Thursday, September 18, 2008

Ayat - Ayat Cinta (A'lamatul Hubb)



Filem daripada fenomena sebuah novel

Bersama A. WAHAB HAMZAH



SEBELUM filem ini dihasilkan, novelnya telah lebih dahulu mencipta fenomena. Novel Ayat-Ayat Cinta adalah karya penulis muda Indonesia, Habiburrahman El Shirazy yang sudahpun mula diletakkan sebaris dengan tokoh-tokoh penulis mapan Indonesia seperti Hamka, Akhdiat K. Miharja dan Pramoedya Ananta Toer.

Ayat-Ayat Cinta bukan sebuah novel cinta biasa anak-anak muda. Novel ini mempunyai landas agama yang sungguh tebal. Setiap babnya mengutip ayat-ayat Al-Quran sebagai dasarnya dan turut mengutip hadis-hadis sebagai rujukan.

Bukan itu sahaja novel ini turut mengambil kitab-kitab karangan cendekiawan Muslim klasik untuk melengkapkan hujahnya. Tidak hairan kalau Ayat-Ayat Cinta dilihat sebagai karya ‘sastera santri’ dengan nuansa Islam yang kuat yang mampu meletakkan novel ini sebagai novel dakwah sebagaimana novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka. Jika pada thun 1998 dunia sastera Indonesia digemparkan dengan kemunculan novel Saman oleh Ayu Utami, maka tahun 2004 dunia sastera Indonesia dikocakkan oleh kemunculan Ayat-Ayat Cinta.

Novel terlaris dalam sejarah sastera Indonesia ini segera diadaptasi ke filem oleh Hanung Bramantyo dengan lakon layar adaptasi dilakukan oleh Bramantyo bersama Ginantri S. Noer dan Salman Aristo.
Sebagaimana novelnya, filemnya juga mencipta fenomena di Indonesia, di mana hampir tiga juta telah menonton dalam masa dua minggu filem ini ditayangkan.

Apakah yang begitu luar biasa dan begitu memikat pada Ayat-Ayat Cinta? Watak utama yang menjadi tumpuan dalam Ayat-Ayat Cinta adalah Fahri (dilakonkan oleh Fedi Nuril) seorang anak muda Indonesia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Sama seperti penulis novel ini Habiburrahman El Shirazy yang menuntut di universiti yang sama. Fahri sentiasa cuba berdakwah dengan menerapkan kehidupan Muslim yang baik dalam setiap tingkah laku dan interaksi pergaulannya sesama teman-teman yang Islam dan juga bukan-Muslim.

Fahri dan teman-temannya kumpulan pelajar Indonesia menyewa sebuah flat di Kaherah dan di flat yang sama juga tinggal Maria (Rianti R. Cartwright) yang beragama Kristian Koptik bersama ibunya (Marini).
Tingkah laku dan baik budi serta intelektual Fahri telah memikat Maria dan mereka menjadi teman baik. Semakin lama, Maria mula menyimpan perasaan terhadap Fahri tetapi dipendamkan sahaja.
Bagaimanapun, bukan Maria sahaja, Fahri turut diminati yang amat sangat oleh dua wanita lagi iaitu Nurul (Melanie Putria) dan Noura (Zaskia). Tetapi perasaan mereka terpendam tanpa dapat diluahkan yang menjadikan mereka begitu sulit.
Bagaimanapun, plot berpusing dengan perubahan yang mendadak apabila Fahri berkahwin dengan Aisha (Carissa Putri) gadis keturunan Turki dari Jerman yang kaya-raya.
Bukan sahaja kehidupan Fahri berubah, tetapi gadis-gadis yang menaruh hati terhadapnya juga mengalami perubahan hidup yang dahsyat. Maria kerana cintanya yang begitu mendalam terhadap Fahri menghadapi tekanan yang hebat sehingga dia jatuh sakit teruk.
Nurul bagaimanapun, dapat mengawalnya, tetapi Noura bertindak lebih nekad dengan memfitnah Fahri terlibat merogolnya. Akibatnya, Fahri dipenjara dan menanti hukuman berat.
Aisha perlu bekerja keras untuk menyelamatkan suaminya daripada hukuman dan akhirnya dia perlu menemui Maria yang menjadi kunci yang mampu menyelamatkan Fahri.

Sememangnya Ayat-Ayat Cinta bukan sahaja cuba mengangkat watak utamanya ke tahap seorang lelaki Muslim yang sempurna tetapi sebagai sebuah karya ia penuh dengan ransangan-ransangan moral, daripada soal fitnah, pergaulan cinta hinggalah kepada isu rasuah dan poligami.

Bukan itu sahaja dalam salah satu adegan dalam tram, digambarkan peranan Fahri yang cuba menjelaskan mengenai sifat Islam kepada seorang penyelidik Amerika yang juga teman Aisha (di sini juga Aisha pertama kali berkenalan dengan Fahri dan mengaguminya).


Ada adegan ringkas yang memperlihatkan persepsi barat terhadap Islam dan kesan daripada peristiwa 11 September 2001. Malah pembinaan plot Ayat-Ayat Cinta turut memperlihatkan pengaruh kisah nabi Yusuf dan Zulaikha yang cuba memfitnah Yusuf dalam konteks hubungan Fahri dan Nouro.


Bagi peneliti, mereka mungkin akan melihat filem ini dan hubungannya dengan wanita-wanita yang singgah dalam hidup Fahri. Bagaimana tiga orang wanita, Aisha, Maria dan Nouro akhirnya begitu menguji hidup Fahri.


Filem ini turut mengupas isu poligami melalui keadaan yang memaksa poligami hingga ke saat dugaan bermadu serta kekecewaan seorang wanita.


Sebagai sebuah filem, Ayat-Ayat Cinta sebenarnya bukanlah terlalu hebat. Apa yang hendak disampaikan adalah rangkaian cerita dan peristiwa, tetapi aspek pembinaan watak dipermudahkan.
Watak Fahri misalnya, hampir tidak mempunyai kelemahan, perkahwinannya yang begitu mudah dengan Aisha dan Aisha pula dengan kekayaannya begitu mudah pula menerima Fahri.
Begitu juga watak Nouro yang tidak jelas peristiwa perogolan yang kemudian begitu mudah digunakan untuk memfitnah dan mensabitkannya dengan Fahri. Tetapi yang penting filem ini berjaya mengangkat semangat, jiwa dan roh Islamik.

Jiwa dan roh Islamik itu cukup terasa dengan elemen muzik latar serta nasyid dan lagu-lagu unsur ketuhanan yang begitu berkesan yang mengiringi sesuatu peristiwa. Muzik dan lagu ini bukan sahaja pelengkap tetapi mencipta mood dan bentuk filem ini.

Selepas menonton Ayat-Ayat Cinta yang mempunyai unsur keagamaan yang begitu tebal tetapi diolah secara cukup menarik dan artistik, kita akan teringat dengan industri filem kita. Sampai bila industri filem kita dengan kisah remaja di sekitar kisah cinta yang dangkal, kisah rempit motor dan kisah dadah? Bilakah paradigma ini akan berubah?


Arahan: Hanung BramantyoLakon layar: Ginantri S. Noer, Salman Aristo & Hanung BramantyoPelakon: Fedi Nuril, Rianti R. Cartwright, Carissa Putri, Melanie Putria, Zaskia Adya Mecca, dll.

Wednesday, September 17, 2008

Ayat - Ayat Cinta (Novel Version)

Disclaimer: Sebarang aktiviti muat turun di dalam blog ini tidak bersifat murahan dan sentiasa berinformasi. Lagu-lagu yang disenaraikan untuk muat turun juga menjurus kepada unsur kebebasan dan perjuangan dan sentiasa membuka minda para pembaca. Tiada sebarang lagu yang bersifat semata-mata kecintaan, dan keutamaan diletakkan terhadap karya tempatan. Karya luar negara yang diberi pengiktirafan turut diberi keutamaan.

Khas untuk saudara Abutang, sila click link di bawah untuk memuat turun novel Ayat - Ayat Cinta. Tiada lagu-lagu murahan (termasuk lagu-lagu dari Seberang yang tiada pengiktirafan) untuk dimuat turun di laman ini.

http://www.4shared.com/file/62441102/396b1273/Novel_Ayat_Ayat_Cinta.html?s=1

Sunday, September 14, 2008

Singapura - Kuala Lumpur (aku masih obsess dgn Pesona Algebra)



Credits to http://www.myspace.com/timesmovement

Single pertama The Times dari album terbaru "SingapuraKualaLumpur" telah berada ditempat 1 carta amp.ChannelV untuk seluruh Asia (amp.channelv.com/thetimes) selama 10 minggu ketika ini tetapi agak menghairankan kerana radio-radio tempatan dinegara kita tidak sangat memutarkan lagu tersebut. Carta stesen2 radio yang besar dinegara kita seperti ERA & HOTS FM lebih dikuasai oleh artis2 Indonesia & artis2 realiti TV..Pelik tapi benar! Adakah anda benar2 suka lagu2 sebegini terus diudara dan mahu keadaan berat sebelah sebegini terus berlaku dalam industri muzik lokal kita? Kita punyai banyak bakat-bakat & lagu2 dari band2 indie yang jauh lebih bermutu ketika ini..Masyarakat dari negara luar sudah mula membuka mata kepada band2 indie negara kita tapi ditempat sendiri disebaliknya berlaku.. Jikalau anda inginkan radio radio tempatan memutarkan lagu "SingapuraKualaLumpur", anda boleh membuat permintaan kepada radio radio tersebut untuk memainkannya . Ini kerana sesetengah radio hanya akan mainkan sesetengah lagu jikalau ada permintaan. Selain menelefon radio radio, anda juga boleh melawati website mereka dan membuat permintaan dari website tersebut. Dengan itu kami meminta jasa baik anda untuk membuat permintaan tersebut. Masa dan pertolongan anda, amat kami hargai. Terima Kasih daun keladi.Sayangi The Times kerana muzik kami ikhlas untuk anda semua!!!!


11 weeks at AMP CHANNEL V charts!! Kat radio lokal kita?The Times bermimpi di siang hari...


Syukur alhamdulillah!!! 11 minggu No.1 kat takhta amp.chart channel V asia...Terima Kasih semua..kalu kat carta Hots fm no.1 & Era no.1 mcm nie kami akan buat show free untuk fans2 The Times!!!!!!!! dapat tak or mampu tak kalah kan2 band2 yang ada kat carta radio lokal kita??? Haha..kami tak kisah sgt pada carta kat radio tu tapi kami hanya nak membuktikan band indie spt THE TIMES mampu memberi saingan hebat kepada artis2 yang anda bila tengok pun mcm tak boleh belah... HAha..The Times tak jahat cuma nakal sesekali sekala dan kami straight to the point & tak suka dgn cara hidup hipokrit..Sorry to say that & minta maaf jika tersinggung...Kami tiada duit untuk membeli tempat teratas di carta2 radio lokal kita..Tiada kawan2 yang boleh dibodek untuk memutarkan lagu2 kami..dan kami bukan band berinfluencekan orang INdonssss dan juga tidak bernaung dibawah label besar..Kami hanyalah band indie jalanan yang ikhlas n jujur berkarya untuk anak moden malaya yang menpunyai citarasa yang bagus & berfikiran terbuka..Pendek kata MOden & berwawasan!!!!!!!Kata wawasan 2020..lagu n artis kat radio masih ketinggalan zaman..Muzik penting kerana ia boleh membentuk minda n pemikiran sesorang dan juga bangsa untuk lebih maju..Tengok je negara 2 lain mcm Jepun...arrrhhh..whatever..tak nak cerita lebih2 kang aku kena marah dgn orang dlm industri....malaysia kan sensitif!!Chow!!!!

Pesona Algebra : http://www.4shared.com/file/45991189/a5ecaf6f/The_Times_-_Pesona_Algebra.html?s=1

Tuesday, September 9, 2008

Sepetang di bulan Ramadhan, 6 Ramadhan 1429H

Sementelah semalaman kekenyangan setelah bersantap dua/tiga slices of kambing a.k.a lamb di KGPA (Kelab Golf Perkhidmatan Awam) Buffet, penulis berazam utk berbuka free di Masjid pada hari ini,kesan perbelanjaan yang melampau pada hari sebelumnya. Namun begitu, pada hari ini, entah di mana silapnya, tiba-tiba pada hari ini, penulis berada di Dee Palma.Sungguh menyayat hati..




Sepetang di Dee Palma sungguh mengasyikkan. Kerana apa? Kerana menunggu waktu berbuka sambil ditemani dgn jumlah hidangan yang takdelah sampai 'infinite', tetapi 'countless'..sambil diselangi dengan lagu-lagu indie dendangan kugiran kerabat diraja...Lihat sajalah pada gambar-gambar di bawah, dan cuba kira jumlah pinggan tersebut jika anda tidak keberatan.

Teknik-teknik berbuka puasa secara buffet yang possibly the most efficient as well as maximising satisfaction:

Tekniks?

1) Sekiranya anda sedar yg anda telah mengambil kuih-muih, pudding, agar-agar (dan seumpamanya) lebih daripada kuantiti yang sepatutnya, anda perlulah menghabiskannya terlebih dahulu.


Hikmah: Sekiranya anda tidak menghabiskan kuih-muih yang ‘terlebih sudah’ kuantitinya itu, pastinya anda tidak akan mampu menghabiskannya kerna sudah pasti anda kekenyangan melampau setelah melantak main course.

Do not afraid dudee, just change ur mindsetting, its all fantasy

2) Jangan sesekali memulakan permainan buffet anda dengan makanan/minuman berunsurkan susu (SU2). Ini merupakan satu kesilapan besar, dan mampu menyingkirkan anda dari meneruskan ‘buffet game.’

Hikmah: Susu, tidak kira dalam bentuk pepejal mahupun liquid, mengandungi elemen protein & lemak yang tinggi. Jadi, susu (SU2) akan bertindak membentuk elemen kekenyangan secara pantas berbanding dengan kadar biasa.

Deviated technique by ajaran Kaha

3) Sekiranya anda sedih memikirkan cost yang anda incurred utk buffet tersebut, letakkan harga secara random pada makanan yang sedang anda suapkan ke mulut anda. Lets say if penulis terpaksa membayar RM70 per head on buffet di sebuah hotel, penulis will assigned simple costing on each types of food/dishes yang masuk dalam mulut penulis spt berikut:

i) Kurma 2 biji = RM 1
ii) 2 Kuih tepung pelita & 1 kuih lapis = RM 3
iii) Nasik & Ayam Golek & Ketam masak lemak = RM 15
iv) Dan seterusnya...

Hikmah: Anda pasti gembira sekiranya jumlah harga makanan yang anda makan , in fact, is more than the price that u have to pay. E.g; Penulis membayar RM 70 utk makanan yang sebenarnya berjumlah RM 80. Jadi, dgn cara ini, anda pasti berasa gembira. Anda win!!(Tips utk menang: assign jumlah harga yg tinggi utk setiap suapan makanan OR makan banyak2, huhu)

4) Kurangkan bercakap semasa makan, kunyah dengan teliti & makan secara cool.

Hikmah: Minda anda lebih focus, dan penghadaman anda lebih teratur. Makanan pula tidak perlu bersesak2 menuju ke destinasi anda, kerana makan secara cool membantu mereka (makanan) perlahan2 melalui traffic light dan akhirnya sampai ke destinasi masing-masing.

5) Bawa ‘ENO’ untuk keselesaan.

Hikmah: Anda mampu makan lebih daripada apa yang anda mampu.

Cubalah!!!

Great technique applied dude..effectively implemented

Thursday, September 4, 2008

Bulan Nia Ramadhani?

Siapa Nia Ramadhani? Rujuk http://id.wikipedia.org/wiki/Nia_Ramadhani

Nawaitu Sauma Ghadin an adai Fardhi Shahri Ramdhana Hazihis Sanati Lillahi Taala.

Tanggal sehari selepas 31 August yang lalu, bermulalah umat Islam di Malaysia berpuasa di bulan Ramadhan. Huh, dah lame jugaklah aku tak puasa,since last Ramadhan. Baguslah, ade time sistem Indah Water kite perlu direhatkan. Nasib baik Indah Water internal kita nih takde monthly service charge, kalau tidak sah2 setahun aku berpuasa, haha.

Puasa VS income VS expenses? Boleh tak aku sembang topic nih? Bukannye aku tak nak sembang psl Bajet 2009, tapi aku tak dpt nak rely and trust sgt on the execution part. Planning part ok, tapi in the end, kite still should compare ACTUAL vs BUDGETED, kan? Kenape eh orang kite nih interested on BUDGET? Kenape tak interested on ACTUAL? Lu piker ah sendiri..Tapi aku rase, sejak ramai pembangkang nih, government kenalah mentransparentkan diri mereka..Paling kurang pun, once nak menipu or memanipulasikan facts/data, kener la educated sket ‘version’ tipu nyer tuh..takkanlah nak old skuul of rock sampai bile2, nanti kene muka sendiri pulak, kan.Hopefully, Budgeted Budget 2009 nih will be properly channeled to the responsible agency, ministry and reach the targeted group/publics, amin.

Income VS Expenses

Utk orang-orang berniaga, betullah apa yang Pak Lah kate: (http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20080901/tts-abdullah-ramadan-bm-with-pix-993ba14.html.)

"Ramadan is an opportunity for the enterprising ones to increase their income so that they have extra money for Hari Raya," Abdullah told reporters after buying savouries and sweetmeats at the busy Ramadan Bazaar in Jalan Raja Alang, Kampung Baru, for this Ramadan's first breaking of fast. (extracted)

Kite usha statement Pak Lah di atas; ‘to increase their income so that they have extra money for Hari Raya’

Betul ke income boleh increase?Betul, income kompem boleh increase. Masalahnye, kalau expenses increase, more than increase in income, betul ke boleh dpt extra money for Hari Raya? Silap – silap, extra shortage/liability for Hari Raya. Amender la aku cakap nih, aku pun dah kompius.

Income

Illustrative Example A :

Seorang lelaki yang kejambuannya nyata menyentap jiwa, Pak Mastur jancapkali dilihat berniaga di Pasar Ramadhan Melawati, setiap kali bulan Ramadhan menjelang tiba. Pak Mastur terkenal dengan sikapnya yang suka memaximus ongkilikan profit, walhal Pak Mastur cuma menjual Char Keow Tiow jer. Purata jualannya sehari di awal bulan puasa mencecah RM 500 – RM 850(kerana anak daranya yang comel bak sinetron channel 121 mampu menarik customer). Untunglah, setelah ditolak kos – kos seperti sewa tapak sulaiman(RM1500/month = RM 50 /day), bahan mentah (Minyak Masak, sos char dari Pak Abuzar, kuey tiow mentah, Udang – Udang di sebalik Char Kuay Tiow tersebut, dan sebagainya), Polistrin (harga polistrin dah naik, sebab harga minyak naik – lead to polymer price increase), Gas, Upah Pak Mastur yang agak mahal, Salary anak dara Pak Mastur yang sudi menolong ayahnya (anak dara Pak Mastur bernama Kaisara- sila tonton Kisah Kaisara, Selasa malam Rabu, pukul berapa aku tak ingat, tanyalah Raslan –www.singularsong.blogspot.com , Raslan = die-hard fan Kisah Kaisara), Pak Mastur mampu meraih keprofitan seperti berikut:

Penyata Pendapatan Pak Mastur Char Kuey Tiow Mambang Hijo bagi bulan Ramadhan 1429H

RM

Jualan 16,500 (Terima kasih Kaisara yang sudi mengcompute)

Deret Kostinha: (10,342) (disahkan oleh Pak Abuzar, Tycoon Char)

________________

Untung Kasar Bai 6,158

================

Sewa Tapak (1,500) (confirmed wit DBKI)

Sulaiman

________________

Untung Bersih Bai 4,658

================

Sekiranya Pak Mastur tidak memilih untuk berniaga di Bazar Ramadhan, Pak Mastur cuma akan berniaga Char Kuey Tiow nya di Gerai Malinja (9pm – 3am). Normal monthly profit di Malinja ialah RM5,000. Untuk makluman, Pak Mastur masih berniaga di Malinja semasa bulan puasa (Gile kejer mamat nih, terawih mg burn lah)

Jadi, Overall Profit di bulan Ramadhan 1429H = RM4,658 (profit Bazar Ramadhan) + RM 5,000 (profit Malinja) = 9,658.

Sebelum bulan Ramadhan 1429, yakni bulan Syaaban 1429H, Pak Mastur cuma berniaga Char Kuay Tiow nya di Gerai Malinja (9pm – 3am). Normal monthly profit di Malinja ialah RM5,000.

Henze: Increase in Ramadhan 1429H profit as compared to bulan Syaaban 1429H;

RM 9,658 – RM5,000 X 100 = 93.16%

RM5,000


Expenses

Illustrative Example B:

Arakian, tersebutlah kisah emaknya Kaisara , Ibu Mustariah yang asyik gemar berkedai-kedaian (bershopping), bersolek dan mengandam diri sendiri. Maklumlah, tak nak digelar fashion crime oleh fashion police Channel E (712). Ibu Mustariah ,walaupun telah berumahtangga dengan Pak Mastur selama 24 tahun (umur Kaisara lah tuh), perangainya sekelumit pun tidak berubah. Masih aku terasa. Eh silap, masih seperti dulu.

“Hmm,” Pak Mastur mengeluh sambil memandang Ibu Mustariah di sebelahnya, sebaik sahaja melabuhkan dirinya di atas katil pada malam ganjil bulan Ramadhan itu. “Dah 24 tahun aku kahwin dengan engkau Mustariah, NPV aku tak pernah positive,” getus Pak Mastur mengejutkan fetusnya sendiri. Pak Mastur terus terlelap keletihan, tenggelam dgn suara pungguk berbunyi rindukan bulan.

Summary of bulk expenditure incurred by Ibu Masturiah during Ramadhan 1429H:

Pukul 9.00 pm, 5 Ramadhan 1429H;

“Ibu, banyak Ibu borong hari ni,” sapa cashier Kompleks PKNS Bangi kepada Ibu Mustariah. Ibu Mustariah tersenyum lebar. “Nak buat macamane, dah rezeki murah time bulan puasa ni kan,” balas Ibu Mustariah kepada cashier yang dia sendiri menyampah kerana terminal waiting-time nya melebihi average waiting-time for other customer. (Yelah, kalau dah 2 trolley, memanglah lambat)

Sum of Expenses: RM 700 (checked to receipt – cashier yang cun itu punye copy)

Pukul 11.00 am, 6 Ramadhan 1429H (Sabtu)

Ampang Park, Ampang Park,” suara speaker LRT mengejutkan Ibu Mustariah daripada lamunan. Beberapa minit kemudian, Ibu Masturiah tiba di hentian KLCC. Tatkala kakinya mula menapak masuk ke Suria KLCC, tanpa ragu-ragu terus dia singgah ke Zara dan Mek (MAC) utk mengusha latest2 dressing & Make-up spt foundation, powder for face & body, blusher dan sebagainya. Pergh, banyak lagi boutique2 dan seumpamanya yang dikunjungi oleh Ibu Mustariah. Ini memang level datin-datin nih. Isetan & Parkson turut menerima kunjungan Sang Ibu. Hmm, nak balik kampong punye pasal, dressing orang KEY EL kenalah maut, takpun mati syahid.

Sum of Expenses: RM 3,000 (checked to semua receipt , malas nak tulis satu-satu)

Pukul 2.00 pm, 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)

Suara penjaja-penjaja di Chow Kit & Indian Mosque Road (IMR) bergema lagi. Menjelang hari lebaran, Chow Kit & IMR pastinya menjadi tumpuan semua golongan, utk menyediakan diri sempena Hari Lebaran. Daripada Baju Melayu ke Baju Kurung,Mercun Bola ke Tepukan Guruh (Thunder Clap), Butang Baju Melayu ke Abutang (www.abutang.blogspot.com), dari Dodol ke Bahulu, semuanya dijual. ‘Pergh, mashuk siyal,” Ibu Masturiah mula menitiskan air matanya.. Bermulalah akad jual-beli dan akad tawar-mentawar.

Sum of Expenses: RM 1,800 (checked to semua receipt , masih lagi malas nak tulis satu-satu)

The above is amongst the expenses incurred by Ibu Mustariah during Ramadhan 1429H. On Syaaban 1429H, Ibu Mustariah & Pak Mastur cuma berbelanja RM4,500. Tapi pada Ramadhan 1429H, Ibu Mustariah sudah terlampau.Summary on expenses incurred on Ramadhan 1429H:

RM4,500 (normal expenses) + RM 700 (Kompleks PKNS, Bangi) + RM3,000 (KLCC) + RM1,800 (Chow Kit)

= RM 10,000

Henze: Increase in Ramadhan 1429H expenses as compared to bulan Syaaban 1429H;

RM 10,000 – RM4,500 X 100 = 110%

RM5,000


Conclusion

Illustrative Example A: Increase in profit = 93.16%

Illustrative Example B: Increase in Expenses = 110%


Ingat balik Statement di atas:

Masalahnye, kalau expenses increase, more than increase in income, betul ke boleh dpt extra money for Hari Raya? Silap – silap, extra shortage/liability for Hari Raya.

Dalam kes Pak Mastur & Ibu Mustariah, increase in expenses> increase in income. Jadi, Pak Mastur & Ibu Mustariah terlebih sudah expenditure nye akan Ramadhan 1429H. So, diorang kene finance another 16.84% (110% - 93.16%) guna:

duit savings diorang ker/kredit kad ke/ASB ke/personal loan ke/pinjam kt Kaisara ke/Jual balik barang-barang yg Ibu Mustariah beli ke, dan sebagainyelah..

So, Increase in Expenses MUST BE LESS THAN Increase in Income.

The End.