Friday, February 27, 2009

Black Gay Wajah Ayu & Teh Ais sehebat Sendayu Rendah.



Rabu, 10.00pm - 11.30 pm.


Aku & Chezzo. Di mamak. Nun Zai bawah.

Menanti Chai dan Ijan.




Chezzo. Alah, takkan tak kenal. Black ghairstylist wajah ayu.

Chai. Alah, pakar motivasi dalam episod yg lepas.


Ijan. Watak baru. Mamat nih kejer offshore. Safety Officer. Bukan Security Officer.

Chai dan Ijan datang. Kami berbual. Wanita, Elizabeth Wong, harddisk 160gb, gadis Iban, gersang di Offshore, struktur kapal, kisah Nural, Arip Samat the next top model dan sebagainya. Semuanya diumpat. Ijan pun dah ade blog. Sebab buhsan di tengah laut.

Mamak datang. Amik order. Chezzo order teh ais.

Di tengah - tengah perbualan.



Chezzo: Apsal bau perfume nih best sgt? Wangi siyut. Ko pakai perfume ape Ijan?

Ijan: Aku tak pernah pakai perfume. Asalkan aku tidak berbau busuk, sudahlah. Bau awek 2 org yg lalu tadi lah. (sambil mata Ijan melirik manja ke bahagian sosok - sosok tertentu akan awekaini^ tersebut.

Chezzo: (tak puas hati). Chai, ko pakai perfume aper? Wangi siyut.

Chai: Takdelah. Perfume aku tak sestrong bau wangi nih.

Chezzo: (marah). Azrie Prosper, ko baru beli perfume ke? Nih bukan bau Encik Son Jong* nih.

Azrie: Tak, perfume aku pakai time kuar dengan awek jer.

Chezzo: (dengan nada ekstremist). Ijan, aku tak puas hati. Gaji ko dah RM 9k per month. Ini mesti bau perfume ko. Ko nak 'bet' dgn aku yg bau nih bau perfume ko?

Azrie: Sabar Chezzo, minum teh ais tu dulu.

Ijan: Chezzo, ko mendambakan bau ketiak aku ker?

Chezzo: (Ketawa sambil menghamburkan penangan teh aisnya ke muka dan cermin mata salah seorang watak di dalam dialog ini).

Chezzo lagi: Sori, aku tak sengaja.

Azrie: (mengelap percikan tersebut).



Tamat.





Footnote:

awekaini^ - 2 orang awek , dipinjamkan istilah daripada Bahasa Arab
Encik Son Jong* - Jenama perfume Azrie


Tuesday, February 24, 2009

Siri 3: Tips; How to convince our Mom, to marry a Borneoan. (ditujukan kepada lelaki - lelaki Melayu beragama Islam yg berasal dari Semenanjung).



Arghhh, aku dah malas. Lu orang download lah sendiri.



Sessi: Lelaki Hari Ini
Waktu: 10.30 - 12.30 am
Player: Real Audio / Media Player Classic

Kelebihan Rakaman


Pakar - pakar motivasi yg berpengalaman: Berdasarkan pengalaman sebenar Encik Nural Hafiz (sudah bertunang Gadis Kacukan di Labuan) dan Abg Chai (bakal bertunang bulan hadapan di Kuching, dgn orang kerabat sungai).


Client: Singular berpengalaman dalam selok belok hal ehwal wanita, daripada segenap lapisan umur, namun hampir tewas dgn Gadis Sandakan. Hati Singular patah. Patah dua.

Pendengar: Aku la. Sekali - sekala aku menyampuk.


(Untuk sistem bunyi yg lebih jelas, sila pakai earphone. Headpon pun boleh. Jangan salahkan speaker kalau ade bunyi pecah2, bunyi telur separuh masak digolek-golek, bunyi kereta lalu-lalang,ade bunyi org tgh order Roti Nan ker, Mee Goreng Mamak atau kari kepala ayam ke. Rakaman berlangsung di restoran mamak franchaise, bukannya di studio. Paham?)

