Wednesday, January 28, 2009

Kill 2 birds with one stone memang efficient, tapi kill 1 bird with two stones serentak memang stylo.



Situasi: Di dalam Lantis, perjalanan menuju Utara, tersangkut di dalam jam.



Aku: Kasanova, gua tau lu tgh drive. Tapi gua punye inquiry kuat lah, macam zaman Renaissance dlm buku Sejarah Peradaban Dunia Form 4 dulu. Dengar citer lu dah takde skandal sejak akhir-akhir ini, betulkah?

Kasanova XXLL: Tuh lah, economy dah down. Sandal pun susah nak dicari, apetah lagi skandal.

Aku: Takper, nanti market dah ok, job offer datanglah. Patah skandal boleh diganti, patah Kaisara takdelah Sari Yanti.

Kasanova XXLL: Ape kejadah nyer lu merepek nih?Aku dah tak main skandal-skandal nih, aku setia pada yang satu.

Aku: Allah?

Kasanova XXLL: La, itu memanglah kompem. Ko ingat Induisme is the way of Life ker?

Aku: Astaghfirullah, ke situ pulak. Lu jangan, gua nak upload dialog nih dalam blog gua nih. Kang reader depan skrin nih kate gua racism plak. Padahal gua Malaysian Raya.

Kasanova XXLL: Aku dah tinggalkan skandal-skandal aku.

Aku: Tak menyesal?

Kasanova XXLL: Bak kate M Naser, "gah sentosa tiada penyesalan, luas pandangan jauh dah berjalan,tak sempurna masih ada kejanggalan, gagal merancang, merancang kegagalan.'

Aku: Pergh, kosanostra betullah.

Kasanova XXLL: Aku nak mereka (yakni skandal - skandal tersebut) hidup dalam kenangan.

Aku: Betul betul betul. Biar 20 tahun akan datang, diorang call Sinar FM, dedicate lagu 'Masih Aku Terasa' dekat lu, dengan ucapan,

" kutujukan lagu ini khas buat skandal yang masih dalam ingatan meskipun saya dah punya tiga anak. Kepadamu, Kasanova XXLL.....Kau tetap dalam ingatan"

Perghhhhh, sadis.

Kasanova XXLL: (Menangis tersedu-aeroback, bukan sedan ye.)

Friday, January 23, 2009

Butterfingers - Lengkap Semula

Aku tak rase ini berita 'grand.'

Tapi bagi aku, ini sgt 'grand.'

Lagu Butterfingers, 'Lengkap Semula' dah keluar kt Xfresh fm (103.00).

Aku minat.

Memang aku tunggu lagu ni keluar kt radio.

Sebab ape aku minat?

7 jam drive (Taiping- Terengganu) dan 7 jam drive (Terengganu - Taiping), aku layan
lagu ni jer.

Favorite Brew


Guinness Anchor Berhad MD interview

Masa belajar dulu, saya ambik subjek ekonomi asas.

Buku teks cakap, 'inferior goods' a.k.a 'barang rendah diri' (saya suka - suka hati translate) ialah 'barang yang memiliki jumlah permintaan yang rendah sekiranya pendapatan customer(kita semua adalah customer) bertambah'.

Kalau tak paham, nah ambik nih:

an inferior good is a good that decreases in demand when consumer income rises

'barang rendah diri' (maaf, saya susahkan korang lagi) tak sama
dengan 'barang normal.'

'barang normal' ialah barang yang memiliki jumlah permintaan yang selari dengan kenaikan pendapatan customer.

Macam handphone sebagai contoh;
sekiranya income customer bertambah (e.g. mendapat bonus di hujung tahun, dsb), maka permintaan terhadap handphone bertambah.

.............

Jadi, extracted daripada interview di atas (klik pada tempat yang boleh di klik):

However, should the overall economy go into a recession, the MLM (malt liquor market) will decline.

We expect the MLM to be relatively flat, perhaps registering a modest growth.

With the current global financial crisis, people are changing their spending patterns where they potentially do not go for big ticket spending but will still spend on everyday things. We believe they will find ways to treat themselves to compensate forgoing certain luxuries and this would include relaxing at a neighbourhood pub or coffee shop with their favourite brew. Therefore, we do not expect too much impact on our business on this front.

.............

Konklusi saya: Krisis ekonomi menjadikan income customer (kita) terjejas.
Jadi, kita (customer) akan menukar cara perbelanjaan dalam kehidupan sehari-hari.
Kita masih enjoy, tapi dengan cara yg berbeda.
Kita akan melupakan enjoy secara mewah, tetapi kita akan enjoy secara rilexing dan dalam kos yang murah.
Contoh: Seperti enjoy sambil ditemani favorite brew? Haha.

