Monday, March 30, 2009

Burger Special. (Rangka Karangan UPSR).

Perenggan 1

- Aku - Abutang - 11.30 pm - Di padang. Bukannye padang bola sepak. Padang Miding - Gian - Gian burger.


Perenggan 2

- Keluar - Drive - Savvy - Lampu Jalan - Minyak - Cashier - awek - takde - lelaki - tetap isi minyak. - Abutang hampa - Aku tidak - sudah bertunang.


Perenggan 3
5 kilometer -Gerai Burger - takde.


Perenggan 4
- Sampai - Jumpe gerai - order - Special - 5 biji - tunggu


Perenggan 5
-Buhsan - Abu gayut - Aku usha burger - ambik bau - special ade kacang peas - aku kagum.

Perenggan 6
-Burger Special siap - Ade customer - mundar-mandir depan gerai - aku pelik - Abu gayut - sumbang mahram kut.


Perenggan 7
-Customer - masih mundar-mandir - hampir 15 minit depan gerai tuh - aku cuak.


Perenggan 8
-Customer mundar-mandir - dah setengah jam - tanya - abang Burger - Gerai ni ade jual top up prepaid tak kt sini?

perenggan 9
- Aku & Abu -lapor - makan burger.



Arahan: Sila perhatikan kembali perenggan 8.

Thursday, March 26, 2009

Kekasih yang tak Dianggap

Menduduki tempat pertama Carta VWM 3 minggu berturut - turut. 'Kekasih yang tak Dianggap.' Dipersembahkan, Kertas.



Thursday, March 19, 2009

Makin hampir...





What more can I say.

Thanks to all my beloved friends.

Who always make me crazy and live life to the fullest.





Thanks to Pak Abu. Thanks menemani aku sehingga ke sana. Betullah. Daripada 10 orang wanita di Pasar payang, 6 cantik. Daripada 20 wanita di Pasar Payang, 14 cantik. Sori tak dapat buat formula untuk statistik ini.


Thanks to Shamil. Aku doakan hidup mu dipermudahkan. Ada hikmah di sebalik segalanya. Betul. Family first. Ia akan betul sampai bila - bila.



Mijie. Hardisk ko memang archive Negara. Tahniah. Anda antara orang yang terawal mengenali Shaida. Aku harap ibumu sudi mengasuh bakal anak kami.


Paiseh. Kita bakal lepak bersama di Batu Buruk, kalau boleh setiap kali raya. Aku harap bakal jodohmu juga di Parlimen Marang. Paling jauh pun, Parlimen Kuala Terengganu. tatkala mung balik ke rumah mertua mung pung, boleh kite tubik sokmo. Jangang lupe bekwah bulang 12 ning.


To all Villa Mates. Bekas dan belum bekas. Chezzo, Ijan, Nad, Medi dan seumpamanya. Maaf kupinta. Aku terpaksa meninggalkan alam ini. Jejak Fahrip Samat perlu aku follow.


Arip Samat. Takper. Lu tetap advance. Dari Bachelor of Arabic ke Bachelor of Accounting. Alih2 July 2009 nanti honeymoon ke Langkawi. Jangan lupe ajar gua ilmu2 bermain net di awal perkahwinan.



Nain
. Alah, time raya nanti, lu dtg lepak KT. Setakat Lipis tuh, boleh jer. Satu pesanan, laut Terengganu jauh berbeda dari Laut di Teluk Ramunia. Sumpah.


Asang. Sori tak sempat jamu ko arituh. Takper, lamer lagi gua nak hidup kt Pengkalang Setar tuh. Bila Adam dah beso, kite lepak Batu Buruk deh. Boleh layan Ustazah rempit.


Asun. Sila temani Shamil. Pimpin ke jalan yang benar, seperti ke Taman Tun untuk 'Tarikh Kelajuan.' Maafkan aku. Aku terpaksa beraya di Terengganu tanpa kehadiranmu di Batu Buruk.


To all my classmates, ex - Kiss Ass. Aku tahu. Aku sering diketepikan daripada aktiviti - aktiviti durjana korang sejak akhir - akhir ini. Biarlah. Aku bukan level korang dah. Aku tak mampu berhibur seperti dahulu. Abu, Fadh, Ili Sarah, Syet. Aku cuma mengikut resam manusia. Manusia seperti Api Halim & Lukman Mumtaz & Rahmad Sani.

Senior KPMG, Yana. Thanks for 'tunang checklist ' yg ko kasi arituh. Ko masih auditor.





Kepada all readers, doakan yang terbaik untuk kami. Aku cuma insan biasa. Yang sedih meninggalkan zaman bujang. Yang gembira melalu kepompong. Untuk menjadi rama - rama. Hidup indah.

Monday, March 16, 2009

Sejauh mana kemaskulinan seorang maskulin?

Chez. Chez memang maskulin.

Rambutnya. Kali terakhir saya lihat rambutnya berwarna hitam adalah dalam setahun yg lepas.

Perfume. Ada tiga. See Kay; In 2 U, See Kay:Euforiya.

Belt. See Kay, Armoney Exchanging, Ted Baker aperntah.

Jeans. Minimum RM200.


Dan yang paling famous. Teka - teki di Villa kediaman saya bersama Chez.

" Dalam banyak - banyak buaya, buaya ape berwarna Merah?"*




Satu hari. Chez diajukan soalan.Arip Samat sengaja menguji tahap kemaskulinannya.



"Chez, ko maskulin kan?" getus Arip Samat secara tiba - tiba.


Chez menjawab, " Ko tak nampak ke dressing aku ni?" Chez bangga dengan criteria maskulinnya.


Arip Samat tanpa berlengah lagi mengajukan soalan.

" Fahrin Ahmad berbintang ape?"


Chez. Macho. " Leo."


Arip Samat terus tersenyum.

"Salah. Jawapannye, Sagittarius."


Chez malu.


























* Jawapan teka - teki di atas: Sandal 'Croc' Chez yg berwarna merah.

Thursday, March 5, 2009

Pulau Daik bercabang tiga, Gunung Pandan jauh ke Tengah.

Fuhh. Balik dari opis pukul 10 mlm.

Fukimaq. Jalan boleh jam time2 malam nih.

Saya hangin. Kalau mcm nih, baik saya balik pukul 4.30pm tadi.

Saya tengok langit. Gelap. Tapi tak hujan.

Memang lah gelap. Sekarang kan dah pukul 10 pm.

Ape kejadah langit nak cerah time - time nih.

Lainlah kalau ada tanda - tanda kecil.



Saya buat skill. Drive pakai lengan.

Tangan kanan lighter. Tangan kiri Milk Sekben.Menyala.

Siku kiri gear manual.

Kaki kiri layan clutch.

Kaki kanan? Pikirlah sendiri.

Takkan tekan minyak pakai bulu kaki kut. Bulu kaki pun tak lurus. Takkan nak buat rebonding pulak.



Akhirnya. 10.30pm. sampai VWM.
Tv terpasang.

Layan. Cenel Sembilan point Kosong.



Tiba - tiba.

" Sakit tekak minum ais, Jangan curang kerana SMS."

Fuhh, sedap betul pantun nih. Tahniah Ustazah Bahyah, pantun ustazah menyebabkan saya
insaf.

Monday, March 2, 2009

Soalan: Apakah Kebaikan yang anda pernah sumbangkan selama anda hidup 27.8 tahun di bumi ini? Sesiapa yang > 27.8 tahun , sila baca artikel ini.

Buku Rujukan: Ciri – Ciri Pendidikan dan Sosial Penduduk

Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia Tahun 2000

Diterbitkan oleh: Jabatan Perangkaan Malaysia (Department of Statistics Malaysia)


Buku ini saya gunakan untuk panduan kerja – kerja seharian saya. Tambah – tambah apabila by – election hamper tiba pada bulan hadapan. Antara Kandungan dan Penemuan Penting yg saya temui ialah seperti berikut:


Section : Penemuan Penting (Highlights)

Umur Min (Purata) Perkahwinan Pertama

Bagi kesemua kumpulan etnik di setiap negeri di Malaysia, lelaki cenderung untuk berkahwin pada umur yang lebih lewat berbanding perempuan. Adalah diperhatikan bahawa lelaki pada umumnya berkahwin pada umur melebihi sedikit 3 tahun terkemudian daripada perempuan.

Satu perbandingan di kalangan kumpulan etnik utama di peringkat Malaysia menunjukkan bahawa umur min (purata) perkahwinan pertama bagi lelaki adalah tertinggi bagi Cina (30.6 tahun), diikuti oleh India (28.8 tahun) dan Bumiputera (27.8 tahun). Corak yang sama umur perkahwinan pertama ini di kalangan kumpulan etnik juga dapat diperhatikan bagi perempuan di mana umur tertinggi dicatatkan oleh Cina (27.0 tahun), diikuti oleh India (25.4 tahun) dan bumiputera (24.5 tahun).

Excerpt :

Perbandingan antara negeri menunjukkan bahawa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan umur min perkahwinan pertama yang tertinggi bagi kesemua tiga kumpulan etnik utama baik lelaki ataupun perempuan. Sebaliknya, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada umumnya mencatatkan umur min (purata) perkahwinan pertama yang terendah bagi Bumiputera dan Cina tanpa mengira jantina.











P/S: Paiseh, relaxlah. Ini banci pada tahun 2000. Mase tu ko mude lagi, 25 tahun kan?