Thursday, April 29, 2010

Alhamdulillah.

AB: Fuh, tak sangka (nada terperanjat).

AZ: Apa yang disangka?

AB: Tak sangka siyut, lu dah nak jadi ayah. Wa ingat lagi zaman lu menari depan TV sambil beraksi bersama Abang Jem, "Hey si Dia tengok kita. si Dia jeling mata. Aduh mak senyum lagi. Amboi nyonya manis sekali..."

AZ: Relek lah. Wan Nor Azlin pun jadi mak.

AB: ....... (terkedu haru)



Reference:

Abang Jem, Puteri Salbiah, Maria Arshad.



Sunday, April 25, 2010

Stock Watch di Nasi Ule

Kedekut untuk bayar cenel ESPN Astro menjadikan saya terpaksa keluar bagi melayan match Manchest vs Spurs. Match ini bukan calang - calang terutama untuk Manchest fan yang masih mengharap untuk menjadi juara Liga Premier musim ini meskipun Chelsex masih di puncak.

Tiada idea untuk mengajak siapa menjadikan saya terpaksa mencari penyokong Chelsex yang mungkin mengharapkan kemenangan Spurs malam ini. Siapa lagi kalau bukan bujang berpengetahuan dan memiliki (ownership) rumah, Mohammadou Mijiullah R.A.

Tepat 8.30 pm saya sampai,seperti yang dijanjikan iaitu pukul 8pm + 1/2 hour janji Melayu. Owh, sudah tamat separuh masa pertama. Perlawanan berbaki 0-0. Masih ada separuh masa seperti kata The Lima yang kini tinggal berdua untuk Manchest menyekore gol.

Tapi ini bukan kisahnya. Sambil mata tertumpu ke kaca TV plasma di satu sudut restoran dan mulut kumat kamit pastilah bukan berzikir kerana di hadapan mata terdapat sepinggan nasik putih berlauk daging merah, Mohammadou menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap harga rumah di area KL dan sekitarnya. Harga 'property' di KL umpamanya tidak memiliki basis - basis tertentu yang konkrit untuk dijadikan alasan kepada kenaikan harga yang terlalu mahal. Sebagai contoh, salah satu projek perumahan di belakang nun jauh di Bangi sana (boleh dikatakan sekitar KL) melancarkan Phase 1 (landed property) dengan harga RM330k. Setelah beberapa tempoh masa berlalu, dan sales of Phase 1 nampaknya begitu pesat, maka dilancarkan pula Phase 2 yang bukan sahaja lebih mahal daripada Phase 1, tetapi kenaikan harga yang begitu ketara melebihi 400k untuk unit yang memiliki persamaan dengan Phase 1 menjadikan Mohammadou begitu berang. Setelah dianalisis, basis yang digunakan oleh pihak pemaju berkemungkinan besar daripada permintaan yang tinggi daripada pihak pembeli, dan kepesatan jualan Phase 1 yang begitu mengkagumkan.


Owh, penalti. Giggs mengambil tenang lalu Manchest leading 1-0.

Saya terpanggil untuk mengulas isu ini. Isu ini memang sudah lama dibangkitkan, iaitu permainan harga terutamanya 'property' di Kuala Lumpur yang kini merebak ke kawasan sekitarnya yang begitu mempermainkan jiwa, terutamanya kaum Melayu yang majoriti berpendapatan kurang daripada majoriti kaum yang satu lagi itu. Basis kepada kenaikan harga ini didasarkan kepada harga 'property market.' Namun, siapakah penentu kepada 'property market'? Soalan ini kemungkinan boleh dikiaskan kepada penentu harga 'ekuiti' atau 'stock', di mana value of the stock pada mulanya dinilai melalui pelbagai cara , antaranya melalui Dividend / return, dan kemudian melalui supply / demand through the stock market.

Property market investment memiliki returnnya yang irresistible. Seperti stock investment yang memiliki dividend income dan capital gain (melalui penjualan stok setelah berlaku kenaikan harga), begitu juga dengan property yang memiliki rental income dan capital appreciation gain. Bolehlah disimpulkan, capital appreciation/rental income merupakan basis kepada harga sesuatu property tersebut.


Ledley King, Spurs menanduk masuk. Perlawanan kini 1-1. Bertambah sengit.


Tetapi ingat, bukan semua pembeli rumah merupakan pelabur. Property di KL kini sememangnya untuk menghiburkan para investor. Bagaimana pula dengan manusia yang bekerja, menyara hidup di KL dengan gaji yang lepas utk menyara kos kehidupan sahaja?

Mohammadou menjelaskan, semasa 90-an, makcik dan pakciknya yang bekerja di sektor awam seperti askar mampu memiliki rumah di kawasan Melawati dan sebagainya. Namun kini, pekerjaan yang sama adalah mustahil untuk memiliki rumah di KL?

Owh, Nani muncul lagi dengan lobnya yang meruntun hati. 2-1.


Kita lihat kembali siapakah player-player utama dalam kitaran pembinaan,penjualan dan pembelian rumah.

Pembinaan: Developer. Financier.Contractor.Sub-Contractor. Consultant (Architect, Engineer, Landscape, C&S,Lawyer, Valuation dan sebagainya). Government Agency / Local Council.

Penjualan & Pembelian: Developer.Financier. Agent (Advertising, Real Estate Agent,Fair & Promotions, etc). Lawyer. Customer (investor/non-investor). Government (through Housing Development Act dan bermacam akta lagi)


Kita lihat siapakah player yang berpotensi mengaut keuntungan yang berlipat ganda, serta memiliki kos yang rendah. Pihak yang mengaut keuntungan berlipat ganda ini perlulah diletakkan kawalan dan pelbagai lagi syarat yang rasional. Soalnya, player yang mengaut keuntungan ini sebenarnya mampu mengcontrol semua lagi player yang ada dalam kitaran di atas, kerana semua bermotifkan keuntungan. Bak kata Yahudi, who have the capital will have the Power.


Nani terjatuh. Penalti lagi. Dengan bosan Giggs mengambil penalti. 3-1. Tamat.

Saya memikirkan bahawa tiada penyelesaian lengkap kepada permasalahan ini.
Langkah mudah, sekiranya anda bukanlah pelabur yang mengharapkan monetary return, anda masih boleh membeli rumah dan alternatifnya ialah kawasan - kawasan di luar KL. Namun sekiranya anda pelabur yang mengharapkan monetary return, KL merupakan salah satu tempat yang strategik. Tapi bagaimana pula pelabur yang mengharapkan return dalam bentuk non-monetary seperti low transportation cost untuk ke office, kemudahan yang tersedia di KL, fasiliti hiburan di KL dan sebagainya? Menyewa di sekitar KL juga turut boleh menjadi alternatif, dan ini masih mampu ditampung oleh majoriti kaum Melayu di KL.

Saya: Pada masa ini dengan income constraint, saya tidak berminat untuk menjadi pelabur yang mengharapkan monetary return. Saya lebih berminat untuk menjadi pelabur dalam bentuk savings. Di samping cuba untuk menambahkan income, saya berpendapat apa guna membeli rumah di KL kalau permainan harga menjadikan pembeli yang cuma ingin memiliki sebuah rumah sebagai tempat kediaman seringkali dipermainkan. Namun, sekiranya saya memiliki keupayaan kewangan dan tergolong dalam pelabur yang mengharapkan monetary return, adakah saya akan turut bersama tergolong dalam kitaran yang seboleh mungkin memaksimakan keuntungan melalui penjualan/pembelian rumah yang berbentuk kapitalis ini? Entahlah. Saya nampak Mohammadou berpotensi menjadi kapitalis.