Tuesday, January 20, 2009

Boikot je.

On da way balik keje, aku buat-buat beratur kt Kay Ef Siy. Saje.


On da way aku drive balik keje, aku lalu drive through Mek Di. Saje.

5 minit lepas tuh, aku nampak Care4 dari jauh.


Dah nak sampai umah, aku saje-saje masuk 7e. Aku nampak Coke.

Bukak TV cenel 712, ade rancangan disponsor Viktoria Sekret. Ahah.

Ade misscall. Nasib baik hp aku bukan Norkiah.

Hmm, letih la. Nak mandi.

Aku salin baju.

Fuhh, nasib baik aku tak pakai Koteq.

Alhamdulillah
.

Sunday, January 18, 2009

Yang Tersirat (versi Professional & Serius)



SHAH ALAM 6 Jan. - Seorang pereka grafik yang bertugas di Switzerland memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah di sini bagi menuntut gantirugi lebih RM70,000 daripada seorang wanita selepas pertunangan mereka diputuskan pada Disember lalu.


Sementara itu, Ahmad Nazib semasa ditemui di luar mahkamah memberitahu anak guamnya bertunang dengan Nur Diana atas dasar suka sama suka pada 4 Februari 2008.


Katanya, Muhammad Salleh yang berasal dari Melaka manakala Nur Diana dari Kuala Lumpur itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 17 Januari ini.


Bagaimanapun, anak guamnya telah menerima dua khidmat pesanan ringkas (SMS) dari ayah Nur Diana pada 4 Disember lalu mengatakan bahawa pertunangan mereka diputuskan tanpa sebarang alasan.


Berikutan itu, Muhammad Salleh membuat permohonan untuk menuntut ganti rugi kerana sebahagian daripada persiapan perkahwinan telah pun dibuat.





Soalan:

Bersempena dgn 17 January semalam, aku terfikir mengenai beberapa perkara;

1) Mengapa ayah perempuan tersebut menunggu sehingga December 2009 untuk menghantar 2 sms keramat tersebut? Sekiranya ada sesuatu peristiwa yang baru sahaja berlaku yang mengakibatkan pertunangan diputuskan,apakah peristiwa tersebut?

2) Bagaimana jumlah RM70,000 itu ditentukan? Adakah setiap pembelian dan perbelanjaan oleh pereka grafik tersebut direkodkan? Apaka dokumen-dokumen seperti resit2 pembelian disimpan rapi?

3) Bagaimana pula dengan kerugian emosi? Kos - kos lepas seperti pembaziran masa dan waktu, tanggungan sewaktu bercinta, dan sebagainya? Adakah rasional utk kos - kos tersebut diambil kira?

4) Aku terfikir, kes - kes seumpama ini semakin menjadi - jadi di negara kita. Apakah semakin maju masyarakat akan membawa kepada semakin kurangnya rasa toleransi dan semangat perdamaian antara kita?Apakah semakin berilmu masyarakat, semakin banyak kes - kes diheret ke mahkamah, seperti US contohnya?

5) Ya, tiada jodoh merupakan satu jawapan. Tapi dalam konteks ini, ia lebih menjurus kepada jawapan yang berbentuk 'excuse', ataupun alasan untuk tidak menjawab dengan lebih lanjut akan permasalahan di atas.

6) Apakah masyarakat kita (kaum Melayu khususnya), dahulu tidak mempedulikan apabila hak - hak dan tuntutan tidak dapat dipenuhi? Apakah Melayu sekarang lebih tegas dalam mempertahankan hak mereka?

7)Benarkah apabila RM70,000 tersbut dibayar, ia akan menyelesaikan sepenuhnya masalah di atas?

Kesimpulan:

Jangan main - main dengan kes - kes putus tunang, kahwin cerai sekarang ye. Prepare betul - betul, InsyaAllah hidup bahagia. Bende - bende yg unexpected pun boleh masuk court. Ungsangkerable betullah.


p/s: teringat kes kt US, ade customer saman 'Fast Food Restaurant' sebab kasik air panas. Padahal customer tuh yg order air panas tersebut (Contoh: Customer berkata, " saya nak Hot Milo.") Customer tu win that case, sbb that restaurant tak remind customer tuh yg air tuh panas. Huhu.

Saturday, January 17, 2009

Enjit - Enjit, Siapa Siapa sakit Naik Atas?


Butterfingers - Bebas





Aku just tunggu video klip 'Mati Hidup Kembali' jer. Hari tuh dah keluar kt Ria Sentral.
Encik Lapan, video klipnye sungguh patriotik.



p/s: 'Gadis Melayu' dah habis. 'Hamba' ditukar kepada 'Aku.'

Thursday, January 15, 2009

Ilmu tanpa amal umpama pohon tidak berbuah DAN sepohon kayu daunnya rimbun itu tidak sama maksudnya.

Hamba tak kisah. Hamba dah beramal.

10 sms hamba, jadi RM 1 telah disumbang ke Gaza.

Khusna, kau tetap Gadis Melayu.






P/S: Aku nak boikot Gadis Melayu. Aku harap, tahun depan ada rancangan baru. Khunsa Melayu. Kompem aku vote.

Saturday, January 10, 2009

Melayu mudah lupa.

1. Tuan hamba, sila amik handphone

2. SMS kan text msg (bukan mms, picture msg dsb) mcm ni:

gadis husna

3. Hantar ke 33399

4. Tuan Hamba akan menerima pesanan berbunyi begini:

RM0.50 HUSNA. Terima kasih atas undian anda.TV9 dekat di hati.








p/s: semasa anda menghantar sms tersebut, anda tidak perlu mem'bold'kan sms anda seperti di atas.

Tuesday, January 6, 2009

Sepetang di Satu Institusi di Ibu Negeri Selangor

Tuesday. 6 Januari 2009.

2.00pm

Hmm, hamba dikehendaki menghadiri meeting
di salah satu institusi pendidikan terulung negara.
Hmm, meeting mula pukul 3pm. Berkenaan dgn
projek pembangunan salah satu cawangan institusi
tersebut. Hamba bukan lecturer. Hamba cuma minat lecturer je.

2.35pm

Hamba dah lewat. Dari 'Jurang Tengah' menuju ke
institusi tersebut. Mungkin setengah jam boleh sampai.
Hmm, lambat betul driver sampai. Baik hamba naik kereta
hamba jer. Alih2, driver sampai. Alah, driver si datin.
Bukan driver hamba pun.

3.00pm
Dah sampai ke bilik meeting. Laju betullah driver tu drive.

4.30pm
Fakulti BioDiversiti mungkin dibuka di cawangan institusi tersebut.
Fakulti Perladangan pun.

5.00pm
Meeting adjourned. 2 jam yang menarik.
Architects presentation, superb.
Buildings, IBS + Green Concept + Energy Efficient System memang gempak.
Hamba keluar. Menuju ke parking.


5.05pm
Ramai nye siswawati. Hamba tunduk. Sedar tak sedar,
ade sekumpulan siswawati memerhatikan hamba.
Hamba spontantatimus call Abg Nas Melodi untuk
kompemkan yang dia
tak kenal hamba.
Betul, Abg Nas tak kenal hamba.

Sah hamba bukan artis.

Iman hamba sengaja dinaikkan. Hamba tak biasa menjadi
perhatian kanta mata wati-wati, apetah lagi siswawati.
Kanta kamera wartawan Eh! & Hai! & Mango! apetah lagi.

Lantas hamba melangkah laju berdesup2 ke kereta Datin.
Dari jauh hamba dengar kata-kata salah seorg siswawati
tersebut.

"Alah, anak orang kaya. Memanglah tak layan."

Hamba sedih. Baik hamba drive kereta hamba je tadi. Lain kali hamba nak drive sendiri jelah.

Sunday, January 4, 2009

Setengahari di Mahbob, Bangsar (Jumaat)

Selepas melantak beriani di Mahbob, Bangsar.

Di dalam kereta. Bersama encik bos.

"Encik Bos, I notice one of ur fren yang lepak lunch dgn kita,
wearing NZ Rugby Jersy tuh, CFO HiTech Paduw kan?"

Encik Bos menjawab. "Yes, how do u know him?"

"I remember one of MIKPA Programme, he gave a speech
in one session to us, the MIKPA students."

Encik Bos answer, "Oh, he is one of ex - MICPA students . Actually,
the guy that sit next to me is the CFO for Astrows. Depan dia,
is the Partner in Eee Waii. Next to him, yang putih2 tu
is the CEO for Bioteq Korp. Another one guy yang muka mcm
Chinese tuh, CFO Huwang Dee Bee Ass Asseto Managementio.

"Fuhh, didnt really realise they all big2 punya orang, bos. Nampak relek2 je"

Encik Bos dengan selamba,"Next time, stay in audit firm especially big 4, sampai manager level, barulah resign ye."

"hehe."