Tuesday, June 22, 2010

Adib The Series dan Fellowship of VWM 2

(Episod 2)


Namun, pelanggan Chez kali ini, tidak lain dan tidak bukan (La Budda) ialah saudara Adib.

Jam dinding membuktikan Maghrib kian menyusut.

Saya pantas mengklik button 'info' di remote control Astro. Nah, bagaimana pula waktu di
skrin televisyen channel 712 Fashion Show menunjukkan tepat 12:00 am?

Owh, jam di dinding sudah mati rupanya. Dasar VWM, memang tidak mampu kaum bujangan menanggung kos bateri as though bateri pentec itu lagi mahal daripada harga sekotak SKL Pink.

Dari kejauhan, Adib dengan rasa rendah diri memparkir Golf GTInya di hadapan rumah jiran bukan Muslim kerana terpelihara seekor anjing berbulu biri - biri di laman rumah tersebut.

Anjing terpana. Kereta apakah itu? Sepanjang pemerhatiannya (anjing), tidak pernah kereta pelanggan perkhidmatan penyeliaan rambut VWM secantik dan semewah itu.

"Siapakah gerangan pemuda bernama Adib itu?" hati anjing berbulu biri-biri penuh ambiguous.

Bersambung...

Saturday, June 19, 2010

Adib The Series dan Fellowship of VWM 1

Keharmonian di VWM. Lihat saja gambar di atas. Chez (di bawah) berehat menanti pelanggannya.
Namun pelanggan kali ini bukan sebarangan orangnya. Paiseh (di atas) kelihatan tegang kerana
remote controller bukan di tangannya.
Julai 2009


Bulan menyinari dinihari. Cahaya neon menerpa jendela VWM, itu sungguh tenang. Setenang air di muara. Teratai juga layu di tasik madu.



Di satu sudut, saya tekun mengulangkaji. Entah kenapa rasa hati saya agak berkocak - kocak.



Tiada angin, tapi kipas masih mahu berpusing. Habuk mulus diulit tikar anyaman terbentang di ruang tamu.



Pusinglah kipas. Bil dibayar bukan untuk mesin basuh sahaja untuk berpusing.







Di satu bilik kecil, tempat Chez si hairstylist berkarya. Chukang? Owh tidak.



Bilik itu tempat Chez menimba ilmu, mengperm kan dan merawat (treatment).



Bilik itu juga saksi. Saksi kepada usaha gigih Chez. Saksi kepada pengwarnaan, pelurusan dan pengabdian Chez kepada kehendak pelanggannya.



Namun, pelanggan Chez kali ini , tidak lain dan tidak bukan ialah, Adib.



Di sinilah bermula...Adib The Series dan Fellowship of VWM....




Thursday, June 17, 2010

Siapa Adib The Series of VWM.



Projek besar. Akan dilancarkan.

Adib and The Fellowship of VWM.

Nantikan...

Wednesday, June 2, 2010

Georgio dan Kipas Berkaderan 1

Georgio sering diburu Paparazzi meskipun ketika berjinak dengan peliharaan. Kipas di atas siling (Klue: tiada dalam gambar) berpusing pada tahap pengkaderan 1.





Klasik (Jan 2007)
Sebagai remaja yang agak aktif bersukan dan beriadah, pastinya kami iaitu ahli - ahli VWM tidak terlepas untuk melakukan aktiviti yang sama.

Arip Somat dengan Ping Pong nya.
Medi dengan Carok FC nya.
Nad dengan Dumbell nya.
Chezzo dengan Dumbell & guntingnya.
Ijan dengan badminton dan kicapnya.
Bendul dengan Rockeeters nya.
Paiseh dengan Sit Up di katilnya.
Shamil dengan bola ping pong nya.
Hazli dengan sepakan kakinya terhadap chezzo ketika syuruk.




Dan sebagainya. (ramai sgt ex-VWM...)


Namun, pasti tiada siapa yang menyangka bahawa ada cara riadah yang lebih simple diamalkan oleh Che Asang a.k.a Goergio Clooney Armangdo.
Goergio yang dikenali sebagai ahli VWM paling terkenal di salah satu universiti paling ramai wanita bertudung umpama Nur Kasih di timur Gombak turut digilai wanita meskipun pelajar Kuliyah Arkitek yang terletak 15 kilometer jauhnya dari Kolej tempat tinggal Goergio.

Siapa sangka, saya dapat tinggal sebilik dengan Goergio di VWM (2006 - 2008). Tumpang glemer skit Goergio, meh secawan...

Saya sering memerhatikan lagak dan gaya Goergio semasa di VWM. Bukan apa, ada kalanya ingin juga menjadi apa kata orang, 'fast learner.'
Dan bukan sahaja saya. chezzo yang masih tidak percaya pada kuasa penampilan waktu itu turut mendambakan pengaruh dan influence Goergio.

Manakan tidak, pengurus di ofis Goergio bekerja, pernah hadir ke salun di tempat chezzo si hairstylist bekerja. Mendapatkan khidmat chezzo, kerana dia (pengurus tersebut) CEMBURU dengan gaya rambut Goergio yang menjadi kegilaan ofis mate di tempat Goergio bekerja. Lalu dimintanya agar chezzo mengstylekan gaya rambut ala Georgio, sementelah Georgio ialah stafnya sendiri. Cuba bayangkan Juri Raja Lawak memohon agar peserta Raja Lawak mengajar lawak kepada mereka iaitu Juri tersebut. Bayangkan. Agungnya.

arip somat juga sering membayangkan dirinya merempit RXZ di LebuhRaya Pantai Timur, kesan lagak Georgio yang sering merider balik ke kampungnya yakni di Terengganu.


June 2007

Setelah 5 bulan saya, arip somat dan chezzo memerhatikan Goergio, kami membuat kesimpulan. Terlalu susah untuk menjadi Georgio. Panas. Berpeluh - peluh.


Dec 2007

Saya, Arip Somat dan chezzo surrender. begini harganya untuk menjadi kacak dan perhatian wanita. Kami tabik spring kepada Georgio. Kami tidak boleh hidup dengan cara riadah Georgio. Terlalu perit untuk kami bayangkan. Biarlah kami kekal insan biasa. Sungguh panas.



Feb 2008.
10.30 pm

Dari bilik serambi tingkat 1 VWM, saya melepak dengan chezzo dan arip somat. Sambil melayan video klip artis - artis terbaru di monitor milik kepunyaan chezzo, tiba - tiba saya mulai sedar. Biar betapa hebatnya Georgio, pasti setiap manusia punyai kelemahan.

saya bertanya kepada mereka berdua (seperti yang disebut sebentar tadi, chezzo + arip somat).

Dalam banyak - banyak manusia, siapa yang takkan boleh drive helikopter?

Friday, May 21, 2010

Abung Mokhtar

FUhh minggu ini setiap minit diutilizekan tanpa ragu. Wlaupun kerja kini tidaklah seneraka kerja dahulu namun 8 jam yang diutilizekan every single minute pasti mengheret keletihan yang mengalahkan keletihan tikus yang terperangkap di dalam kuali panas. Innalillah.

Namun apakan daya kerna terpaksa juo saya redahkan sehingga terbenam mentari di malam Jumaat.

Menjadi kepala team memang celaka. Meskipun kerja boleh didelegasi namun dalam otak siapa yang tahu. Argh perut sudah mulai lapar.


Isteri saya di rumah sedia setia menanti dan cuba untuk makan bersama walaupun Maggi sahaja. Walhal saya masih cuba setia di opis tatkala Maghrib mulai dipersempadankan bersama Isya'. Saya yakin mampu pulang ke rumah dan menikmati juadah makan malam bersama dan juadah seterusnya.


Saya berdiskusi dan mengexplain final touch bersama 3 team member bergenderkan feminin yang terdiri 2 mak bayi berusia lingkungan usia 25 ke 30-an dan 1 tunang orang dengan penuh bersemangat.

"I mintak tolong both of u (mak - mak bayi) compare this list, then check with the updated list yang ada dengan u (tunang orang) sekarang. Ini final touch, must settle before 9pm."

"Ok Encik Azrie Prosper, we try our best."

"Satu lagi..." Tiba - tiba......




Tiba - tiba sekonyong bunyi ringtone dari hp saya bergetus rhoma irama merdu. Sape pulak yang berani call time saya buzy2 nih.

"Abang, abang balik lewat lagi tak? Kalau tak sayang makan dulu."

"Sayang makan dululah ye. Abang tak kompem balik pukul berape."

Saya meletak henpon. Huh, perut sudah mula meragang.




Namun kerana tugas dan tanggungjawab kepada negara, saya gagahi jua...

"Ok,satu lagi. U all kena make sure both list should be the same and update accordingly. Abang tak nak esok baru kita rushing to finish up all this."




Muka mak - mak bayi dan tunang orang berkerut. Kira - kira selepas 5 saat, terburai pecah hilai tawa di opis yang sunyi itu.