Saturday, October 24, 2009

DUN Villa Wangsa Melawati

Harta Karun di VWM

Sebelum
Selepas

Sebelum

Selepas

Sebelum

Selepas
Dari tinta YB VWM (Ucapan Peletakan Jawatan Wakil DUN VWM (Januari 2007 - November 2009)


Pagi Sabtu. Selepas beriadah di Titiwangsa seperti jadual minggu - minggu yang lepas. Saya kembali ke Villa Wangsa Melawati (VWM). Dengan niat untuk berehat seterusnya mengikuti isu - isu negara melalui media massa dan media baru berkaitan bajet 2010.

Melihat kondisi di kawasan DUN VWM, saya gusar. Tugas yang diberi dan diagihkan tidak terlaksana. Namun saya sedar, menjadi tanggungjawab saya apabila dipilih menjadi wakil kepada VWM, saya bertanggungjawab apabila berurusan dengan hal - hal dan masalah - masalah sebegini.

Saya sedar, sebaik sahaja dipilih secara total dan musyawarah, saya perlu melaksanakan tugas sebaik mungkin. Dan cara pemilihan yang dianjurkan jelas menyatakan bahawa saya sememangnya dipilih untuk berkhidmat di kawasan DUN VWM.

Kepada YB di parlimen / DUN yang lain, saya tidak pasti dengan cara anda berkhidmat. Namun, saya sentiasa berada di kawasan saya untuk memastikan kebajikan DUN VWM terjaga. Dan saya akan pastikan tugasan yang diberi kepada pemimpin tengah VWM seperti Paiseh Dekonstruksi, Shamil Singular, Daus Yunan & Chezzo Salonku dilaksanakan. Seperti yang pembaca fikirkan, saya tidak mungkin dapat melakukan semua perkara seorang diri, dan saya memerlukan satu pasukan yang sentiasa berkemampuan dan mampu berkerjasama untuk membangunkan DUN VWM.

Namun begitu, apabila terdapat ketirisan dan beberapa masalah, saya pasti dipertanggungjawabkan, dan saya merasai kebertanggungjawaban saya dalam melaksanakan tugas sebagai wakil VWM. Antara tugas - tugas yang dipandang remeh namun membawa kepada impak besar dalam kehidupan saya sebagai DUN VWM adalah seperti berikut:

1) Sekiranya terdapat bayaran sewa VWM yang lambat dijelaskan oleh salah seorang ahli VWM,

maka saya dikehendaki mendahulukan duit sewaan rumah terlebih dahulu kepada Tuan Punya VWM. Ini akan menjadikan aliran tunai saya sedikit terganggu kerana terpaksa membayar bahagian ahli yang belum menjelaskan sewa tersebut. Namun, berdasarkan rekod VWM untuk 4 tahun yang lepas, sewa yang dijelaskan sentiasa menepati jadual walaupun kadang - kadang tersasar namun tidaklah membebankan. Syabas diucapkan.


2) Isu kebersihan seringkali menjadi bebanan. Masalah ini sentiasa mengganggu gugat kehidupan sehari-hari di DUN VWM. Antara kelemahan yang dikenalpasti menjadi punca kepada masalah yang timbul ialah seperti berikut:


i) Tiada jadual pembahagian tugas yang teratur.

ii) Sikap tidak positif seperti tuding menuding jari dan 'tak ambil kisah' ahli - ahli VWM sendiri.

iii) Masalah sikap dan tabiat, termasuklah cara seseorang dibesarkan, anak ke berapa dsb.

Seperti gambar - gambar hiasan di atas, sepanjang bertugas selama sebagai kepala VWM, saya tidak dapat menafikan bahawa saya juga tidak dapat lari daripada sikap lalai untuk menjaga kebersihan di kawasan VWM. Namun begitu, ini tidaklah menjadi alasan kepada saya untuk terus melupakan tugas membersihkan VWM.


