangsa Heights, Atheneum, Villa Duta, Oaklef
dan sebagainya. Hasil usaha keras Shamil Singular, kami
berjaya secure one kondo unit di Villa Duta.

Note: Kondo 3 rooms, view bukit-bukit menghijau, monyet-monyet bergayutan mempassing batton di dahan-dahan pokok, oksigen original, kedinginan yang menusuk sum-sum tulang, balkoni nyaman lagi menyegarkan = rental rate RM 800/month. Agung bukan?



Jan 2008

Menanti kata putus Owner kondo tersebut. Si Owner (nama
dirahsiakan, beperwatakan kelembutan sedikit, maskulin)
jarang berada di Malaysia. Seringkali berada di US, maybe
urusan business. Kata si Owner, wait till end of this month yer.
Nak repainting, refurnish kondo unit tersebut katenye.
Hati kami berbunga lestari. Boleh lah move in masa cuti
Hari Wilayah. Bervalentine di situ lah nampaknye.



Feb 2008
Tiada response dari si Owner. Kami kecewa.
Putus harapan.



May 2008
Meneruskan pencarian. Namun, tiada lagi tikus
berani mencabuli VWM. Kami sudah selesa.



27 Nov 2008
Hamba, Shamil & Nain sengaja survey unit kosong
di Villa Duta. Ada satu, untuk dijual.
Kami masuk ke unit tersebut.
Hujan renyai - renyai.
Dingin menikam kalbu.
Termenung di balkoni.
Pohon - pohon menghijau.
Tenang. Indahnya alam.
Alhamdulillah.



11 Dec 2008
Petang tadi, hamba tidak dapat masuk ke area tersebut.
Sekatan polis. Semua penghuni Oaklef, Kyoto Garden, Riverdale
& Villa Duta dinasihatkan berpindah keluar.


P/S: Bukit Antarabangsa sangat indah, damai & tenang. Hamba sedih. Hiba.

1 comment:

paiseh said...

gua nak duduk mana lak weh..!!
hilang laa lagenda VWM kalu pindah..