Saturday, November 21, 2015

Years of uncertainty

Tup tup dah penghujung 2015.

Sekarang di workshop dah malas nak observe sbb observe tapi later not practising pun umpama menunggu bulan jatuh ke riba

Teringat blog ini yg tidak diupdate sekian lama.

Sejak terjebak dgn kancah industri perkhidmatan kewangan sedari 2010, umumnya saya mengetahui ini antara industri yg cukup fragile dan begitu sensitive dengan kedudukan ekonomi negara kalau tidak ke tahap ekonomi dunia.

For the last 5 months begitu banyak kedengaran berita palsu ataupun unpalsu bahawa proses downsizing oleh para penyedia perkhidmatan kewangan terutamanya bank2, termasuk juga pemain2 industry oil dan gas.

Watever yang anda might call be it vss or mss or cts or the holy ass or the hole of your ass, ia melambangkan betapa rapuhnya para pemakan gaji yg terlibat di dalam industri2 ini.

Jadi apa yang anda selaku pemakan gaji di dalam industri2 ini boleh buat ialah menguruskan risiko going concern anda. Sebelum anda turut dihadapkan dgn masalah yg sama hasil keputusan kapitalis2 durjana, ayuhlah kita merencana sesuatu sebeltum anda direncanakan....

Ambui seriusnya entry. Damn mmglah serius sbb dah ada anak bini. Anda masih boleh makan maggi tapi keluarga anda ingin diselubungi indo mee jugakkah.

Wednesday, September 3, 2014

Haih. Dah bersawang dah blog nih.

Sempat menaip sebaris dua pun jadilah.

SO wat actually happen this year and last year?

Years full with energy and lots of money bertaburan.

Ada years we need to be in red , then only to be back in black consistently.

Definitely cannot be be in red too long.

Salam 1busy. 

Owh, plus to say no to climb ladder. We've got a lot of mountain to hike so y bother with ladder.

Tuesday, November 13, 2012

Selamat datang ke Dunia yang penuh cabaran, Alif Harith. last2 jadi figure crunchier related entry jugak.

Akif Fikri sekarang usianya 1 tahun 11 bulan. Lagi 1 bulan usianya bakal mencecah 2 tahun.
Beliau lahir pada 6.50 pagi ahad 12/12/10.

Adiknya Alif Harith baru sahaja dilahirkan tika 12.50 pm tanggal 23 October 2012 selasa. 

........................................

Dengar cerita permulaan zaman persekolahan akan diawalkan, iaitu sebaik sahaja mereka berusia 5 tahun.


Makanya Akif Fikri akan mula bersekolah pada Jan 2014, manakala adiknya pula pada Jan 2016.

Sekiranya Akif Fikri memasuki Darjah 3, Alif Harith akan memulakan sesi Darjah 1 pada tahun yang sama.
.........................................

1.

Untuk updates bagi rakan - rakan sebaya saya yang melalui perjalanan hidup seperti saya, berikut ialah senarai perbelanjaan utk kemasukan ke sekolah rendah bagi sesi tahun 2011. Ini penting untuk kita yang sudah lama tidak mengambil tahu urusan alam persekolahan:

(mengambil kira average people who live within means, bukannya yang mementingkan brand
dan quality ok tak buruk tak mahal dan pengiraan di bawah untuk Sekolah Kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia di kawasan Kuala Lumpur)

DARJAH SATU (apply for Alif Harith)
  • Beg sekolah : RM80 (dua beg termasuk untuk sekolah agama)
  • Buku latihan sekolah: RM70
  • Kasut (2 pasang) berserta stokin (5 pasang): RM60
  • Yuran sekolah kebangsaan: RM140
  • Alat tulis: RM75
  • Pakaian Sekolah (termasuk sekolah agama): RM440
  • Yuran Sekolah Agama: RM240 (termasuk buku teks dan latihan)

DARJAH TIGA (apply for Akif Fikri)
  • Beg Sekolah: RM80 (dua beg termasuk untuk sekolah agama)
  • Buku latihan sekolah: RM70
  • Kasut (2 pasang) berserta stokin (5 pasang): RM50
  • Yuran sekolah kebangsaan: RM70 (since PIBG seorang sahaja bayar utk 1 keluarga i.e. minus RM25)
  • Alat tulis: RM75
  • Pakaian sekolah (termasuk sekolah agama): RM220
  • Yuran sekolah agama: RM240 (termasuk buku teks dan latihan)

So overall perbelanjaan sekolah termasuk sekolah agama bagi dua orang anak darjah satu dan darjah tiga adalah RM1,910.

Sum breakdown above will be as follows:
  • Darjah satu: RM1,105
  • Darjah tiga: RM805
 .........................................

2.

Manakala perbelanjaan harian minimum rm5 per student per day di sekolah KL. Sekiranya 2 orang anak yg menjadi student sekolah rendah, purata hari persekolahan selama 1 tahun ialah 190 hari.

190 X RM5 X 2 orang anak = RM1,900

 .........................................
3.

Summary: Jumlah perbelanjaan minimum tahunan bagi 2 orang anak yang bersekolah rendah di kawasan ibu negara yang dicintai ini ialah RM3,810. Ini belum dikira aktiviti2 lain yang memerlukan wang spt aktiviti kokurikulum, kelas dan sebagainya.

Jadi, selama 6 tahun, saya akan membelanjakan (minimum) RM3,810 X 6 years iaitu RM22,860 untuk persekolahan 2 anak saya.

Sekiranya mengambil kira inflation rate (extracted from BNM website) iaitu average 4% annually, jumlah RM3,810 per year summed for the 6 years period will be RM25,272



Above cost of RM22k can be estimated to hovering around RM20k-RM30k for the 6 year schooling period.


This is much lesser than private primary education cost which is said (extracted from previous issue of Personal Money) at RM50k-RM70k per year, thus produce RM300k-RM420k for 6 years.

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan untuk kita tidak merancang kewangan bagi menghadapi usia persekolahan anak-anak kita.

Sekian...

Thursday, August 2, 2012

Entri Ramadhan 3 tahun lepas. Ha ha Baca sekali lagi tergelak juge.

Wednesday, August 5, 2009


Yusuf Taiyoob (Kurma) dan Keluarga Yosop (Hai-Ooo) itu berbeda.

(Nota: Intonasi sebutan bagi setiap frasa 'Yusuf Taiyobb' perlulah dikekalkan seperti iklan di corong - corong radio ataupun di kaca TV)

ENTRY MENANTI RAMADHAN VERSI BUJANG TERAKHIR KALI


Di suatu malam. Keheningan. Gundah. Gulana.

Chezzo sopan duduk bersimpuh sambil menikmati nasi lemak berpaukkan sotong. Dari meja study, aku memandang. Sedap sungguh sambal sotong, apatah lagi dilayan bersama La dolthe a'mira.

Pandangan khusyukku pada rancangan kegilaan VWM tertanam ke kaca TV. Chezzo pun turut khayal bersama. Tidak sedari tertumbuh janggut di sotong santapannya.


Selang beberapa detik
Aku : Cis, bedebah sungguh iklan ini. Membazir waktu sahaja melayannya.

Chezzo : Ya, sungguh.

TV : (suara berbisik) 'Yusuf Taiyoob.....'

Chezzo : (mengulang suara TV) ' Yusuf Taiyoob....'

Aku : Chezzo, cuba kau bayangkan, bagaimana perasaan anak dara si Yusuf Taiyoob di hari pernikahannya?

Chezzo : (Bertutur sambil membayangkan dirinya menjadi kadi yang berambut perang memakai boxer)

Aku nikahkan dikau si polan bin si polan dengan Norhayati (meminjam nama anak Keluarga Yosop Hai OO) binti 'Yusuf Taiyoob' (nada berbisik) dengan mas kahwinnya sekian sekian, tunai....(seraya ketawa)

Aku: (ketawa biasa sahaja)..hoho.

Chezzo : Aku, itu ok lagi. Cuba kau rasa, apa perasaan si anak bongsu 'Yusuf Taiyoob' di kelas 1 Kurma , sekolah rendah kebangsaan? Tak ke jadi bahan.

Aku: Ye tak ye jugak. Senang gile nak kutuk. 'Yusuf Taiyoobbbbbbb....(hukum ikhlab di emphasizekan, seraya ketawa, masih biasa).

Aku: Ok lagi wahai Chezzo. Kau rasa, apa perasaan isteri si 'Yusuf' pabila arwah ditalkinkan, seperti di bawah?

'tatkala para manusia mula melangkah tujuh tapak daripada kuburmu, bersedialah wahai 'Yusuf Taiyyobbbbb'...(imam menarik nafas) menanti kehadiran para malaikat.....

Chezzo: (Ketawa serakah melimpah ruah hahahahaha. Tiba - tiba sahaja...)

Bagaimana dengan Malaikat yang bertanyakan soalan kepada si jenazah?

Aku: (Senyap).

Chezzo: (Berpura - pura menonton La Dolthe A'mira setelah selesai sesi tayangan iklan)

Friday, August 26, 2011

Akif Fikri bukan Aktif Fikri ye

Dulu (December 2010, 12/12/2010)

Sekarang (July 2011)

Let books be your dining table, And you shall be full of delights
Let them be your mattress, And you shall sleep restful nights. (June 2011)

Seat Up di rumah pun boleh, tidak perlu register di Fitness First mcm Uncle Arip Somat (June 2011)

Car Seat is not an option (July 2011)

Think before Crying (April 2011)




Kesibukan hidup dan mula memiliki tugas bapa+market analyst makan gaji+business merata-rata memaksa saya melupakan blog yang entah di akhirat nanti dikira sebagai amalan atau tidak.

Rutin harian :

bapa 8/24 jam = 33.33% , makan gaji 8/24 jam = 33.33%, solat 5X12 minit = 1/24 jam = 4% dan business merata-rata = 2/24 jam = 8%. Selebihnya qiyamulail dan tidur. Dalam bulan puasa, terawih menyelit dalam bahagian tidur.


Kawan - kawan pula sering bertanya, "Apa rahsia berat badan boleh turun nih?"


Kadang-kadang, keaktifan Akif Fikri pun menyelit dalam waktu tidur saya.

Sunday, March 20, 2011

Saturday, March 19, 2011

Notisary Public

Dimaklumkan, siri Adib & Fellowship terpaksa dihentikan kerana mengalami masalah
yang tidak dijangka iaitu kekurangan sumber penceritaan daripada perawi - perawi dan kesibukan penulis.

Sumber penceritaan dirawikan oleh perawi merangkap ahli-ahli VWM, di mana:

1) Seorang ahli VWM sekarang begitu relief setelah debaran akad Ijab dan Qabul usai
Isya' tadi telah terlepas, di Borneo sana. Tahniah.

2) Seorang ahli VWM pula sibuk berkarya bersama Nikonnya di Borneo sana untuk
mempotretkan kenangan si ahli VWM yang di atas (rujuk statement 1)

3) Seorang lagi ahli VWM begitu sibuk mengumpul duit kerana usai sahaja bertunang bulan lepas, terpaksa pula menderita mengumpul wang bagi perkahwinannya di hujung tahun ini.

4) Seorang lagi ahli VWM sementelah sibuk dengan urusan Million Hair untuk menjadi Millionaire diberitakan akan menempuh zaman pertunangan dalam masa terdekat, secara paksa (spekulasi kencang).

Kindymaklumkan, entri seterusnya akan berkisar kepada Penama di Statement 1 di atas. Tahniah in advance of the next entry.



Berkhidmat untuk VWM

AHA

Sunday, October 10, 2010

Adib The Series dan Fellowship of VWM 10

(Episod 10)


Adib keluar dari salon. Berwajah baru, penuh dengan kuasa penampilan Aristokrat.

Puas mawut. Sambil menjilat lidah sendiri di bibir.


..........................................................


Bertemu kembali dalam siri Adib and the Fellowship of VWM, ulangtahun siri ke 10.

Serangkap pantun pemula bicara. Dengarkanlah:



Bulan Ramadhan bulan mulia,

tidakku sanggup menulis dosa,

Zulkaedah terus menjelma pula,

Siri Adib kini Season kedua....


Adibullah Aristokrat. Tepat pukul 9 pm tatkala bulan memancar terang, entah bagaimana malangnya Shamil Singular bersama Mijie Drogba tergerak hati lantas...

"Adib, ko pernah lepak di Kunang-Kunang?"

Semestinya anda para good listener dan good reader sudah mampu memforecast jawapan si Adibullah iaitu seperti berikut:

"Kunang - Kunang? Port clubbing kat mane tuh? Saya boleh join, cuma kalau boleh tempat tu takdelah low class sbb saya kene jaga status saya yang bekerja sebagai pasukan perunding motivasi kepada Datuk Maznah. Apa pula kata client saya nanti." Terang Adib nampak bergaya seraya bermotivasi.

"Kunang - Kunang ni, namenye sebuah restoran di KL Timur. Kene nasib baik, adelah 'live band' sudi nak perform. Ramli Sarif pun pernah datang."

Mudah sahaja Shasinggul (Shamil Singular) menjawab. Tidak terlintas di hatinya untuk meninvite Adib. Terpaksalah mengajak ayam sambil mengayam Adibustokrat.

Adib berpaling. Digoyangkan rambut terbaru guntingan haram tanpa bayaran siang tadi karya Chezzo di salon sambil..." Oh...Kalau begitu, status Kunang-Kunang nampaknya sesuai dengan status saya. Dalam istilah motivasi, ia dipanggil 'sekufu.' Ok, (sambil menthumbs upkan kedua-dua ibu jarinya ke petala langit) saya boleh join tak?"

Mijie yang bersila di satu sudut kecil sibuk menyelak akhbar Metro sisipan 'rumah untuk dijual.' Sambil mendengus kelaparan , tangan kiri mengepakkan tangan lagak Dropba. Tangan kanan sibuk mengusap perut yang kian kelaparan.

"Mel, pukul berapa nak pergi ni? Dah 9.30 malam, aku tak makan lagi ni."

Mijie cuba beralih arah. Shasinggul mula gelisah lemah sambil pantas melangkah keluar. Tidak disangka soalan 'lepak di Kunang - Kunang' bertukar menjadi icon 'add friend' or 'send invitation.'

"Adib, kitorang pergi dulu. Nak tunggu ko siap, lambatlah." Shasinggul cuba mencari jalan keluar umpama tikus kepanasan dibakar di atas akhbar.

.......................................

"Okeh, keh dah siap. Moh kite gerak sekarang." Adib sepantas kilat menyarungkan baju dan seluarnya entah dari mana gerangan laju persiapannya idoklah keme tahu. Sempat menutur dialek 'cucu Tok Gajoh' pulok tu.

Mijie memandang wajah Shamil. Lemah longlai menyusun langkah menuju ke kereta.

Adib berjalan ceria. Puas dirinya sambil memandang purnama..

.......................................................

Bunyi alarm bertalu-talu. Pintu Honda City milik Mijie si banker tegar yang masih single dibuka.

Bertiga - tigalah mereka ke Kunang - Kunang.....

Bersambung...

Tuesday, August 10, 2010

Adib The Series dan Fellowship of VWM 9

(Episod 9)

Hati Chezzo berbunga riang mendengar jawapan Adib si Aristokrat.


Tanpa ragu - ragu, Chezzo melumurkan kaler bancuhannya ke picis - picis rambut si Adibustokrat.

Seberapa ketika berlalu.

.....................................................

Dengan profesionalnya, Chezzo melampirkan gumpalan - gumpalan aluminium ke rambut Encik Adibustokrat.

"Huh, tadi dah taruk vitamin scalp booster. Nih aku siap bancuh kaler lagi. Memang
smart casual tapi masih nampak profesional di hadapan golongan Aristokrat!" puji - pujian Chezzo hamburkan ke hadapan Adibustokrat pelanggannya yang terkenal itu, supaya didengari dek customers yang lain. Dalam minda Chezzo, not-not RM50 sebanyak 6 keping mula terbayang di poketnya...

"Wahhhhh," serentak customer-customer di Chezzo Hairsaloon teruja melihat sentuhan Chezzo hairstylist muda penuh kuasa penampilan. Muncul sinaran dan kelipan bintang di balik kilauan rambut Encik Adib.


" Ok Adib, settle...." ujar Chezzo kepuasan maksimus sambil laju melangkah ke kaunter bayaran. Cashier salon tersenyum menguntum berbenak di insang jiwa. (Sila rujuk Duyung Aridinata di Channel 9 untuk Glosari 'insang').


Adib pula masih tersandar di kerusi VIP.......Semacam ada yang tak kena...

....................................................

"Chezz, sorilah...Saya betul - betul tak sedar dan tak ingat." Adib bersuara. Kesal.

Chezzo yang sedari tadi menyiapkan bancuhan kaler untuk next customer selepas giliran Adib, mula berkelakuan umpama kura-kura di balik cengkerang, acuh tak acuh, bena tak bena.

"Macamana saya boleh tertinggal walet di rumah, saya pun tak ingat. Tapi saya boleh maybak2ukan nanti." Nyata Adib perlahan.

Chezzo masih membisu. Antara nampak tak nampak, dengar tak dengar.

"Macam ni lah. Awak kasi no akaun Maybak kepada saya, kemudian saya transferkan secepat mungkin. Saya memang profesional, as soong ass possible saya trangsferkan." Loghat Pahang dimula, tanda pujuk rayu si Adib kepada Chezzo, seorang anak jati negeri bercucukan Tok Gajoh.

"162264324463. Jumlah RM 350. Bukan sikit tuh." (bukan no ac Maybak sebenar utk keselamatan peribadi Chezzo). Chezzo menjawab perlahan.

"Mughallazah. Profesional Smart Casual konon." hati Chezzo menyumpah semerah darah tikus.


.....................................................

Adib keluar dari salon. Berwajah baru, penuh dengan kuasa penampilan Aristokrat. Puas mawut. Sambil menjilat lidah sendiri di bibir.



Bersambung..


Sunday, August 1, 2010

The Series dan Fellowship of VWM 8

Treatment yang digunakan oleh Adib Aristokrat


(Episod 8)



Adib melangkah bersahaja..derapnya makin perlahan....menuju ke kerusi VIP di salon Chezzo...





...............................................



"Adib, style ape kali nih?" tanya Chezzo rakus meramal RM customer high-profil nya.



"Sebagai penasihat kepada Datin Maznah pakar motivasi, pengulas dan penceramah terkenal, saya rasa imej saya perlulah bertepatan dengan cara hidup dan pergaulan klien - klien saya. Bukan mudah untuk berhadapan dengan golongan seperti socialitas sekiranya imej tidak kelihatan terurus."



Ujar Adib panjang lebar. Tidak menjawab soalan. Chezzo sabar.



"Jadi, nak buat style ape nih?" Chezzo mula mengacukan soalan. Bukan tidak sabar, tapi sentiasa bersedia memahami kehendak pelanggan. Bukan mudah untuk memuaskan hati pelanggan kerana tertusuk di hati Chezzo hasil ajaran sifunya Michael Poh, customer is always right.



"Chezz, rasa - rasanye, berdasarkan pandangan awak yang berpengalaman ni, style apakah yang sesuai dengan saya? Jangan lupa, saya berhadapan dengan ramai Dato', Datin terutamanya. Jadi, kalau boleh saya nak rambut saya memiliki style smart casual, profesional tapi masih nampak cool. Ok?" Adib menyebarluaskan penerangan kepada Chezzo sambil menunjukkan ibu jari tangan kanannya.



Chezzo panas. Hatinya membara. "Cakaplah awal - awal, bukan ko tak tahu ramai lagi customer yang menunggu. Sebab ko kawan aku je, aku kasik potong turn. Cakap banyak pulak." Oh, ini luahan jujur di lubuk hati Chezzo sahaja. Takkanlah Chezzo tak hormat customer. Mustahil. Mengenangkan RM punya pasal, Chezzo setia seadanya.



Chezzo memulakan langkah hairstylist yang bermaruah dan penuh gaya....Adib meneruskan percakapan tidak berfaedahnya...Chezzo melayan sahaja...customer lah katakan...



.............................................



20 minit berlalu...Adib mula memberikan komen kepada gaya potongan yang Chezzo imposekan...



"Chezzo, apa kata awak highlightkan sikit dekat bahagian sekian - sekian nih. Saya rasa tak jejas imej saya kalau dikalerkan sedikit bahagian sekian - sekian nih."



"Boleh, tapi kena diberitahu ada ongcostnya. Tak mahal, tapi tak murah lah jugak. Sebab tadi ko dah tambah, buat treatment pulak tu. Vitamin tuh mahal lah jugak, ko ok ke Adib?"



Adib melihat cermin. Berwajah selamba munafik sambil membalas, "Takpe Chezz, kalau pasal duit, awak jangan risau."



................................................



Hati Chezzo berbunga riang mendengar jawapan Adib si Aristokrat.





Bersambung...



.............................................

Monday, July 26, 2010

Adib The Series dan Fellowship of VWM 7



Ok?

(Episod 7)

Sriuttt......sriutttttt.....kini giliran sayur pula.Peluh Adib menitis ke sayur, lalu tertintip ke laman rumah...sambil memotong sayur, cahaya mentari petang hangat melimpahi saki - baki ikan dan sayur untuk disiang....



..............................................................


Rangkap kedua, rangkap kedua (kata Adam)!


