Wednesday, August 20, 2008

Costing your Weekend?

Penulis (poyo lagi) agak keberatan utk utk membincangkan hal-hal kehidupan penulis sehari-hari, tambah2 utk dipublishkan di blog. Mcm pihak pembaca already know, lets imagine kalau kite baca magazine, then penulis-penulis magazine tuh tulis psl diri diorang je dlm magazine tuh. Tulis psl kejer diorang, dateline assignment diorang, keburukan bos, diorang suke makan ape, diorang punyer problem, etc. Kalau few sections dlm magazine tuh, ok lah..tapi klau every sections in that magazine citer psl diri diorang jer, mak aih..bukan buhsan lagi, sah2 company magazine diorang tuh bankrupt n listed as PN17 companies (Notes 1).

(Notes 1): Sila browse website suruhanjaya sekuriti or Bursa Malaysia by click link di bawah kalau nak tahu PN17 companies tuh aper, huhu.

(http://www.bursamalaysia.com/website/bm/listed_companies/list_of_companies/amended_pn17_companies.html).

So, weekend baru-baru nih, penulis sememangnya ingin meminimizekan cost sebaik mungkin, while achieving fullest happiness. (Motto hidup penulis: Live life to the Max, with minimal cost). Kite tengok whether RM50 is sufficient to enjoy life during weekend (Saturday & Sunday), di KL. Below is stated assumption given by penulis sendiri, haha..

1) SMS cost excluded
2) Utilities (e.g Electricity, Water, Internet – broadband) cost excluded
3) Economic cost (effort, peluh penulis, berpanas, menunggu, hasil pemikiran aku) excluded
4) Opportunity cost / Kos Peluang – haha, aku tak ingat term malay die - (Notes 2)

(Notes 2): Opportunity cost/kos peluang adalah the value of a product/chance forgone to produce or obtain another product/chance. Susahkan? Example:

Abuzar (bukan nama sebenar) ingin memilih antara Lantis (bukan name sebenar lagi) dan Sentra (kompem la bukan nama sebenar, bengong) sebagai teman hidup. Hantaran untuk Lantis = RM 20,000, manakala Hantaran untuk Sentra = RM 35,000. Sekiranya Abuzar memilih Sentra sebagai pasangan hidup, Abuzar terpaksa menanggung kerugian/ kos peluang sebanyak RM 15,000. (RM20,000 – RM 35,000 = - RM15,000) . Sebab tulah Abuzar memilih Lantis. (opportunity revenue = RM15,000)

Watak yang terlibat: (dari kiri) ; Mijie Say yor, Ahmad Shamil Fitri, Asun Adam, Penulis

Saturday (16 August 2008)

11.00 am

Disebabkan malam sebelumnya penulis bermain futsal from 1am – 3am (Jumaat malam Sabtu), penulis bangun agak lewat di hari Saturday. Eventhough penulis sudah solat subuh, penulis tidur kembali sehingga matahari tinggi bergalah-galah panjangnye. Tatkala 11am, penulis dikejutkan dgn kedatangan abang Say-Yor a.k.a Mijie yang malu-malu untuk ke kenduri perkahwinan classmate Kiss Ass nyer secara solo. Tanpa berfikir panjang, penulis mengarjunakan soalan. ‘Ape ana dapat kalau ana ikut anta pergi ke kenduri tersebut? Mijie menjawab dgn penuh sedih tapi berhikmah, “anta dapat makan free, sambil menangis melihat kawan sendiri disanding di pelamin itu.” Lalu penulis tanpa ragu2 mandi dan terus ke kenduri kahwin yang berlangsung di UPM, sambil menaiki kereta Buffalo yang dipandu Miie Say Yor. Terima kasih kepada Mijie Say yor (http://www.ikhlast.blogspot.com/) yang sudi mengincur petrol & toll cost, 2 hala.

No cost incurred

3.00 pm

Biaselah kalau dah balik kenduri, sebaik sahaja tiba di rumah, tentulah mata mula mendayukan musik2 sentimental. Mata penulis mula mengkeudarakan lagu-lagu seperti Pelamin Anganku Musnah, Dunia Belum Berakhir dan Kenapa Singgah kalau Tak masuk Tidur. Jadi, sebaik sahaja salam kedua solat Zuhur diberi, La budda penulis terus tidur sehingga pukul 5.30pm.

No cost incurred

5.30 pm

Tiba-tiba penulis terjaga. Ya Allah, penulis belum solat Asar lagi. Ampunkan dosa diri ini. Terus penulis meluru masuk menerjah bilik air, sambil terdengar lagu dendangan Flava ‘kenapa singgah kalau tak ambil Wudhu’. Sebaik sahaja salam kedua solat Asar diberi, penulis disapa oleh makmum penulis, Ahmad Shamil Fitri (adik doctor Zaki). Shamil memulakan langkah, “Nampaknya kite dah solat asar, jom kita pergi pasar.” “Pandai jugak adik si doctor nih berpantun,” getus hati penulis. La budda, penulis pun ke pasar Sri Rampai , sambil menaiki kereta ‘so Shamil’ yang luar biasa mewahnye. Singgah saje di pasar malam, kami melayan koewtiaw sup (RM 3) dan teh ais (RM 1.50) dan diselangi dgn air kosong (RM 0.30). Tiba-tiba, Pak Ngah (tuan punyer stall) datang ke meja kami. Tanpa disedari, anaknye yg autisme turut melepak di meja kami. Kami dipaksa utk hanyut di dalam ceramah Pak Ngah (versi pilihanraya kecil Permatang Pauh). Komunikasi orang tua itu yang sehala menyukarkan kami utk menyuarakan pendapat.
Pak Ngah masih degil dengan idealismenya yang berlandaskan emosi, walaupun dia acapkali menekankan ‘logik’ dalam statementnya. Kami redha.


Berlagak menjadi Umar Abd Aziz supaya tiada gharar(uncertainty) dlm urusan jual beli

Selang sejam selepas itu (Pak Ngah punye ceramah approximately sejam, nasib baik takde iklan mcm kt TV, klau tidak 2 jam jadinye), penulis mula mengorak langkah menuju ke pasar malam (padahal tak sampai senja lagi pun). Maka, termeterailah jual-beli durian (RM5) dan jual beli CD halal (RM10 / 3 = RM3.33). Kami pulang ke rumah dgn hati girang. Sambil tuh, sempat melihat projek rumah tersusun di Sri Rampai. Projek rumah tersusun itu sudah berusia lebih daripada 15 tahun. Rumah je nampak usang, namun, income isi rumahnya boleh tahan jugaklah. Melihat kereta-kereta yang ada di kawasan tersebut, penulis tidak mampu memforecast ataupun mengestimate kan income each household. Conclusion, jangan underestimate & cannot judge the income by its home.


Berlagak menjadi Umar Abd Aziz meskipun agak terdedah, meneliti kehidupan rakyat


Kemudian, kami berkunjung ke kedai basikal. Repair2, modified makgat, letak karburetor racing, adela dlm RM15.

Cost incurred = RM3 + RM1.50 + RM0.30 + RM5 + RM3.33 + RM15
= RM28.13


Cuba membantu dgn tujuan memurahkan harga servis, tanpa mengira kasta

9.00 pm

Kenapa penulis tak ingat ape penulis buat mlm Sabtu? Ooh, kerana penulis menonton Siaran Langsung Olimpik, final 100m. Kagum betul melihat Usin Bolt dari Jamaica memecahkan rekod dunia 100m. Sebelum itu, Majalah 3 memaparkan rencana mengenai ‘manggis’. Dalam keasyikan melayan karenah TV, Mijie Say yor tibe-tibe menerjah masuk pintu rumah. Meskipun tinggal di rumah sendiri, Mijie Say Yor sering memaksa kawan-kawan utk menemani dirinya makan malam. Entahlah. Seperti yg disangka, Mijie memaksa kawan-kawan utk menemaninya makan. Memang dia lapar, kerana Mijie Say yor baru balik dari lokasi penggambaran bertempat di Sunway Pyramid.

Di ‘kubur’ (port makan awek2 UIA bersama pasangan2 mereka), penulis terpaksa memesan makanan. Seperti biasa, sup tulang dan nasi putih menjadi santapan (RM 8 - termasuk teh ais). Kami pulang ke rumah, masih lagi dgn hati yang girang-gemirang. Singgah sebentar di 7 eleven utk membeli barang keperluan (RM 5). Tiba-tiba Asun ada di rumah.

Cost incurred = RM8 + RM5
= RM 13


Sunday (17 August 2008)
1.00 am
Tidur nyenyak.

Sunday (17 August 2008)

9.00 am

“Alamak, matahari dah keluar dulu,”hati penulis tersedak. Fuhh, hilang masa weekend kt tidur jer. Melihat Ahmad Shamil Fitri (masih lagi adik doktor Zaki) yang lena diselimuti kulit sejenis haiwan, penulis berasa lega. Takdelah loser sangat, haha..

No cost incurred

11.00 am

Penulis dipaksa secara luar tabii oleh Asun & Ahmad Shamil Fitri. Dipaksa ke kenduri kahwin (kenduri Pinky & AC di sini). Mereka berdua bukanlah betul-betul mengajak penulis, cuma mereka mahukan penulis turut berkongsi kesedihan & penderitaan yang mereka alami. Maklumlah, kenduri kahwin adalah tempat gembira utk bertemu kawan-kawan, dan juga tempat utk yang teruna menyiksa diri sendiri dgn menyaksikan kawan/ex2/secret admirer di pelamin tersebut. Penulis menolak invitation mereka dgn penuh hikmah. Akibatnya, penulis terpaksa berbasikal utk lunch berseorangan di depan rumah (RM5.00). Melihat rambut yang semakin mengurai dan berdandruff, penulis singgah sebentar di saloon mamak tanpa izin. Rambut digunting, Beard dishaven. (RM10). Cycling beb, no petrol cost, haha.

Cost incurred = RM5 + RM10
= RM 15

Penaja Lunch: Abe Nasi Dage Catering, Wangsa Melawati (Tapi hok ning buke nasi dage deh)

4.00 pm

Mijie menerjah lagi. Kali ini bukan terjah, terkam rasenye. “Jom, gua rasa gian nak layan Galaxy!” Jerkah Mijie Say yor. Pergh, agak kurang haja jerkahan mamat nih. Boleh tahan gak ah pitching die, tak ke laut, tapi ke Danok. Gua pun balas balik (penulis kalau marah, terus tukar jadik ‘Gua’) “Lu pehal paksa-paksa gua!!” Tiba-tiba nada Mijie berubah menjadi Nada Murni, “ok lah, kita layan showroom.” (Aktiviti ini terpaksa dicensored utk jadi sources for the future blog, hehe). Tahu-tahu je, around 6pm, Mijie menculik penulis dari showroom ke Galaxy. Melayang RM8 (tiket menyaksikan sneak preview Don’t Mess with Abang Zohan). Kalau dah ke Galaxy, tak sah kalau tak lepak di Korea. Nasi lemak sekolah,sotong & the tarik crewz memang mengasyikkan. (RM5)

Cost incurred = RM8 + RM5
= RM13


8.55 pm

Di rumah, melihat Lee Chong Wei dibelasah memang memedihkan hati. Secara pantas, penulis menukar channel. Tak sanggup rasanya melihat Super Dan bermain kow-kow menganjing Malaysia. (Olimpik, Final Badminton Single – Man, Lin Dan VS Chong Wei). Selepas mengusha internet beberapa detik, penulis lapar. Apa lagi, mengerah tenaga (berbasikal la) ke 7 eleven, lantas penulis menyambar Laici Drinho & bihun goreng yang baru sampai (untuk makluman, stok bihun goreng sampai ke7 eleven branch depan umah penulis around 11pm). (RM1.20 + RM1.80).

Cost incurred = RM3


Isnin (18 August 2008)
1.00 am
Tidur nyenyak.


Tersurprise dgn calculation sendiri sehingga tersandar di peti ais Client

Summary:

Actual Cost

Saturday : RM 28.13 + RM 13 = RM 41.13
Sunday
: RM 15 + RM 13 + RM 3 = RM 31

Total
(Saturday & Sunday)
: RM 41.13 + RM 31 = RM 72.13

Budgeted Cost
RM 50


Budget Surplus/ (Deficit) : Budgeted Cost – Actual cost
: RM 50 – RM 72.13 = (RM 22.13)

Conclusion: Menyesal aku tulis blog nih, cis..kene cover balik RM 22.13 tuh..

1 comment:

ili.aspar said...

topik2 yg cube diketengahkan oleh en prosper sgt menarik perhatian. disulami lawak2 yg begitu tersirat maknenye. well done!