Monday, February 23, 2009

Siri 2: Tips; How to convince our Mom, to marry a Borneoan. (ditujukan kepada lelaki - lelaki Melayu beragama Islam yg berasal dari Semenanjung).


Sedar tak sedar. dah 10.30pm. Nural Hafiz memulakan bicara.

Nural: Apecer Perak?

Aku: Apecer?

Nural: Lol, aku lepak Saudi pun tahu cerita.

Aku: Apecer kita sembang politik. Kita sembang pun bukan boleh jadi hape2 pun. Lain la kalau aku yg sembang. Haha.

Chai: Ala Nural, ko saje nak tutup kisah ko. Ajak sembang politik konon.

Shamil Singular: (Langsung tidak menyampuk. Mata lebamnya menandakan mata seorg auditor yg tak tidur 2 hari. Sambil berSMS dgn Borneaon. Muka pressure. Sepressure darah tinggi.)






Bersambung...

Sunday, February 22, 2009

Siri 1: Tips; How to convince our Mom, to marry a Borneoan. (ditujukan kepada lelaki - lelaki Melayu beragama Islam yg berasal dari Semenanjung).



Last Friday. Aku dapat call dari Nural Hafiz (hampir nama sebenar). Dia lelaki.
Bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Dah 3 tahun di sana. Dah umrah dlm 3-4 kali.
Kira Nural dah 'memeluk Arab.' Setakat 'peluk Islam,' dari lahir aku dah buat.

Nural: Weh, ko kat mane?

Aku (bukan nama sebenar): Apecer?

Nural: Aku di Malaysia nih.

Aku: Kalau camtuh, lepak Nun Zai (mamak kt Wangsa Melawati) malam nih.

Nural: Ok, pukul 9 pm.



Perbualan tamat.

Aku segera sms kawan - kawan yg lain. Shamil singular. Dia reply. Ok je.

Asun Ex'D Terengganu. Asun menolak. Alhamdulillah, kurang sorang.

Ijad. Kejap ok, kejap tak ok. Last2, tak ok.

Chai. Ok. Cis, free jugak mamat nih.





Around pukul 10, baru aku dan Shamil singular sampai. Chai sampai 3rd place.


Akhirnya, Nural Hafiz sampai. Around 10.30 pm.



Aku ingat, 'janji Melayu' yg paling buruk.

Rupa-rupanya, 'janji Arab' lagi jahiliyyah.

Tak kisah. Memang setiap kali Nural balik Malaysia, dia akan belanja. Nasib baik ade 4 org jer termasuk Nural. Haha.


Bersambung...

Saturday, February 14, 2009

Di PICC. Aku hidup dalam kenangan.
























Pertama kali aku menjejakkan kaki di PICC tanggal 10 Feb 2009. Sehingga 11 Feb 2009.
2 hari. Aku bukan org governmen. Jadi, reasonable lah.

Bersama - sama PTDs yang anggun. Singular, lain kali aku perkenalkan kau kepada mereka ya.

Kagum? Taklah. (aku maksudkan PICC)

Cuma aku kagum dengan seni arkiteknya (designnya), mungkin.

Mengambil kira materials and level of maintenance (sewaktu aku melepak - lepak dgn staff2 PICC) yang digunakan, aku rase ia akan mengalami kejadian yang sama dengan bangunan - bangunan kerajaan
yang lain.

Dan.

Betullah.

Sunday, February 8, 2009

Melepak bersama Penganalisis Jenayah (PA).

Lokasi: Seri Pasifik, di luar lobi.

Masa: 4.00 - 4.30pm

Jenayah yang sedang dilakukan: Mencemar udara

Dialog: Sila refer Article di bawah seperti berikut:



PA: Bosan betul dengar rhetoric tadi.

Hamba: Harap - harap ada proper execution lah.

PA: Ko tahu dalam group aku tadi discuss pasal ape?

Hamba: Abang group security kan? Mesti discuss pasal polis.

