Saturday, April 25, 2009

Jalan - Jalan di PJ. (Classic 2001)





Satu hari lepas semayang Jumaat.

Semayang Jumaat di Masjid Matrik UIA.


Lepas Jumaat, makan nasik ayam di kolej ABC.
Saya kolej ABC.
Berkain pelekat. Manelah tahu ade siswi-siswi yang tastenye lelaki
berkain pelekat.

Saya tak main area2 UKC.
Kolej UKC area - are WUFI. Tengoklah ape jadi ngn kekawan UKC saya.
semuanya Islam sewaktu di Matrik. Sekarang. Entahlah.


Sambil berkain pelekat, saya makan nasik ayam. Dengan Mail Karim. Kami berbincang.

"Mail. Malam ni aku ade plan. Mcm bese."
"Ya Azrie. Apa plan?" soal Mail* dalam loghat utara.



*Mail seorang pelajar yang memiliki rekod jenayah melampaui batas. Namun hatinya lembut dan hitam. Memiliki pengalaman bersekolah di semua SMKA di Pulau Pinang. Kerana dibuang di semua SMKA2 tersebut.Namun menjadi pelajar terbaik di SMKA terakhirnya di waktu Form 5. Mampu join SMKA lain kerana kabel bapaknya.Kelakar? Tak, serius.


"Aku dengar, ade movie baik punya malam nih. Jadi, kita guna laluan biasa."Aku membuahkan idea.

"Aku setuju. Duit biasiswa aku banyak sgt nih. Risau kalau2 tak habis.Apa tajuk movie tersebut?" Mail takabbur.

"Aku rase. ada perkataan2 lord dgn ring." Saya menjawab dgn serius. Tiada pengetahuan pada masa itu kerana tidak membeli surat khabar setiap hari mcm sekarang. Nak buat camane, prepaid hotlink paling murah RM60. Siap boleh jadik negatif RM33. Memang muflis. Topup RM60 balik, dapat RM27 je. Gilo apo.

Selesai makan.
"Azrie, belanja aku.Malam ni, jumpak lepaih Maghrib.Kita lompat sama - sama. Haha" Mail gelak rakus. Memanglah Mail risau duit tak habis. Kedekut nak mampuih. Kedekut piang.











Waktu : 1am

Lokasi: PJ

Kejadian: Berjalan balik ke matrik UIA dari Mid valley.Terpaksa mengikut jalan Bas. kerana tiada pengetahuan 'shortcut' dan sebagainya. Dari Mid Valley, lompat ke Jalan Bangsar, lalu traffic light di TM, berhenti kerana lampu merah. masuk Federal Highway.Singgah sebentar di Vista utk minum air. Lintas Federal Highway, lalu PPUM. Seterusnya berjalan ke matrik.Tertanggal kasut dikejar anjing.Lompat pagar belakang Masjid. Baju Mail koyak tersangkut di pagar.

Alasan kepada terjadinya kejadian di atas:

i) Tambang teksi doublecharge waktu tgh malam. Duit banyak konon.
ii) Tayangan Lord of the Rings mengambil masa selama 3 jam rupanya.

Saturday, April 18, 2009

Classical 2003 (2003 pun classic ke? Eh, dah 6 tahun dah).

Satu hari. Di bulan puasa. Ramadhan. Takkan Zulhijjah pulak. Apetah lagi bulan bintang sang suria (sila rujuk Lagu nyanyian Iwan bertajuk Fantasia Musim Cinta).



Azrie, Abu, Shamil, Jibo, Mijie.

Berlima. Jelas kesengkekan mereka.

Kalu compare dengan 'tiga penyiasat' spt Siri - siri Enid Blyton di waktu sekolah rendah dahulu,
mereka di atas walaupun berlima masih sengkek.





Jadi. Abu yang pandai masak mengambil langkah drastik. Abu memperkenalkan stimulus pakej.
Kangkung belacan. Telur dadar. Nasik.Menu untuk berbuka puasa.
4 orang yang lain mengangguk lemah. Semua mengharapkan Abu untuk memasak menu tersebut. Abu redha. "Mardhatillah," kata Abu.






Azan Maghrib. Berkumandang. Ke udara. Berbukalah lima sekawan.
Walaupun tidak kenyang. Cukuplah.
"Berhenti sebelum kenyang, itulah umat Islam yang sebenar," Shamil bekas Naqib Syahir Che Sulaiman mengingatkan 4 lagi rakannya sambil meneguk air kosong.








Sebaik sahaja selesai Solat Terawih (version 8 rakaat). Azrie bergegas ke Restoran Air Gelas Besar. Azrie masih lapar. Di sana, Azrie terjumpa Abu, Jibo, Shamil dan Miji yang sedang rakus melahap Ikan Siakap Tiga Rasa, Tom Yam Poktek, Kailan Ikan Masin dan Jus-Jus Jumbo.

Classical 2004. (2004 Classic ke? Eh, dah 5 tahun dah..)


UIA. Mahallah Ali.


Bergema suara si Arip (Nama sebenar pun Arip) di Blok D Kolej Ali. "Burger, burger. Seringgit satu, Seringgit satu."




Begitulah lumrah kehidupan di Uni. Masing - masing cuba menambah income dgn cara tersendiri. Nak harapkan duit PTPTN. alamat tak berhenset daun atau sabunlah anda.
anda akan diketepikan oleh kawan - kawan. anda sama darjat dengan paria.


Kereta Sewa. Direct Selling. Part -time katering. Banquet Hotel. Part time Survey. Burger King, KFC. Anak ikan. Malah, ada yg jadi gigolo. semuanya kerana inginkan gaya hidup yang lebih urban. Tak caye tanye Noni (bapuk Haji Taib).



Tapi Arip bijak. Arip melakukan kerja yang halal. Anak halallah katekan. Arip mengambil kesempatan di atas kemalasan para bakal graduan. Kemalasan untuk turun membeli makanan. Terutamanya di waktu exam.
Arip tidak perlu study. Arip sudah sedia bijak.


Arip menjaja burger dari bilik ke bilik. Dimarkup kan harga burger tersebut. Harga kos bersamaan RM0.80. Harga jual? pastilah RM1.00.

Untung? Sudah tentu. RM0.20 utk sebijik burger. Masih untung.




Suara Arip makin hampir. Makin hampir ke bilik Azrie dan Ijam yang tgh sibuk study.
Azrie dan Ijam perlu study. Mereka tidak bijak. Mereka cuma rajin.



Arip menjerit dari luar bilik," Woi, belilah burger nih. Ade 10 bijik je lagi.Penat aku jual nih."
Azrie,"Kalau penat, ko singgahlah sini dulu.Aku ade bancuh Nescafe nih."





Sejam kemudian.

Burger - burger Arip habis dimakan oleh Azrie, Ijam dan Arip sendiri. Arip membeli kesemua 10 bijik burger yg dijualnya, setelah dipaksa oleh Azrie dan Ijam. Arip untung RM0.20 X 10 bijik burger = RM2.00. Arip bernasib baik dpt menghabiskan jualan burgernya malam itu. Semuanya hasil pertolongan Azrie dan Ijam. Bilik Azrie dan Ijam memang punca rezeki.


Sunday, April 12, 2009

Pencari Kerja.


Hasrat. Housemate rumah saya.


Kerjanya. Assistant Lecturer di salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi Awam.
Hasrat bangga apabila students wanita dalam lingkungan usia 1st year memanggilnya.

"Sir Hasrat, Good Morning."
Hasrat membalas. (Loghat utara)
"Baik - baik je. Tak yah panggil Sir, kata ganti nama Abang Hasrat pun sedap jugak."

Berumur 26 tahun. Dengkurannya ngeri.





Baru - baru ini.

Apabila Lecturer yang diassist oleh Hasrat sudah pulang ke obersea untuk
menyambung pengajiannya, Hasrat terpaksa mencari kerja baru.

Jadi, Hasrat sudah tiada kerja.




Satu malam, saya pulang ke rumah. Hasrat tgh layan internet.
Saya menyapa,"semangat gile lu cari kerja. dah jumpe?"

Hasrat membalas,"susah lah cari kerja sekarang. tensen betul. baik aku keluar lepak minum." Hasrat meninggalkan PC. Internet masih terpasang rapi.


Saya terus menggantikan tempat Hasrat di PC tersebut. Saya tergamam.








"Sejak bila Vivid Entertainment, Tube8 dan Redtube jadi website cari kerja nih?" getus hati saya.

Sunday, April 5, 2009

Atas Jalan.



Aku. Selalu drive. Ke mana - mana pun, aku always drive.

Problem. KL selalu jam. So, drive pun jadik buhsan.



Kadang - kadang. Balik raya. Travel gi Langkawi time cuti sekolah. Balik kampung lewat malam.
Mengantuk mase drive.



So. Kalau buhsan. Aku selalu main game. Gamenye.

Tengok plat kereta orang lain. Lepas tuh, main lah. Lagi syok kalau ade ramai kawan dalam kereta kita.Meriah berdarah.Boleh main ramai - ramai.


Contohnya. Keter kawan - kawan.

RF = Real F*ck. (Abutang)

BFL = Buffalo. (Mijie dah jual kancil nih)

WJS = Wow, Jack As*. (Mijie beli Satria 2nd hand).

BEX = Bis*x. (Keter saper ntah)

WJL = Wanita Jelita. (Keter tunang.....)

WRN = What a real Nuts. (Shamil Singular)

JCP = Jancap (Shamil Singular dah jual Saga nih)



Contohnya. Keter - keter orang lain yg kitorang (aku dan kawan - kawan) jumpe atas jalan.


JBX = Ju*ox.

JHN = Jahanam.

WRF = What a real fuc*.

WRM = What a real MILF.

AGA = Agak - agak ah kalau potong tuh.

KBR = Kubur kata mari.

DR = Dara.

WHY = Wahyu.


Banyak lagi. tak tertulis.

Jadi, aku memang tak sabar. Kalau di KL (April 2009), plat keter yang baru keluar around WSA - WSY.

Tak sabar tunggu plat keter di KL . WTF.