Monday, July 28, 2008

So lucky kah??

Hari nih penulis jadik good listener. Chezzo kate 'fast learner', tapi kami kate 'good listener'. Nih bukan kisah penulis, tapi kisah ni memang best. Cube la layan. So lucky kah??

Siapa sangka, kawan penulis yang dulunye bekas legend, dah jadik legend balik. Ok la, die baru angkat Toyota Vios baru-baru nih. Memang gempak dowh. Semua orang kagum. Penulis saje je slow down, pillow talk dgn kawan penulis nih. Penulis bertanye, " Raslan (bukan name sebenar), sejak ko ade Vios 2 minggu yang lalu, hidup ko nampak ceria dan hepi," penulis cuba memulakan langkah (ceh, mcm first nite plak, haha)..Kawan penulis tuh merespond, "Azrie (nama penulis yang sebenar), yg indah memanglah di mata org, but the other side of story, ntahlah=( ,"Raslan mengeluh sambil merenung ke luar jendela utk mengintai ape yang terjadi di jendela rumah sebelah.

Betullah, lepas penulis dengar citer Raslan(bukan name sebenar lagi), ade jugak yang tak hepinye. Telinga dan fikiran penulis focus terhadap segala butir bicara Raslan (mmg bukan name sebenar) tatkala kami masing2 berkain pelikat diatas katil masing2. Di ulangi, katil masing2. Dengar kan lah luahan hati beliau:

"Tak pernah gua terfikir beb, akan pakai kereta buatan negera matahari terbit. Dulu cuma angan2, bila dah berkerjaya dan masih loser (single), angan2 tu dah jadi cita2. Sikit demi sikit duit gua kumpul.. penuh sabar gua menanti duit pelaburan meningkat hari demi hari (pelaburan akhirat tak gua lupa)."

"16 July 2008, bermula lah kisah hidup gua bersama jentera baru. Thanks atas semua sokongan moral dan financial dari family aku (along especially). Kereta baru gua mula memutar kan roda di atas jalanan (binawe punya salesman, lembab). Fuhhh~ sedap bai... Malam tu jugak gua bwk 'bini' baru jmpe mbr. concept gua, being the last to knw is sucks. so, kena la bwk kawan2 kan."

"Nampak bergaya beb... ke hulu ke hilir dan ke kubur (bukan ke neraka). Hamburan pujian yg ikhlas dari sahabat dan juga masyarakat gua terima."

Usamah (jiran depan): Baru sesuai ngn kau Lan!
Macha (ofismate): Wah, lepas ni elya harun sangkut la!
Abe kubor (tauke restaurant): Baguh Lan, panda pileh kaler...
Makcik jual manggis: Wah, bagus kereta jepun. Makcik pun pakai..

"Nampak hebat? nampak kaya? nampak mewah? Haha... tak seindah yg mereka lihat beb. Jatuh duduk tertelan tersedak tersusun terabur gua bukan org nmpak. Di sebalik pakai segak tali leher cecah kepala tali pinggang ini mcm2 suka duka yg gua kena tempuhi. Bila dibanding beza dulu ngn sekarang boleh tahan jugak dugaan hidup yg gua kena terima. Gua summarize sket la eh kasi korang yg tak minat Novel Kenari (miji minat) masa muda2 dulu faham gua:"

Sebelum
Monthly statement credit card gua tak pernah ade balance lepas gaji
Selepas
Nak bayar suku pun gua cuak2...

Sebelum
Janji ngn mak dapat keta baru nk balik kampung
Selepas
Nak pikir kuar duit bayar tol. Minyak.. JB bai...

Sebelum
Igt dah pakai keta baru minyak boleh save.
Selepas
Celah mane minyak nk save. Ke hulur ke hilir merayau ibu kota. Harga
minyak pun leh tahan bangsat nye.. Thx US! u guys fucking great!

Sebelum
Miji bagi deadline lepas keta tentu gua dapat awek. Azri kate within d first week gua dapat awek. Ngn sape2 pun tak kisah.
Selepas
Weeknd gua dok sorg2 jugak kat umah sbb org lain dating ngn awek.. Gua?
Kemas umah ngn basuh pinggan mangkuk paiseh (housemate)... basuh toilet ches (housemate merangkap hairstylist).

"Sounds pity rite? Adakah gua (Raslan) gelojoh dalam segala tindakan gua buat? Let me share u my analysis."

"BNM mula mencadangkan pendekatan utk mengurang kan beban bank dgn mengumumkan kadar BLR baru. Interest keta gua 2.4%. Interest skang 3.9%. I win!"

"Kereta lama telan minyak gua rm50 utk 4 hari. Keta skang rm30 utk 4 hari. I win!"

"Kawan2 ngn family dapat tumpang keta gua ke hulu ke hilir. Kalu diorg happy. I win!"

"Insyallah gua naik pangkat and gaji dlm bulan Sept. I will win!"

"Duit Mten akan masuk? berapa byk? Byk beb... I win again!"

"Car pool utk ke client. Gua la yg kena drive. Mileage claim dah naik. More mileage, more masyuk. I win!"

"Gua tak ade kesimpulan utk dikongsi. Mahu pun moral of the story untuk di story. cukup lah utk aku kata kan di sini jgn lupa asal usul. di mana bumi di pijak, sampah sarap jgn la di buang merata. Kite doa la jugak, insyaallah."

Akhirnya, Raslan habis bercerita..."Azrie.. Azrie.. Mangkuk Jamban! dah tido.."
(Penulis didapati berada dalam posisi yang mencurigakan di atas katilnya..)

No comments: