hidup tidak selalunya indah.
tapi hidup hamba indah.
ok, hamba nak sambung kerja.
hamba suka kerja hamba.
semoga 2009 tahun indah hamba.
(pergh, meaningful)
Selamat tahun baru. Hijrah dan juga Masihi.
Terutama sekali untuk yang lahir di Tahun Babi.
Tahun depan, umur batch babi akan mencecah 26.
Haha.
Tuesday, December 30, 2008
Thursday, December 25, 2008
Lord of The Cincing
Shot 1, take 1
Lokasi Penggambaran: Care4, Wangsa Melawati
Kedai terlibat: Wah Chang Chang Mali Chang Oi Oi
Time: 6.30 pm
Hari: Bersamaan dgn hari Shot 2, take 1 di bawah
Watak Babak Cintamu:
Watak 1 - Hamba
Watak 2 - Cik Hamba
Situasi: Cik Hamba mencuba menyarungkan cincin pilihan hati ke jarinya
Dialog (hampir dialog sebenar)
Cik Hamba: Alamak, cincin ni cantik. Tapi longgar lah puloks.
Hamba : Mmm...harga dah ok. Cantik. Cute.
Cik Hamba: Kalau camtuh, ambil cincin ni jelah. Boleh kan tuan hamba?
Hamba : Mmm, nak buat camaner, tukar je, amik cincin lain.
Cik Hamba : Nape? Semua ok kan... Hamba : Kan longgar tuh.
Cik Hamba & Saleswati (BERKATA SERENTAK DGN NADA HARMURNI): La, cincin nih boleh diadjust lah..kalau longgar, boleh kasi ketat sikit.
Hamba : Oh, ye ker..baru hamba tahu....HEHE...
Shot 2, take 1
Lokasi Penggambaran: Wangsa Melawati
Rumah terlibat: VWM
Time: 9.30 pm
Hari: Bersamaan dgn hari Shot 1, take 1 di atas
Watak Babak Cintamu:
Watak 1 - Hamba
Watak 2 - Shamil Singular
Situasi: Hamba menduga kebijaksanaan Shamil Singular
Dialog (hampir dialog sebenar)
Hamba : Mel, siang tadi aku dah usha cincin kt Cik Hamba.
Shamil : Perghh, psiko sgt. Liyana Jusmay (bukan Linda Yasmin ye ye ye)
pun tak histeria cam ko nih. Serius siyut. Jadi, apecer?
Hamba : Nak buat camaner, cincin yang dikenankan oleh Cik Hamba
tuh, longgar la, tak kacip Fathimah dgn jari Cik Hamba.
Shamil : Takpe la, carik jer cincin lain. Habibul Jews kan ade promotion
sekarang.
Hamba : (bersuara dalam hati) Para pembaca, bukan hamba sorang jer
yang naive ye ye ye....
Tuesday, December 23, 2008
Dunia Baru
Tiada lagi entry merepek.
Tiada lagi entry gundah gulana.
Tiada lagi entry lagho mengata.
Dunia baruku.
"Tiada lagi......(nyanyi mcm Amy Search)
Thursday, December 18, 2008
Rintihan kalbu.
Hamba bukanlah orang besar pun.
Jauh sekali ahli politik.
Hamba xde influence pun.
Tapi hamba tak puas hati.
Cukuplah.
Kasihanilah dia.
Dia hanyak makhluk tuhan.
Dia biasa - biasa saja.
Ada masa, dia diherdik.
Dihina.
Ada masa, dia di atas.
Hamba bukanlah rapat pun.
Jauh sekali jatuh cinta dengannya.
Bersembang dengannya pun, jarang-jarang.
Kadang - kadang hamba bersembang seorang diri
sahaja.
Cuma hamba dan kawan-kawan hamba sedih.
Melihat tangisannya, membawa keinsafan
ke lubuk nurani.
Kelemahanmu, tangisanmu, kesedapan masakanmu,
kekurangan ilmu persilatanmu dan keless sopananmu
di dining etiquette, tak mampu melunturkan sokongan
kami (hamba, Abutang, Shamil Singular, Paiseh) padanya.
Nurul Khusna, semoga cabaran malam ini mampu anda hadapi.
Usah peduli kata orang.Kelemahanmu, kami terima apa adanya.

Wednesday, December 17, 2008
Kenangan yang lama menjelma..Ingatanku..padamu..menyala-nyala..
Semalam hamba memperoleh jemputan kad kahwin. Bersetemkan Sabah.
Hamba gubra. Siapakah gerangannya?
Sampul surat dirobek. Lantas hamba membaca secara pantas.
Ohhh, Ustaz Rahmad Sani rupanya.
Kahwin orang Sabah.
Alhamdulillah.
Ladah Datu.
Eh, Lahad Datu.
27 December 2008.
Berdekatan Masjid Kpg Tabanak.
.......................................................................................
Klasik. Tiba-tiba hamba teringat kenangan hamba.
Bersama Ustaz Rahmad. Sepersekolah sejak form 1 ke form 5.
Dia bertukar sekolah ketika form 4, hamba pun ikut sama.
Bertukar. Ke sekolah yang sama.
Scene 1: Selepas waktu perhimpunan (dalam perjalanan ke kelas)
Memang menjadi lumrah sekolah menengah, (pelajar lelaki)
berlumba-lumba melihat rambut siapa yang paling panjang.
Apabila rerambut tersebut ditarik ke hadapan, terserlahlah
rambut siapa yang mencecah dagu, memang gempak.
Kirenye, Castello pun mampu tunduk menunjukkan rasa hormat
dek simpanan rambut yang sungguh panjang itu.
Ustaz Kamal (hampir nama sebenar) seperti biasa, hanya mampu
memperhatikan secara rawak. Semua pelajar lelaki gubra. Terutamanya
yang menyimpan rambut secara sulit, di celahan rambut2 yang lain.
Scene 2: Selepas perhimpunan (menghampiri kelas)
Hamba dan Rahmad (masih belum menjadi Ustaz)
mengutuk Ustaz Kamal. Huh, apa salahnya menyimpan rambut.
Mencintai dan keinginan untuk memiliki itukan berbeda.
Kelibat Ustaz Kamal hilang perlahan-lahan.
Rambut hamba & Rahmad pendek, jadi dengan senangnya
kami terlepas.
Tiba - tiba Rahmad bangga. Seraya menunjukkan, tersemat 10/12
utas helaian rambut yang apabila ditarik ke hadapan, perghhh...
panjang nak syahid...
Sampai ke bawah dagu..kirenye, Castello confirm akan hire Rahmad
time tuh..Bukan hire, malah dioffer Castello scholarship lagih..
Tengah sedap-sedap Rahmad berbangga dengan rambutnya,
Ustaz Kamal (menerjah ala-ala Abang Nas Maludi) dari belakang.
Disentapnya rambut Rahmad, dijadikan Rahmad asnaf yang lapan
untuk zakat pelempangnya.
Rahmad hiba. Rambut legendnya dikutip. Diframe di bawah lapik
meja di kelas selama beberapa bulan.

Subscribe to:
Posts (Atom)