Tugas membersihkan VWM basically seperti membasuh pinggan mangkuk kuali, mengemaskan meja, menyapu saloon (Chezzo), menyapu rumah,membuang sampah dan mencuci bilik air ini sering dilakukan on 'voluntary basis.' Pujian harus diberikan kepada bekas - bekas ahli VWM yang sememangnya menjadikan 'kebersihan' VWM sebagai jadual mingguan mereka seperti Arip Samat, Bendul, Che Hassan dan sebagainya. Namun, pengunduran saya pada NOV 2009 menjadikan saya gusar kerana semangat menjaga kebersihan secara 'voluntary basis' semakin hilang dan beransur - ansur lesap ditelan kemalasan.


Ingatlah, seperti mana kata pemimpin - pemimpin yang lain, 'belajarlah daripada sejarah.' Oleh itu, sayugia saya ingatkan, bahawa pengunduran bekas YB Nadzir yang memegang mandat DUN VWM setahun adalah didorong oleh masalah kondisi kebersihan persekitaran yang tidak memuaskan. Ini ditambah lagi dengan komen jiran VWM sebelah kiri yang sekarang ini tidak bertegur - sapa dengan penduduk VWM meskipun anaknya tak cun. Oleh itu, diingatkan meskipun undang - undang VWM agak fleksibel, (dengan tidak meletakkan jadual pengagihan tugas mengenai kebersihan VWM kerana saya percaya 'voluntary basis' masih mampu mendisiplinkan penduduk VWM), ingatlah kebersihan memainkan peranan penting dalam kehidupan penduduk VWM. Jalankanlah peranan masing - masing, kerana di VWM, kepentingan semua mestilah melebihi kepentingan sendiri. Ingat juga bahawa beberapa bekas ahli VWM yang secara rela hati bertindak berpindah ke DUN lain kerana meletakkan kepentingan sendiri melebihi daripada kepentingan semua spt Hazly , Anep dan sebagainya. Tidak salah, namun apabila kepentingan sendiri terlalu menjadi keutamaan, anda dinasihatkan untuk mempertimbangkan perasaan dan hati kepentingan orang lain di VWM.

3) Pemindahan dari DUN VWM ke DUN lain


Keadaan di VWM agak 'messy' (dengan izin) terutamanya apabila harta peninggalan dan warisan oleh bekas - bekas ahli VWM seringkali ditinggalkan menjadi artifak sejarah, namun tidak pulak bertukar menjadi petroleum. Oleh itu, saya menyarankan (bermula dengan diri saya yang bakal meletakkan jawatan Nov 2009) agar semua barang dilupuskan bagi mempastikan VWM nampak lebih teratur dan lebih selesa. Saya juga berjanji akan melupuskan semua barang saya daripada wilayah VWM, kecuali sekiranya ahli - ahli VWM sekarang bertindak untuk mewarisi barang peninggalan saya.

4) Bil elektrik, bil air, bil Astro dan bil internet


Bil elektrik - antara isu yang turut sama pentingnya di sini ialah mengenai kadar penggunaan elektrik. Sepanjang saya menjadi wakil VWM, bil elektrik boleh dikatakan berada dalam lingkungan yang agak tinggi, mencecah RM80 - RM 100 bagi setiap bulan. Ini mungkin disebabkan dengan kadar penggunaan komputer/laptop yang agak tinggi (seorang ahli VWM = 1 laptop/pc) dan juga ketidakeffisien (inefficiency) dalam penggunaan elektrik seperti pembaziran elektrik yang seringkali terjadi seperti tidur tanpa menswitch-off lampu,lampu dan televisyen yang terbiar tanpa digunakan dan lain - lain. Oleh itu, saya selaku pembayar bil elektrik seringkali menampung baki pembayaran yang tidak dapat dijelaskan melalui hasil kutipan sewa. Sebagai contoh;



Nota: RM160 X 5 ahli = RM800 (kutipan bulanan)

RM800 - RM750 (sewa bulanan) = RM50*

*RM50 akan digunakan untuk bayaran bil elektrik dan bil air. Purata bil elektrik bulanan = RM80, purata bil air bulanan RM10.



RM80 (bil elektrik) + RM10 (bil air) - RM50 (seperti kiraan di atas) = RM40^

^Jumlah yang saya keluarkan setiap bulan untuk menampung kekurangan bayaran.


Namun begitu, pujian harus diberikan kepada Shamil Singular yang menyediakan kemudahan ASTRO sebanyak RM60 setiap bulan, tanpa kutipan daripada ahli VWM.

Dan juga saudara Chezzo yang menyediakan kemudahan internet tanpa wayar secara berbayar kepada ahli VWM.

5) Pembelian barang - barang keperluan dan kehidupan sehari - hari



Antara isu yang mungkin tidak diumum namun turut diketengahkan di sini ialah pembelian barangan seperti barang dapur, toiletries dan sebagainya. Ini juga turut dilakukan secara 'voluntary basis.' Kredit harus diberikan kepada Paiseh yang seringkali membeli barangan dapur dan menyediakan masakan setaraf masyarakat Pattani, namun agak bermasalah dengan kuali berminyak yang ditinggalkan, mungkin untuk menjana petroleum keperluan negara seperti negeri asalnya. Sepertimana toiletries, juga turut disumbangkan oleh Hasrat (bekas VWM), dan sekarang disumbangkan secara beransur-ansur oleh ahli - ahli VWM. Ini juga perlu diambil berat oleh ahli VWM dalam mengekalkan keharmonian di VWM.




Harus diingat, setiap ahli VWM sebenarnya memiliki sumbangan secara tersendiri, tanpa perlu diberikan arahan dan hidup harmoni secara fleksibel tanpa perlu bergantung kepada sebarang kod etika, perlembagaan dan undang - undang kerana ISLAM masih di hati. (sepanjang 4 tahun di VWM; tiada perlakuan zina, tin - tin arak, penagihan dadah dan hubungan luar tabii direkodkan. Juga terdapat satu sejadah di VWM).


Hubungan erat yang terjalin melalui aktiviti riadah secara Islamik di KL Racquet Club, aktiviti Karaoke berjemaah, berbuka puasa di Masjid ketika sengkek di bulan Ramadhan, video - video termasuklah Video Nobody Armpit Arip, Bersahur ayam rebus ala Nad gim bersama Awie, Potret Medi konvo, Menggoreng Nasik bersama Ijan dan Arip pukul 4 pagi, Berblogger bersama Dekonstruksi, menggunting rambut ala - ala Chezzo, bergayut dgn Hanip sampai tertido, Memperlahankan kipas bersama Che Hassan, menyorok maggi bersama Hazli, berSUMPAH (Arip, Shamil, Chezzo, Daus, Paiseh) di youtube, Berganjahannam bersama Hasratul Jahannam, berdiskusi ilmiah tentang perihal Yala bersama Shamil Singular.

VWM sentiasa menjadi kenangan saya sepanjang hidup kerana hanya satu-satunya DUN bujang yang saya duduki selepas tamat pengajian.

Dengan ini, saya mengumumkan bahawa saya, Azrie Hafiz akan menuruti jejak langkah Nadzir (VWM 2006), Ijan (VWM 2006), Hamdi Halim (VWM 2006), Arip Samat (VWM 2006 - 2007), Bendul a.k.a Saiful Nazri (2007), Hazli LC (2007), Wahid Rusila(2007), Maliki HKL (2007), Che Hassan (2008), Anip Yala (2008), Hasrat (2008 - 2009) dengan berpindah dari DUN VWM, atas sebab perkahwinan di luar mukim.

Semoga VWM terus harmoni dan sejahtera di bawah pengurusan baru (AGM 31 October 2009)

Salam 1Malaysia.


AZRIE HAFIZ B AZMI

(VWM Jan 2006 - Nov 2009)

7 comments:

Aima Othman said...

hahahhaha....kreatif sungguh :D syabas syabas :D slamat penganting baru :D

Alcapone said...

aku hampir menitiskan airmata selepas membaca entri kali ini..

Im Single said...

hiba gua... YB, kami ahli mukim akan merindui aksi tidor YB.

Che Hassan said...

saya sebagai bekas ahli VWM sangat menyokong bahas yb.(sambil ketuk-ketuk meja tanda setuju)

paiseh said...
This comment has been removed by the author.
paiseh said...

gua nak koyak surat ni.. pastu nak usulkan YB terus berkhidmat di VWM dengan timbang tara toh puan YB nanti. agak2 dia stuju x??

M.a.A.s said...

gua percaya kepimpinan YB di VWM akan diteruskan di DUN baru...semoga YB akan terus maju di DUN tadbiran yg baru...