Wednesday, August 27, 2008

Terlalu muda utk membeli rumah?

Introduction
Pada hari Sabtu (23/8/2008), saya & Say Yor telah membuat satu lawatan sambil belajar ke PWTC. Di sana, impian kami bercambah, dan kami mulai ghairah.

Haha, mcm karangan dlm website kl s**.com pulak rasanye. Ok lah, aku & Mijie Seyiorita Salz sebenarnye telah berkunjung ke pameran Mapex 2008 (Malaysian Property Exhibition), which is held at PWTC, under REHDA (Real Estates & Housing Development Association). Actually, every year kitorang lepak sini, since 3 years ago. Sekarang nih dah bercambah real estate & property exhibition, tak macam last 2-3 years dulu. But this one is amongst the official & yang tertua di Malaysia lah.

(Article ini specifically designed for people aging 20 – 28, single, perasan educated, free/lapang/senggang dan yang tak malas membaca dan berfikir. If you find yourselves contradict to the previous statement, please abstain urself to read any of the items below)

Tajuk Drama: Tazkirah Minggu Ini (TMI)
Skrip : Tazkirah (Nada Khutbah Jumaat/Ceramah Pilihanraya Kecil Permatang Pauh - edisi tazkirah kepada Form 1, dari seorang ex Form 5)


(Abang Berserban mencapai mikrofon lantas berdiri setelah selesai memberi salam kedua Solat Asar – Jam di dinding menunjukkan pukul 8 mlm)

(Abang berserban memulakan bicara)

Adik – adik,(sambil abang berserban memandang ke luar tingkap musolla)

Ok, talking bout property/real estate, isu yang ingin saya heretkan adik-adik selaku para Form 1, adakah kita masih/terlalu/too muda untuk membeli rumah? Huh, what actually will trigger us to buy/own a property (residential property la)? What the factors that u guys should consider once u choose to buy a house? What the homework that u guys should do? Which one will generate good return, landed property or strata title property, hehe?Which mortgage, facilities or types of payment/sources of financing that available to you, in case u nak beli rumah? Is buying a house is a necessity, kehendak, or becoz ur friend buy a house, u also want one la? How the house purchase process works?haha..Ok la, kite kecikkan scope ke satu isu jer, yang lelain tuh u all cariklah sendiri ek..tak kuase I (nada bapuk Jalan Pak Haji Taib). Isunya …..

Adik – adik
,(sambil abang berserban menggaru-garu jubah di bahagian sulitnya)

Isu di sini ialah: Adakah kita masih/terlalu/too young to purchase a residential property?

Firstly adik-adik, meh abang personally define ‘young’/’muda’ tuh aper ek? Orang tua-tua selalu mention, mase diorang berusia 20 tahun dulu, diorang dah kahwin, dah sara anak-anak, etc. Tapi tu mase tahun 1970, 1983, dan sebagainya. Sekarang, dah tahun 2008. So, diberi sistem pendidikan yang mengajak kita go through UPSR, PMR, SPM, seterusnya menjejakkan kaki ke menara Gading (abang rase takde IPT yang ade gading gajah pun), definisi ‘young’/’muda’ sedikit sebanyak telah tercalar. Abang rasekan, definisi ‘young’/’muda’ depends on each person’s life cycle. Ok, lets gone with the illustrative IQ example below, (Diberi definition muda = 25 – 35 years old) lets determine:

(Pelajar-pelajar Form 1 mula tekun mendengar, dan mencopy ke dlm buku tazkirah mereka)


Budaya hedonisme menjadi cara hidup remaja masa kini (Gambar Hiasan)


Situation A: Ahmad Raslan (nama sebenar) seorang yang berjaya dalam kehidupan duniawinya. Sebaik sahaja Ahmad Raslan menggenggam segulung ijazah pada usia 23, dia bertekad untuk enjoy sepuas-puasnya di dalam sisa-sisa kehidupan duniawinya. Apabila abangnya (Doktor Zaki – bukan nama sebenar) mengajurnakan soalan tatkala usia Ahmad Raslan melewati 27 tahun, “Ahmad, bilakah anda ingin berkahwin?” Ahmad Raslan dengan selamba ghodok membalas, “Relak ah lu, pehal lu kecoh2! Muda lagi, enjoy dulu beb. Jom kite ke Warisan Asia di Jalan Kasipillay.” Lalu Ahmad Raslan bertolak ke sana dengan Vios barunya.

Soalan: Pada usia 33 tahun, Ahmad Raslan mengahwini seorang graduan IRK (ustazah) yang menjadi kegilaan para Ustaz batch graduan tersebut (Batch 2015, Kolej Pendita Zaa’ba), pada tahun 2015. Adakah Ahmad Raslan masih muda?

Situation B: Man Laksa (nama watak pelakon) sering menjual laksa kepada jirang-jirang di kapungnye di Kapung Atah Tol, Kuala Terengganu. Man Laksa menceburi bidang pelaksanaan ini sejak usianya umur 6 tahun lagi. Laksa & darahnya sudah sebati, sebati umpama Chezzo & Michael Poh. Tatkala usia Man Laksa mencecah 18, Man Laksa terpandang aweks hot chikaz maut menanti syahid di jendela rumah customer Laksanya. Dengang wajah selamba, Man Laksa terpikat, lantas menyatakan hasrat mengahwini aweks hottaz ituh. Tapi Man Laksa masih muda. Akhirnya, Man Laksa berkahwin pada umur 18.5 . Man Laksa tetap muda walaupun berkahwin awal. Haha, trick tuh..

Soalan: Adakah Man Laksa masih muda sekiranya pada usia 25 tahun, Man Laksa sudah mempunyai 3 anak (2 lelaki dan 1 perempuan)?