PA: Itulah, semua nak blame polis. Tadi, aku mention why polis tak dapat buat rondaan di tempat tertentu. Sorang Dato' dalam group aku tadi ade cakap, why a lot of criminal cases happen di new housing area. Dia blame police and police should watch and monitor tempat - tempat yang baru diduduki ni.

Hamba: Then, abang cakap ape?

PA: Yelah, dia tak tahu. Polis have their own map. Map yang diterima daripada data atau jabatan pemetaan. For polis to perform rondaan, they are assigned on each location based on the data on the map. But the problem is, the map that polis received is not updated. Sape yang tak update? Takkan kita nak buat kerja 2 kali, nak monitor location lagi, nak jaga national security lagi. The real problem in this country, relates to Collection & Aggregation of Data. Tu je.

Hamba: Ooo...Tapi ada jugak polis yang round dekat housing area yang baru dibuka.

PA: Yelah, diorang buat kerja lebih la tuh. Out of 500 comments yang dihantar kepada Suruhanjaya yang monitor polis, 115 sahaja yang give negative comments. Others? Mestilah compliment. But kalau kita dengar berita or baca newspaper, yang dihighlight ialah comment yang 115 nih. Mana lagi hilang 385 comments yang positive tuh? Memanglah banyak criminal cases sekarang, polis dah demotivated. Gaji naik pun tak guna.

Hamba: Datuk tu tahu all this problems happen tak?

PA: Terduduk Datuk tadi. Baru dia tahu.

Thursday, February 5, 2009

PENGUMUMAN PENTING.


KERUSI BAGAN SERAI (P058)


BERSEMPENA DENGAN JUBLI PERAK KE 25,BERSEMPENA DENGAN INSIDEN MELOMPAT LEBIH TINGGI DI PERAK, HAMBA DENGAN RASMINYA MANJADI WAKIL RAKYAT PARTI PUNDAK BAGI PARLIMEN BAGAN SERAI.

MANIFESTO
Tuan Presiden,

Hamba orang Melayu. Memandangkan situasi di Perak yang tidak menentu, hamba rasa hambalah telah diangkat ke langit..silap..hamba telah dilayakkan untuk menjawat jawatan wakil rakyat di tanah tumpahnya darah ibu hamba sewaktu melahirkan hamba. Hamba baru menerima wahyu di waktu syuruk subuh tadi.

Hamba memilih untuk berkhidmat di Bagan Serai. Bagan Serai tempat tumpahnya darah hamba setelah kaki hamba digigit pacat tatkala hamba kencing di dalam hutan yang masih dara.

Manifesto Hamba ialah seperti berikut:

1) menghadkan masa bagi lampu merah di setiap traffic light. (maximum 5 saat)

2) anak - anak tunggal dinasihatkan tidak menjadi isteri orang. ini dapat menghadkan jumlah ibu - ibu tunggal di kawasan parlimen ini.

3)Pajakan tanah akan dilanjutkan bukan sahaja kepada 999 tahun, malah akan dilanjutkan kepada tauke2 pajak.
4) Tadika KEMAS dan kursus pra-sekolah akan diperkenalkan dgn kursus-kursus culinary (curi dan lari) dan juga asas rumah tangga (Conth: matapelajaran ‘main masak-masak’)

5)wakil rakyat (DUN Negeri Perak) tidak dibenarkan melompat parti. Hanya wakil rakyat selain daripada Parti PUNDAK sahaja dibenarkan melompat ke dalam Parti PUNDAK.

JADI, CALONKAN SAYA UNTUK P058 (Bagan Serai).
dan akhir sekali majulah PUNDAK untuk rakyat malaysia…

(Together we fight to a free nasik tambah2 kalau di waktu siang di bulan puasa )
sekian terima kasih

AZRIE HAFIZ a.k.a Hamba

SILA UNDI HAMBA UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANG.
HIDUP PUNDAK, HIDUPMU JUA. MATIMU, BUKANLAH MATINYA PUNDAK. PUNDAK NEVER WALK ALONE.PUNDAK UNITED PUN BOLEH GAK.