Kisah Chezzo. Bekerja keras di salonnya yang baru dibuka. Banyak betul persiapan yang perlu dilakukan. Customer pula sudah berduyun - duyun menempah. Huh, lazat...letih dan lali sudah menjadi aturan mainan hidupnya. Biasalah, bisnesman maskulin lah katakanlah katakanlah...


Pelanggan Chezzo? Pelbagai peringkat umur, dari Datin hinggalah ke mat rempit. Semuanya mendambakan hasil guntingan Chezzo. Persamaannya; sediakan saja ongkosnya, biar tergerak...owh, mana mampu untuk golongan Marhain seperti saya , Paiseh. Tidak pernah terlintas untuk mendapatkan khidmat Chezzo, hatta rakan serumah sekalipun. Biar saja kami ke mamak, 4 kali gunting setahun, masih belum sama dengan harga 1 kali gunting karya si Chezzo di salonnya.


...................................................


Ting tong. Pintu salon Chezzo dibuka. Dari kejauhan, Chezzo terpandang wajah seorang customer yang memang bergaya dan imej Aristokrat begitu terserlah melalui kuasa penampilannya....


..................................................


Adib melangkah bersahaja..derapnya makin perlahan....menuju ke kerusi VIP di salon Chezzo...



Bersambung...

Tuesday, July 13, 2010

Adib The Series dan Fellowship of VWM 6

(Episod 6)


.......................................................

Kedengaran bunyi orang menyiang ikan di luar rumah.

Sriuttt....Sriuttttt.....Sriutttttttttttttttt..............Darah memancut.
Ikan ternganga, insang terbelah dua.

Adib sedang hangat. Hangat menyiang ikan di laman rumah.

Ape kejadah menyiang ikan dilimpahi sinaran mentari hangat membara?


.....................................................

Krekkkkk (bunyi pintu VWM dibuka)...Paiseh melangkah keluar. Gagah.

"Adib. Ko ke yang pelasah keropok lekor asal dari Losong tuh?"


"Ya Hanif." (satu - satunya penghuni VWM yang memanggil nama Paiseh (bukan nama sebenar Paiseh) dengan nama Hanif (nama sebenar Paiseh).


Hati Hanif, eh Paiseh berbunga tayar persona. Marah barangkali.


"Bukangkah aku dah pesan, yang kepok tuh Shamil Singular punye. Dia siap bayar lebih lagi. Ko senang - senang je makan. Aku siap tawar-menawar lagi dekat Losong. Bukan senang nak ghoyak Ganu especially bila dah lame kt KL nih!!!"


Adib mengesat peluh di dahi. Pisau di tangannya tergenggam erat.
Kenapa Adib menyiang ikan di bawah sinaran mentari di laman VWM?
Dapur VWM siap tersedia bersama papan penyiangan sayur, daging atau ikan.
Kenapa perlu susah?

"Hanif, begini. Keropok lekor tuh saya lihat, terbiar di atas meja.
Siap ada semangkuk sos di sebelah bungkusan keropok tersebut.
Saya risau, kalau - kalau ada tikus, lalat atau semut yang berminat
terhadap keropok itu. Jadi, daripada terbazir, baik saya habiskan."

Paiseh terdiam. Adib meneguk air mineral di tangan kirinya. Pisau berdarah ikan
masih tersemat dalam genggaman tangan kanannya.

"Itupun Hanif, ada lagi baki atas meja. Bolehlah kasi kepada Shamil
balance keropok yang tinggal."
Sambung Adib tanpa penyesalan.

Paiseh menyirap. Seteguk sirap di kedai mamak Bidayah mungkin mampu melegakan hatinya.
Segera Paiseh menghidupkan enjin Ego dengan egonya tersendiri, lalu memecut deras menuju ke kedai mamak Bidayah.

"Orang macam nih tak boleh dilayan. Baik wa layan sirap air limau sebelum masuk shift" sabda hati Paiseh.

.......................................................


Sriuttt......Sriutttttt......kini giliran sayur pula. Peluh Adib menitis ke sayur, lalu tertintip ke laman rumah...sambil memotong sayur, cahaya mentari petang hangat melimpahi saki - baki ikan dan sayuran untuk disiang....





Bersambung........

Monday, July 5, 2010

Adib The Series dan Fellowship of VWM 5

(Episod 5)

Daus menyambung Diari Fantasinya...

Embun mulai menitis....

Krooohhhh....Dengkuran di VWM sahut bersahut, anjing biri - biri terkasima, tikus mula check-in...

........................................................................................

Pukul 4 pagi.

Kedengaran pintu VWM dibuka. Adib lantas merebahkan diri di sofa ruang tamu.
Bau alkohol menyeliputi VWM.

.......................................................................................

Pukul 5 petang.

Paiseh, si anak Terengganu berlari - lari anak. Menuruni tangga.

Sudah tiba masa untuknya memulakan kehidupan.

Kerjaya network inilah yang paling lama pernah dialaminya. Dia perlu
berdedikasi dalam hidup, terutama pabila usia sudah mencecah untuk layak
memikul tanggungjawab berumahtangga. Bekerja mengikut 'shift', Paiseh
begitu bijak mengatur jadual hidupnya terutama apabila wujudnya siaran langsung
match champion league kegemarannya.

Tiba sahaja di dapur, Paiseh terkasima melihat kerepok getel yang dibelinya
hujung minggu, 'live' dari Kuala Terengganu kini tinggal sisa,
bersama sepinggan sos (air lada kata org Terengganu)
di atas meja comel itu. Darahnya menyirap luka.

Tiba - tiba dia risau. Risau kerana keropok getel itu untuk si Shamil dan pasangan,
yang dipesan khas sedari minggu lepas lagi. Risau dek amanah telah dikhianati. Sia - sia sahaja 'kepok' getel tersebut dibawa khas dari Seberang Takir di tanah kelahirangnya.

Siapakah gerangan yang pelahap sebegitu rupa? Manakan tikus mampu menuang sos. Pasti itu kerja seorang manusia. Sebelum ini sudah banyak amaran diberikan kepada penghuni VWM yang lain, tapi kali ini memang melampau norma kehidupan batas - batas hidup manusia.

Siapa?!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Paiseh panas.

......................................................................................

Kedengaran bunyi orang menyiang ikan di luar rumah.



Bersambung...

Wednesday, June 30, 2010

Adib The Series dan Fellowship of VWM 4

Shamil keletihan lalu terlentok di sofa

(Episod 4)

Adib bersuara..."Chez, aku dapat rasa aku akan tinggal di VWM lah dalam beberapa minggu lagi..." Adib bersuara tegas tapi kemas. Chez mengangguk gembira.


"Senanglah aku buat duit dengan rambut mamat nih," lontar hati Chez si Hairstylist.


Jarum jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Paiseh masih tegar menonton TV.





Hujan mulai turun sepoi - sepoi nyalakan anjing bebiri. Bulan mengambang kembang.





Aaauuuuuu.........








zubillahiminasyaitanirrajim......

_________________....

Hari berganti hari. Genap 2 minggu sudah. Kelihatan di ruang tamu tercampak beg berisi pakaian dalaman dan luaran. Kotak - kotak barang berserakan. Semuanya milik si Adib....

Hembusan dinihari bertiup menolak pintu VWM seiring sejalan bersama Shamil yang baru pulang dari bekerja. Terkasima melihatkan keadaan ruang tamu yang tidak direconcile, Daus yang bersila selenga di sofa empuk disapa.

"Gerangan siapa empunya pakaian dan barang - barang itu?Orang barukah?"

Daus perlahan - lahan memperlahankan volum saluran talibision yang ditontonnya. Leka sungguh Daus melayan perasaan bersama Joni, si kamera dalam Diari Akademi Fantasia. Daus sendiri, pernah tercalon sebagai calon finalis Akademi Fantasia 6, sebelum disingkirkan sehingga menjadi 12 peserta. Lantaran itulah Daus sendiri tidak pernah terlepas setiap single episod. Melayan cita -cita yang tidak kesampaian mungkin.

"Shamil, aku rasa ini barang kepunyaan kawan Chez. Regular customer Chez, nampak gaya berduit. Untung, murah sedikit sewa rumah bulan ini."

Shamil mengangguk malas sedikit ceria. Terlentok sebentar di sofa.

5 minit berlalu. Perlahan kaki Shamil diangkat mendaki tangga.Menuju ke katil di tingkat atas. Esok perlu diteruskan....

Daus menyambung Diari Fantasinya....

Bersambung...

Sunday, June 27, 2010

Adib The Series dan Fellowship of VWM 3

(Episod 3)

....hati anjing berbulu biri - biri, penuh ambiguous.

Adib melangkah cergas menuju ke pintu VWM. Semak - samun diredah.

'Tok tok tok,' bunyi pintu diketuk. Adib sabar menanti.

"Assalamualaikum, Chez Hairstylist kuasa penampilan, ade?" suara Adib penuh berketerampilan, bergaya umpama Aristokrat. (key word di sini, Aristokrat)


"Sabar sabar." Chez menyahut seraya membuka pintu kamar VWM...Melihat sahaja wajah Adib, Chez mengusap lidah ke bibirnya.


"Hah, customer berporfil tinggi dan memiliki Golf GTI. Aku suke customer berduit seperti Adib ini." getus Chez from the bottom of his heart.


Adib bersuara macho, "Chez, malam ni kalau boleh ko buatkan rambut aku mcm 2 minggu lepas, taruk highlight, using kaler sekian sekian..."


Chez membalas sambil cuba mengaut keuntungan, "Adib, wajah ko memang dah hensem. Ape kata ko taruk treatment yang sekian2 nih, aku rase lagilah ko nampak macho."


Adib nampak gembira apabila dipuji. "Ok lah, kalau nampak macho, aku setuju. Aku kunci treatment yang ko cadangkan, tanpa menggunakan pelampung."


Chez gembira....


Seperti biasa, Chez menggunakan kepakaran hairstylistnya yang diperoleh secara susah payah selama ini...Siapa yang tak kenal Chez Hairstylist yang terpampang di berita utama negara...

Sambil Chez mencuit beberapa helaian rambut Adib Aristokrat, Adib bersuara...."Chez, aku dapat rasa aku akan tinggal di VWM lah dlm beberapa minggu lagi..."


Bersambung...

Tuesday, June 22, 2010

Adib The Series dan Fellowship of VWM 2

(Episod 2)


Namun, pelanggan Chez kali ini, tidak lain dan tidak bukan (La Budda) ialah saudara Adib.

Jam dinding membuktikan Maghrib kian menyusut.

Saya pantas mengklik button 'info' di remote control Astro. Nah, bagaimana pula waktu di
skrin televisyen channel 712 Fashion Show menunjukkan tepat 12:00 am?

Owh, jam di dinding sudah mati rupanya. Dasar VWM, memang tidak mampu kaum bujangan menanggung kos bateri as though bateri pentec itu lagi mahal daripada harga sekotak SKL Pink.

Dari kejauhan, Adib dengan rasa rendah diri memparkir Golf GTInya di hadapan rumah jiran bukan Muslim kerana terpelihara seekor anjing berbulu biri - biri di laman rumah tersebut.

Anjing terpana. Kereta apakah itu? Sepanjang pemerhatiannya (anjing), tidak pernah kereta pelanggan perkhidmatan penyeliaan rambut VWM secantik dan semewah itu.

"Siapakah gerangan pemuda bernama Adib itu?" hati anjing berbulu biri-biri penuh ambiguous.

Bersambung...

Saturday, June 19, 2010

Adib The Series dan Fellowship of VWM 1

Keharmonian di VWM. Lihat saja gambar di atas. Chez (di bawah) berehat menanti pelanggannya.
Namun pelanggan kali ini bukan sebarangan orangnya. Paiseh (di atas) kelihatan tegang kerana
remote controller bukan di tangannya.
Julai 2009


Bulan menyinari dinihari. Cahaya neon menerpa jendela VWM, itu sungguh tenang. Setenang air di muara. Teratai juga layu di tasik madu.



Di satu sudut, saya tekun mengulangkaji. Entah kenapa rasa hati saya agak berkocak - kocak.



Tiada angin, tapi kipas masih mahu berpusing. Habuk mulus diulit tikar anyaman terbentang di ruang tamu.



Pusinglah kipas. Bil dibayar bukan untuk mesin basuh sahaja untuk berpusing.







Di satu bilik kecil, tempat Chez si hairstylist berkarya. Chukang? Owh tidak.



Bilik itu tempat Chez menimba ilmu, mengperm kan dan merawat (treatment).



Bilik itu juga saksi. Saksi kepada usaha gigih Chez. Saksi kepada pengwarnaan, pelurusan dan pengabdian Chez kepada kehendak pelanggannya.



Namun, pelanggan Chez kali ini , tidak lain dan tidak bukan ialah, Adib.



Di sinilah bermula...Adib The Series dan Fellowship of VWM....




Thursday, June 17, 2010

Siapa Adib The Series of VWM.



Projek besar. Akan dilancarkan.

Adib and The Fellowship of VWM.

Nantikan...