Situation C: Siti Sekayu Comel, seorang wanita yang determined dan bercita-cita tinggi, menamatkan pengajian di Pondok Pengajian Gombak (IPTA) dengan menggenggam ijazah pada usia 23, tahun 2005. Sejak dari hari itu, dia sering dihujani dengan persoalan daripada umminya, nenendanya, moyangnya dan bekas isteri ayahnya dengan soalan yang sama dari mulut mereka semua, “ Bila nak kahwin?” Siti Sekayu tertekan. Siti Sekayu ingin mendapatkan kareer yang progressive, mengumpul duit untuk downpayment Civic 1.8 (RM 116k) dan melancong ke serata dunia, Danok, Riyadh, Paris & Dubai. Tanggal 31 August 2015, Siti Sekayu memeterai perkahwinan dengan Datuk D yang berusia 45.8 tahun. Siti Sekayu hidup aman dan damai.

Soalan: Adakah Siti Sekayu masih muda pada masa perkahwinannya (33 tahun) ?



Kejayaan Mijie Tidak datang Bergolek (Gambar Hiasan)


Situation D: Mijie Seyyorita Salz (anonymous) dilahirkan tanggal 16 July 1990. Masih ingat lagi, bergenang air mata Mijie melihat dunia yang indah di Hospital Kuala Lumpur tatkala diazankan oleh ayahandanya. Islam dianuti, namun setelah berusia 12 tahun, Mijie sedar, dia mula mendahagakan sesuatu. Rumah sewa yang didiaminya sejak kecil, kesusahan ayahandanya yang menghantar Mijie ke sekolah setiap hari dengan motosikal, ayahnya yang pulang lewat malam sewaktu Mijie sudah lena, menjadikan Mijie seorang yang tabah dan berprnsipal gitu (Indon sket, kate Tazkirah).Oleh sebab itu, Mijie mula menabung dan menyimpan wang dengan harapan untuk berjasa kepada familinya. Mijie mula membaca buku Kiyosaki ;‘Rich Dad, Poor Papa Jahat Bangat’ utk menjadi real investor. Mijie begitu tabah, dan sebaik sahaja beliau menamatkan pengajian pada usia 24 tahun, terus Mijie membeli rumah dgn wang simpanannya sejak kecil.

Soalan: Adakah Mijie masih muda pada masa pembelian rumah tersebut (24 tahun)?

Selesai dengan tafsiran adik-adik, bagi abang, jawapan ‘young’/’muda’ itu subjektif. Subjektif, depends on personal views,culture,experience adik – adik sendiri. Tiada jawapan yang salah, setiap jawapan yang adik-adik berikan pasti ader reason/personal views/supporting arguments. Sebenarnyer, abang nak relates every illustrative examples yang abang story kepada hukum membeli residential property, haha…abangkan gempak, haha
(sambil mengangkat serban sendiri sambil dikutuk oleh pelajar2 Form 1 yang mendengar)

Gambar Hiasan (Laman Seri, Shah Alam)


Adik – Adik,(abang berserban memandang ke arah pelajar – pelajar Form One, manakala Pelajar-Pelajar Form One menunjukkan ekspresi terharu)

Adik-adik mampu nak decide & plan kehidupan adik-adik. Adik-adik patut letak effort mcm Situation D, sebab adik-adik masih muda, dan masih mempunyai masa untuk berbuat demikian. Even adik-adik dah berusia 25 mcm abang pun, adik-adik tidak terlewat utk berbuat demikian. Tetapi untuk yang muslimat, (sambil abang berserban menundukkan pandangan), kalau tak mampu utk memilih situasi D, anda boleh utk menjadi Siti Sekayu Comel. Anda berusaha setelah berijazah, berharta (hasil effort anda), dan memiliki suami yang berpangkat Datuk. Sudah tentu anda mampu memiliki lebih dari ‘residential property,’ mungkin Luxurios Prestige properties yang terletak di Mont Kiara/ KLCC. Namun abang berserban tahu, adik-adik pasti tak nak memilih utk menjadi Man Laksa. Kenapa? Apa salah Man Laksa? Man Laksa tidak hina di sisi Allah. Watak Man Laksa perlu wujud dlm kehidupan kita. Siapa kata Man Laksa miskin? Abang tak tunjuk pun monthly income dalam example Situasi B tersebut. Tetapi Man Laksa patut berusaha lebih sekiranya nafkah yang diberi masih kurang utk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Man Laksa perlu menyediakan ‘residential property,’ dan abang rasa lokasi di Kuala Terengganu memudahkan Man Laksa mendapatkan harga yang reasonable untuk membina rumah. Location is amongst the main factor, thats the house purchase rules man. Better for Man Laksa to buy land, then dia boleh build rumah on that land, cheaper (since Man Laksa bukan kt KL pung). Man Laksa kene put effort to kumpul duit, then buat downpayment. Dan bagi adik-adik seperti Ahmad Raslan, sedarlah sebelum terlewat. Betul, dia berjaya memikat hati seorang ustazah, namun sekiranya Mijie Seyyorita Salz semasa berusia 25 tahun pada tahun 2015 (Situation D) menackle Ustazah di dalam Situation A, adakah Ahmad Raslan yang berusia 33 tahun pada 2015 (Situation A) dapat berkahwin dgn Ustazah tersebut? Fikirkan …


(Abang berserban keluar dari Musolla secara bersahaja)
(Pelajar-pelajar Form 1 kelihatan keliru dan mula bertanya sesame sendiri)

Personal Investment Portfolio (Range - Contracts, Stocks, Properties)





Gentle Reminder & Disclaimer: Semua di atas gurauan semata-mata, tidak ada kene-mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Any legal actions can be forwarded personally & directly to the author, at azriehafiz@gmail.com

No comments: