Monday, July 21, 2008

The Return of the Legend

Legend 1


Mijie a.k.a Say Yor..suku kaum berkulit kuning langsat yang hampir lenyap di jumpai di estate kelapa sawit selatan Australia. Satu2nya ahli puak yg di kenali dengan sikapnya yang tak pandai guna 'Hainze' (hand). Makanan kegemaran masakan minang. Sering dilihat berulang balik ke Danok atas urusan perniagaan tembakau dan sumber manusia. Menyerahkan segala urusan jodoh dan kontrak sosial kepada ibu yang sgt mengambil berat. Pernah di culik Geng Kereta Merah dan Geng Kereta Sport di hujung minggu tanpa sebarang wang tebusan. Fail di buka oleh BPR setelah beberapa geran tanah dan pangsapuri mewah di jumpai di premisnya.



Legend 2




Legend 2: Imam Hanifi (Mazhab Abi Fin, Al Bosuthawi)

Hanifi, dilahirkan di Besut, kota ajaran langit, memiliki kelebihan menghabiskan prepaid semasa memasak. Keajaibannye, sehingga mampu memasukkan besi ke dalam lututnya. Lebih kepada meneruskan ajaran Abudzar, Hanifi berupaya mengembang dan mempraktikkan Mazhab Abi Fin dalam bentuk kalimah cinta. Kitab-kitabnya (Perpustakaan Jamal Amin), digunakan dalam dialog-dialog pementasan Romeo & Juliet (sila rujuk kisah Ieman dlm filem Sepi).

Legend 3



Legend 3: Abudzar (Tsar)Lagenda pesisir Selat Melaka yang diriwayatkan berulang alik ke Utara Perak untuk meriwayatkan ayat-ayat cinta suku abad yang lalu. Kini ditemui merayau2 di majlis kenduri kendara di bawah program kuarantin 'meja bujang looser'. Sumbangan beliau dalam bidang kesusasteraan Melayu (terutamanya pantun 2 kerat) di tambah karya agungnya 'Aku & Sesuatu', ' Aku yang Bertuah' (dikarang di dalam tahanan GuaTakNakMao) menjadikan beliau di angkat masyarakat Timur Puchong. Juara Marathon berganti2 di layar perak merentasi bangunan2 Damansara Triangle (Satu Utama, Lengkungan itu dan Jurang Tengah).



The Return of The Legend



Friday, 21 July 2008.

Dilahirkan di lorong kecil sekitar gerai beriani gam pertengahan abad ke 18 barat daya Laut China Selatan. Memiliki wajah yang sama macho seperti penulis dan digilai gadis kerana 'soft spoken' dan statusnya selaku adik seorang doktor yang menjadi kebanggaan keluarga tercinta. Pernah di kesan merayau2 di majlis tari menari dan kenduri kendara (tanpa program kuarantin 'meja bujang looser' kerana sering ditemani gadis2 manja).
Seorang abang yang penyayang (penulis di larang sama sekali menghampiri kawasan UKM, Taman Tasek Titiwangsa dan UM, Kolej Pertama). Pernah kehilangan geran 'Tut-Tut'nya yang berplat J**C*P.

Rekod terkini, New Machine..What a Real Nuts!!!
The Return of The Legend...








No comments: