Tuesday, May 26, 2009

Manis - manis disangka gula... Rupanya darah di siang hari...(Cerpen Bersiri - 2)



(disinetron II)

Secara pantas, aku meluru ke pintu bilik air. Sebagaimana pelajar2 Form 1 meluru ke dewan makan selepas solat berjemaah. Wuduk menggamit jiwaku. Namun...”gedegang!!!”.....


Pintu bilik air tidak mampu kutolak. Apekah...”Cis, gerangan bedebah manekah yg menconquer bilik air di kala syuruk begini...jangan-jangan, bini aku. ”hatiku mengomel comel, secomel pipi mamiku...”Celah mane aku dah kahwin?” Otakku ligat mengorek memori – memori bujangku. Kesimpulan. ”Cis, aku masih teruna lagi. Loser. ”


”Abu, sabaq la. Hang tu dah nak ’diikat’ esok lusa..,” pesan ibuku dari dapur. Pergh, bau nasik lemak lemoning dari dapur umpama bau kad kahwin. Harum. Merdu. Horny.

Seminit berlalu.

Adik keluar bersahaja dari bilik air. Dengan selamba, Adik mengacukan soalan.”Abang Abu kalut ni nak mandi bunga ka, nak mandi sabun ka, nak mandi lulur? Mentang – mentang nak diikat ditarik Abang Abu memang Da Bomb.”

Aku terkedu. Kepanasan.

(bersambung...)

No comments: